Wednesday, 22 May 2013

Semangat Arrizqi.

# Bersemangat macam Arrizqi, esok lusa badan pula keluar. Haish!
# Pertama kali tunaikan. Jakun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yaw...hari ini aku terpaksa juga membuat puding roti yang menggunakan oven. Mesti, wajib sebab tarikh luput roti terbabit pada hari ini, beli kemain tamak tidak pilih yg pendek maka kalau tidak digunakan, sudah menjadi pembaziran pula.

Minggu ini merupakan permulaan yang sangat baik bagi aku, aku isytiharkan juga bulan bertuah, selain bulan ulangtahun kelahiran, bulan ini juga merupakan bulan Islam yang banyak mendatangkan rezeki.

Jika tempoh hari, abi membelikan aku mixer dan iron seperti dalam senarai impian aku, dua hari lepas aku cuba membuat order pengisar kertas mini untuk terus bergiat dalam penghasilan kad buatan tangan seni quilling dan keputusannya, aku sedang menanti kehadiran mini paper shredder tersebut sampai ke rumah, aku bayar menggunakan wang daripada tempahan penanda buku Nurul Shuhada yang lalu. Suka sangat.

Semalam, aku minta abi cashkan cek nuffnang pula hasil berblogging setelah masuk tahun ke enam aku menulis di bloghijau. Kebanyakan menulis perihal anak-anak, tidakla banyak mana, bersesuaian dengan kerajinan aku, maka hasil ini aku akan kongsikan dengan anak-anak dan pembaca setia yang lain.

Hari ini, jika tiada halangan melintang abi akan berjumpa dengan salah seorang blogger sumber inspirasiku, kakRetna. Supporter aku menulis sewaktu awal-awal aku berkisah di bloghijau ini. Dia baru sahaja pulang daripada Bandung dan membelikan aku pisang keju yang aku teringin benar hendak makan. Disebabkan tempat kerja abi berhampiran dengan tempat kerjanya maka aku utuskan abi untuk pergi berjumpa dengannya. Aish! Kan best kalau aku yang pergi sendiri. Isk!

Bulan Mei tahun ini juga merupakan bulan semangat baru buat aku, aku bangkit membuktikan bahawa pengorbanan aku bukan sia-sia. Allah sudah aturkan yang terbaik buat aku. Hilang satu punca, diganti dengan punca yang lain. Syukur sejuta rahmat. Mulai saat ini juga, aku mahu menjadi seorang pengurus rumah tangga yang disegani orang bukan surirumah yang kering idea, dunia hanya di dalam dapur sahaja. Eh? Riak dah ke ni? Ihiks...saja bagi aura positif pada semua orang. Daaa...

Published with Blogger-droid v2.0.10

10 comments:

nad said...

Semangat baru!
I loike! :)

Arrizqi!!!!!!
Sabar dik, masa nya akan tiba tu nanti
Haha, terkejut nengok gmbr die tu

syawalsimpsons said...

terkejut tgk muka dak tecik ni...teranjat ja..kakkakakka..sweet sgt

Jue said...

alhamdulilah rezeki dari allah

Masya said...

ni semangat arrizqi ke .. semangat mak nya .. hihihihihi..
aura positif itu penting kan...
rezeki ada dimana².. yg penting ada usaha.. guna kemahiran di beri .. insyaallahh.. berjaya...

Fizah said...

hahaha..sampai aura tu ke dalam diri ambe! yeahhhh go go chaiyok!!! ;D

@e_da said...

gud ummi.. tak beerti duk rumah tak aktif.. surirumah adalah tugas paling mulia.. nanti buat entry puding roti ok..

jeles,... daku mahu seperti kamu bersama anak2 di rumah... huhuhu

eima said...

rajin + hebat ... tu seswai ayat utk ko dear

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah..moga terus dilimpahi rezeki buat cha sekeluarga :)

amboih arrizqi dh x sabar nak kuar rumah ye..,tengok pulak kakak n abg nye mandi kat luar tu, lg la meronta2 hati dia nak kuar tu kan...

mamaarifakeemaisy said...

Bagus2x..kasi aura positif :-).. nnti k.eina klau jd fully hwife pun, berhrp sgt ada site business yg boleh dibuat.. amin..

Alaa sian arrizqi..

Tahniah ceknye... :-)

ch@ said...

KakNad, Sue, KakEija:
Ms nak tolong dia keluar tu, gelak kjp. Dia dh meraung-raung, depan x lepas blakang x lepas.

KakJue, kak@Eda:
Syukur.

Yana:
Kadang, org lain yg perasan kebolehan kita.

Fizah:
Aja-aja fighting.

Eima:
Thank you dear. Tingin nk jmpa ko mek.

KakIeyna:
In shaa Allah, turn akak akn tiba.