Monday, 20 May 2013

Terapi Isnin.

# Esok lusa Arrizqi ajar adik pula ye.
# Love them so much.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seronoknya hujan awal pagi begini, sangat seronok diulit selimut bantal dan anak-anak. Peluk sana, peluk sini, peluk sinun. Rasa tidak mahu bangun langsung tapi memikir keadaan di ruang tamu itu, phew! Bangkit-bangkit.

Tidak ada cerita yang menarik sangat pun sebab hari Jumaat lepas terlupa tengok runningman. Wuhuuu. Hari Sabtu, melayan dengan Auni yang marathon punya. Kelakar betullah, asyik hendak ketawa sahaja.

Ahad, awal-awal merajuk dengan abi, ahahaa ngada je kan, habis semua kerja rumah aku buat, mop lantai je tidak sempat sebab sudah letih sangat. Aku, kalau merajuk memang balas dendam buat kerja rumah. Pastu baru nangis dalam bilik air, hahaa. Tidak sempat nangis, abi ajak beli barang dapur.

Mula, muncung hendak ke depan juga, tiada destinasi lain ke selain shopping barang dapur akan tetapi setelah mendapat sebiji mixer dan sebiji iron berat yang diidamkan, makanya merajuk sekerat jalan sahaja, bahahaa. Siap, beli bahan buat kuih sekali, troli penuh macam biasa dan, aku tidak beli Drypers macam selalu, sebab ada lagi satu plastik belum guna.

Susu anak-anak, empat paket untuk Auni/Adli, tiga paket untuk Arrizqi, murah sungguh, RM19.24/paket tidak silap aku. Padan dia tulis hanya 5 paket setiap keluarga di rak. Sumbing senyum aku depan rak susu tu.

Bila troli sudah penuh, mohla kita balik. Aku dah letih dukung Arrizqi, siaplah sakit badan balik karang. Hendak mengejar Adli Auni aku tidak larat, hendak pilih barang lagi. Bawa stroller malas, hendak tolak troli lagi. Kecoh, bila pergi belanja anak beranak ni, hahaa.

Nota hijau: Terima kasih abi. Nak buat puding roti dulu ni. Cari resipi-cari resipi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

12 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Pandai abbi umpan ye, tak jd rajuk,.ihiks.. adat suamiisteri kan, merajuk itu sweet..hehe....

Cha, blajar masak itu ini ye, letak resepi sini, nnti bleh tiru..hehe...

Slmt bertugas cha ye..

yantisa said...

bestnya dapat berguling2 atas katill..akak ni bukak je mata , kerja dah menanti . Cha, merajuk sekali sekala tu perlu ... kalau kita tak rajuk depa buat tak tau je apa yg kita nak . Rajuk nak perhatian namanya tu .

@e_da said...

g blog akak ada resepi puding roti... heheh

Masya said...

wahh dah ade mixer .... kek marbel satu .. eh.. butter cake satu boleh ... bilelah hubby nak belikan mixer ni .. nak mintak malu ... tak dibelikan majuk jgklah ...

eima said...

esok lua riqki ajar adek plak ???hehehe ade lagi ke ...

huru hara ek tp gumbira kan...

nad said...

Merajuk xdpt p sepang ke?
Pandai abi pujuk dgn beli mixer
Puding roti sonang ja tu
Eh tp kal mad buat yg kukus bukan yg bakr ;)

jaja_NorLiza said...

wah...best merajuk dapat mixer...kalo akak hari2 la merajuk! heheheh...
bak sini sket puding roti...nak mkn buka pose nati...:)

eija_sweetmama said...

nnti jgn lupa tayang puding roti dkt blog ye, sekali dgn resepinye tau..
wah makin rajin la cha masak pelbagai kuih/kek dh dpt apa yg dihajati..

Fizah said...

sentiasa comel anak3 cha =)

Mama4hero said...

heppynyer mereka bertiga ni..
salam kenal dr mama3heroo
done follow sini
http://mama3heroo.blogspot.com/

syawalsimpsons said...

salam selesa cha..windu tak

ch@ said...

kakIeyna:
alaa malula canni, dua org sdh soh bubuh resipi. kita mana reti sgt.

kakYanti:
ye la, celik mata kerja dh bersusun dlm kepala. berguling dgn anak pun kerja juga, hahaa. sama je kakYan,

kak@eda:
yes, harus I terjah,

Yana:
awak pandai masak esok lusa hubby belikan la, tggu je. isteri ni byk gadget nak dimiliki.

Eima:
akan dtg la. kau ni jgn la sepantas itu. tak larat weih.

kakNad:
kita terlupa, serius. bkn sebab tu. kita nak buat yg bakar tu. sedapnya.

kakJaja:
hari2 majuk, kantoila taktik nnt.

kakEija:
lagi seorang mntk resipi. baiklah, permintaan akan ditunaikan satu hari nnt.

fizah:
habis comel emak turun pd dorg. hahaa.

fairus:
slm perkenalan, thanks singgah.

sue:
sue, ur beday sama ngn arrizqi rite? 15/10 tahun rahsia. ke sebaya?