Monday, 13 May 2013

Luar kebiasaan.

# Rasa segar.
# Abang belajar buat peace.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yuhuuu, rindu kawan-kawan semua. Sihat? Aku beransur sihat, mengalami migrain yang bukan calang-calang, huhuuu.

So, ada satu malam lalu kan aku bosan tau, lagi-lagi pula kondisi tidak begitu baik, muka memang tidak cun langsung sebab asyikla menyinga sahaja, aku mengadap almari baju anak-anak. Termenung sebab tidak larat untuk mendobi dan sebakul lagi belum mampu berlipat. Baju dalam almari sudah.menyusut.

Tiba-tiba, idea bengong datang, hahaa siap korang bertiga jadi bahan.eksperimen. Baju bee (oren) dipadan.dengan seluar pororo (hijau) maka jadilah hijau dan oren cantik, secara tidak sengaja. Kehkehkeh.

Gambar dirakam sebaik sahaja selesai.mandi dan abang Adli sedang belajar buat peace dengan kakak Adli. Arrizqi, biasalah tumpang menyibuk, manjat semua orang. Sampai ke hari ni aku buat benda yang sama. Seluar bee (belang-belang) dipadan dengan tshirt basahan warna hijau, muahahaaa.

Sesekali buat benda yang mengarut ni, best juga. Menyidai di ampaian pun seragam sahaja susun ikut warna. Gila betul pengaruh drama Korea ni. Cuti dua hari, balik Hulu Langat...ya Allah kepala aku kronik betul. Cuba juga bertahan sebab aku sedang menyiapkan 25pcs penanda buku untuk seorang pelanggan. Cewah!

Nota hijau: Musim colour-block belum.habiskan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

13 comments:

safurara said...

hehehehe nt kalau anak sy dh 3 pon nk buat cm ni gak.hehe

nad said...

Jawab nota : blummmmm

Fizah said...

selalu dgr cha ckp pasal drama korea...citer yg mana satu cha? dah lamaaaaa... tak tgk citer korea...last time rasanya citer stairway to heaven..okey itu citer sedih...takde kaitan..eheh

btw, seperti biasa, anak3 anda mmg somell!!

eima said...

belumm.... seluar merah aku tak terpakai pun .. malu la plak

mamaarifakeemaisy said...

Benda pertama k.eina nak tanya td, psl padanan bju ni lah, nk tanya, mana beli sedang elok padananwarna kegemaran..rupanya pasangan lain2 ye..hehe..

Alahai, kalau bab sakit kepala, sakit betuuii tu.. tc

Rasp said...

syukur you're getting better :)
suka lak tengok gambar bermain 3 beradik ni...
comei je dorang sedondon sis....

syawalsimpsons said...

ya betoi sokong nad : belom lagi.akkakakka... mmg betoi2 supermak ni, macam mana la sue nnt kan kalo anak 3..ni baru hero dua pon dah sengal2 alam dah

Jue said...

ambil tempahan ke untuk penanda buku..
waaaaa boleh tempah nie...


comel sgt budak bertiga nie

ch@ said...

Rara:
sila-sila. hihiks, suka sangat.

kakNad:
hahaa. akak ni.

Fizah:
ihiks, [huruf si]heongdam-dong Ali[si]e. Ensem pakwe tu, nak habis dah episodnya.

Eima:
kau redah je, manje. mesti org ingat kau bdk hbs skolah.

kakIeyna, RASP:
kita try je, padankan saja. janji lawa.

Sue:
kahkahkah, takkanla. boleh je, bkn dorg pun yg kena handle, emak yg pakaikan baju kan.

kakJue:
ha'a, ada juga org minat nak order. hahaa. bolehla.

Masya said...

ni biasalah .. lg² kt org ni.. baju amir merata ada 3 rumahlah katakan hihihihihi.....

musim blok belum habis... sampai ke raya rasanya, dgr kawan² opis dok pakat tempah baju mcm tu hahahha.. sakan..

eija_sweetmama said...

sesuai je kaler oren hijau dipandankan, lgpun musim kaler blok ni padankan dgn warna ape pun org dah x heran sgt, k.eija pun skrg dh tersuka kaler2 blok ni, selalu dok padankan kaler pink dgn semua warna (lagi sukahati..hehe)

ch@ said...

Yana:
byk nya rumah.

kakEija:
kan-kan-kan, kita tak pandai sgt la nk pakai kat luar. blm ada koleksi lagi, sejak anak tiga beli baju biasa2 je.

sal ya said...

kadang2 buat benda yang sama bila tak jumpa pasangan baju. hehehe...