# Me and kids. Love them all. Pic IG/FB.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku dan trio sudah selamat sampai di Johor, rumah tok mama papa trio la dihantar oleh abi pada Sabtu lepas kebetulan serentak pula dengan kisah tumpahan minyak di Selangor tu. Sempat jugala merasa ketiadaan air sekejap.
Inilah yang syurganya bila bergelar pengurus rumah tangga, bila balik kampung sesuka hati sahaja hendak berlama-lama. Badan pun rasa sihat sedikit kerana ada yang membantu menjaga askar nan tiga tu.
Tapi yang tidak bestnya, line tenet macam Chipsmore, kejap ada kejap tidak ada dan secara automatik hal-hal bisnes art or tupperware tergendala seketika.
Aku ada juga bawa balik kerja art tu tapi biasalah, kalau sudah di kampung, dihidang makan yang sedap-sedap, melayan kerenah anak-anak yang confirm tidak duduk diam, aktiviti bersiar keliling kampung, cuci mata bershopping mana ada masanya hendak duduk mengadap art. Jadi, bawa balik sekadar sedapkan hati sahaja, muehehe.
Kali ni, aku akan berada di kampung selama dua minggu. Lamakan? Rasa sebak juga hendak tinggalkan abi namun kutabahkan juga sebab abi akan terbang ke Sabah untuk bertugas sebaik sahaja dia habis berkursus minggu ini. Phew!
Jadi, harap maklum untuk mereka yang hendak order kad quilling buatan tangan aku tu ye, maaf sangat tidak dapat penuhi permintaan.
Sudahnya, aku yang terakhir selsema dan batuk. Syabas.
9 comments:
Best le duk kg....:-)
Selamat berehat....
selamat bercuti...
akak lalu depan rumah cha..hanya nampak kelisa turbo aje...sunyi sepi..sah cha tak de kat rumah....
cuti menjadi pengurus ni lama ye...ok la tu sesekali merehatkan diri
selamat bercuti cha, anak2 mesti srnok dpt blk kg, ada yg melayan :)
akhirnye ko dijangkiti ye ... cepat sembuh Ch@...
lahad datu ke Ch@
selamat bercuti, kalau di beri peluang 2 minggu kat kampung seronoknya.. lg2 jarang balikkan.. ni sampai nak raya hajilah nanti yer... ni pun dah nak habis syawal
Selamat beristirehat di kg :)
Rindu cha n anak2
Lama tu... best la..ramai yg melayan anak2 :-)
Akak pun berjangkit anak2 batuk n selesema..huu
kakEija, AsyifaMustaffa:
terima kasih ;)
kakJue:
kalau waja takde mmg sah seisi rmh pun takde juga, hihiks.
Sue:
kotla bercuti, sama je kerjanya. aku jg kena handle askar ni.
kakIeyna, Eima:
tu la, biasanya demam emak ni terkawal lg, mampu utk buat kerja rmh.
sisYana:
lama sangat tu, haha. dua minggu je. sian pula encik suami nnt.
kakNad:
rindu kakNad juga.
Post a Comment