Thursday, 19 September 2013

Stesen kerja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

New place in the house, yes workstation. Simple je, ingat nak beli tray in-out tu, then fikir balik nanti dulula, beli drawer yang sebesar A4 boleh letak atas meja dan semuanya dalam tu. Rahsia. Sekarang, guna apa yang ada dahulu.

Pelukan besar untuk abi di atas pemberian meja siap dengan kerusinya sekali. Aku suka bangat. Rasa hendak, makan dan tidur di tempat baru ini saja, muehehe.

Saja ambil mood office, susun barang pun ikut meja opis dedulu, hihii. Tempat buku DIY saja, daripada kotak susu anak-anak. 

Syukur sangat, sejak ada tempat ini masa untuk art lebih panjang daripada sebelum ini jadi dapatla menyiapkan tempahan-tempahan dengan jayanya, laju je menggapai itu dan ini. Auni dan Adli hendak bersila atas meja, lekas sahaja biji mata aku besar-besarkan sebesar yang boleh, kasi gerun jangan diusik tempat emak. 


Mereka sangat suka mengacau emak menonton tv, saja je.

Waktu petang aku lepaskan mereka main diluar, ha bergasak berguling bertiga. Baju memang akan kotor berlapuk, bau masam peluh, puas main aku kerah masuk dan rest sekejap sebelum mandi. Sekarang dorang sangat suka. Arrizqi sahajala yang agak cengeng sedikit, tidak boleh kena tinggal sekejap memang confirm akan bunyi. Adli tidak boleh diganggu jika dia yang main, biasanya Auni yang suka conquer semua yang dipegang adik-adik. Aku menyinga betul Auni buat perangai macam tu, memang sejam aku membebel tanpa henti ke dia.

Auni, dia bukan kisah pun. Dia takut abi sahaja-ngaku sendiri. Haaaa, abi tiada menjadi-jadila dia ambil kesempatan. Sabar je la aku.

Cinta, hati, jiwa emak macam biasa.

Apapun buat masa ini, biarlah mereka bertiga sihat-sihat sahaja, mereka sihat makanya dorang akan ikut semua jadual emak. Masa mandi, masa makan, masa tidur, masa susu, masa bermain, masa membuang, semuanya sentiasa bersama-sama. Bergerak bertiga-tiga namanya.

Syukur, aku berterusan menerima tempahan handmade card. Masih juga ada yang suka hasil tangan ni kan? Sekarang masa untuk menyiapkannya mengikut giliran. In shaa Allah aku cuba yang terbaik. Terima kasih kepada sahabat blogger yang tidak putus memberi kata semangat dan perangsang. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Kamu sungguh berharga. 

12 comments:

yantisa said...

Tahniah .kalau ada PC screen besaq pun best ni . Akak pun nak upgrade workstation akak juga.

mamaarifakeemaisy said...

Waaah terbaik..baru semangat berganda2x gini.. :-)
Best2x..nnti boleh kembangkan lg 'bisnes' ..amin...

Jgn memanjat naik ke meja ummi ye anak2x..ihiks..

Fizah said...

huaaaaaa....dah ada meja sendirik!! yeahh...boleh berquilling dgn jayanyaa!! blh sponsor hadiah next GA..eh tetibe! muehehee..keep it up cha! you can do it!! :)

nad said...

Really happy for you :)

eija_sweetmama said...

alhamdullillah..moga terus dilimpahi rezeki buat cha sekeluarga..

itulah kan puashati dpt benda yg dihajati dr mr. abi plk tu...

syawalsimpsons said...

alhamdulillah rezeki....

adoi suke la tgk trio ni..mmm...syawal tu kalo boleh maktok dier suruh jauhkan dari izz sebab dier suke sangat la menolak N main lalu je depan izz sampai terlentang jatuh, tersembam la..riso maktok dier..mmmm

+ e.z + said...

hepi wiken dear :)
dari mama 3 permata :)

Masya said...

semangat.. semangat ... bertiuplah kamu .. hihihihihi... kejayan umi inspirasi anak².. peluk besar untuk abi shj... jgn bagi adik kat rizqi pulak hihihihihi

ch@ said...

kakYanti:
pc screen besar? sempit pula ruang utk art nnt.

kakIeyna:
puas hati dorg dpt menari atas tu.

Fizah:
in shaa Allah boleh. ada niat juga. nnt hang bg cadangan nak btk cemana. ada masa aku buatkan, erm...magnetla kan?

kakNad:
tq kak, berkat sokongan akak dan kawan2.

kakEija:
lebih dihargai gittu kan? doaku success kakEija.

Sue:
dorang suka buat perkara bersama-sama. anak lelaki mmg camtu, adli arrizqi pun ada masa dengki.

eB:
happy wiken juga dr umi tiga askar :)

sisYana:
hahaa, sudah ku temui perisainya sis. so yakin.

Fizah said...

ahaks..i is layannn...;)

Jue said...

comel sgt...
kadang2 akak confius mana satu adli mana satu rizqi

ch@ said...

kakJue:
kebiasaannya Adli yg tengah2.