Friday, 10 January 2014

Tiada kad untuk tahun ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya, tertunai juga hajat aku berkehendakkan abi memotong kek hari ulangtahun kelahiran pada tanggal 31 Disember yang kebiasaannya bersambut pada 1 Januari atau 2 Januari atau tidak bersambut langsung, ahahaha.

Dan semacam biasa, dalam pada aku merangka-rangka hendak menggigihkan diri ke kedai kek, hujan pula turun bagai tidak mahu berhenti, apalagi aktiviti selongkar kabinet pun bermula. Dipermudahkan, Kek Coklat Krim Keju pertama kali keluar pengukus. Yeay! sedap uols. Cumanyakan, aku memang gagal untuk topping. Nampak, nampak je lawa, tapi pahitnya ya tuhan. Bak kata chef Zubir, rasa tu combine la, dengan yang lemak manis kek-sedapkan hati sendiri, bahaha.


 Yummy!


Nampak macam waktu malamkan? jam 12.05am 31 Disember lebih tepatnya sebaik sahaja aku hendak menghias kek, dia pun balik daripada tempat kerja. Terus sahajalah. Ha a, kek tu memang kecil sahaja sebab, loyang dan pengukus aku tersangatla comelnya macam tuan empunya, erk! Satu adunan resipi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese...Mudah dan Sedap!..daripada CMG, aku buatkan dua biji kek yang comel. Satu untuk abi satu untuk Auni.

Thanks abi sudi juga makan sepotong kek buatan sendiri ini, bukannya tidak sedap tetapi dia memang bukan hantu kek semacam isteri dan anak-anaknya, sebab tu kami manis-manis belaka. 

Abi, wishlist...kita nak pengukus besar sikit! ;) Sekian sahaja entry ringkas hari Jumaat. Oit! kejap sangat masa berlalu ni. Auni...!!! esok cuti hujung minggu ajak la abi pi shopping. Diakan baru balik Kota Kinabalu, kikiii!

8 comments:

eima said...

syok la org tu abi dah blk .. hihi

hepi belated besday abi

syawalsimpsons said...

happy belated bufday abi...ok la hasil tangan isteri..mesti la dier makan kan

Jue said...

happy belated..
kek nampak sedap tue..

Fizah said...

ewahhh tetibe ku rasa dah lamaaaa tak membaking.....

Masya said...

happy belated bestday buat abi, ermm samelah suami kt pun kek dia kureng sikit.. yg sakan makan kami 2 beranak jer..

ch@ said...

Eima:
masa aku taip entry yg ni, abi ada di sabah.

SueJemah:
nnt isteri merajuk.

kakJue:
sedap, resipi CMG.

Fizah:
Sila baking.

sisYana:
btl la tu. Donut, kek, donut, kek. yummy!

eija_sweetmama said...

puas hati dapat buat bday kek utk suami w/pun suami bknlah penggemar kek kan, sama la mcm k.eija asben bukan jenis suka makan kek, nasib baik anak2 jenis hantu kek..

ch@ said...

kakEija:
kek tu sedap. rugi sgt tak mkn. haha.