Tuesday, 14 May 2013

Keluhan yang berpeluh.

# Rumah luas pun terasa sempit.
# Budak paling kecoh seantero dunia.
# Ikan bawal kukus sudah jadi puri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isklaaa pakcik ni, bikin emak kalut saja. Macam mana hendak masak, kemas rumah, mop lantai, kalau Arrizqi hanya mahu pelukkan emak saja. Serba salah betul bila tengok muka kasihan Adli dan Auni yang minta manja sama tapi terpaksa mengalah demi adik yang menjerit bagaikan hendak runtuh rumah.

Isklaaa, tell me why Arrizqi, why you do this to me? Hahaaa. Menyusu sudah, makan sudah, main sahajala seperti biasa, usahla kamu mahu melekat dengan emak saja. Kurang sudah tenaga emak hendak memujuk Arrizqi. Kamu nampak emak sedang.menyapu bukan? Kamu ada bila emak sedang masak, kamu lihat emak sedang mengemas di sekeliling kamu, emak ada sentiasa disekeliling kamu di tempat yang lamgsung tidak terlindung, langsung...kenapa kamu merengek lagi.

Isklaaa Arrizqi, sakit ye. Kakak buat atau abang buat? Atau sakit perut, sakit kaki, sakit badan? Emak urutkan Arrizqi dengan minyak angin, emak bacakan selawat sambil jadi tukang urut, emak peluk Arrizqi, tepuk-tepuk sambil nyanyi lagu pujaan emak, tidur. Letak Arrizqi di atas tilam, layan pula abang dan kakak yang berkelahi.

Isklaaa korang ni, jangan bergaduh boleh? Abang janganla usik barang kakak tu, kakak...kalau tidak mahu main dengan adik janganla keluarkan mainan tu. Abang, janganla nangis bila kena gertak dengan kakak, jelir saja lidah, tidak pun tunjuk buku lima abang yang demok-demok tu. Abangkan lelaki. Sikit-sikit abang nangis, abang bukan nangis pun lebih kepada menjerit sengaja minta sayang lebih. Alaaa, janganla macam tu emak.banyak kerja ni sementara adik tidur.

Isklaaa, kakak tidak sayang adik ke? Kalau suka sangat dengan cik su, kakak pergila sendiri. Ambil kunci kereta ni, eh buka pintu tu dulu. Setahu emak, kakak pandai buka pintu pagar saja, hahaaa. Atau, kakak mahu duduk dengan aunty depan tu, main cakar-cakar adik pula persis anjing aunty tu, mahu? Haaaa tidak mahu pula, dudukla diam-diam, tengok tv, main handphone. Kakak kan dah pandai tulis ABC, tu tandanya kakak dah besar. Tahun depan kakak sudah sekolah tau?

Isklaaa, baru anak tiga kecohnya usah dikata. Bila bergelak ketawa rasa lega, bila mengamuk emak jadi naga. Payah juga bila semua kena guna pendekatan psikologi ni, maigrain emak pula yang datang. Itu kalu, bukan naga lagi dah, jadi incredible pula. Isklaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.10

14 comments:

nad said...

Hee...
Biasa la tu, budak2...
Tp mmg bleh migrain pun huhu
Apapun byk bersabar k
Jaga kesihatan jugak
Kak nad nk ckp byk pun xbleh sbb baru 2
Cha dh 3 pun masih steady lg, malu la kak nad ;)
Apapun kak nad tau cha bleh buat!
U can do it bebeh!

eima said...

huh aku pun sama cam nad .. huhu
kena tanya CM ni...
aku yg 2 ni pun pening ... ade je alisha buli si abg tu ....

JaSSNaNi said...

budak2 tengah membesar dan menerokai, memang macam tu kan.. sabar je.. nanti time diroang dah besar.. kita lak rindu zaman diorang kecik.. hmmm

Masya said...

kt yg sorang pun kdg migrain kalau tetiba dia ngadu .. amir bosanlah xde kawan ibu .. sdhnya layankan dia main sama².. layankan ... dia menonton sdhnya bila kerja mak ni nak siap kan.. huhuhuhu ...

Jue said...

mencabar betul anak2 ini...
senyum tak perlu kata apa2

Fizah said...

hehe luahan hati emak...sabor yek! jadik naga tu biasaaa laaa..serupa saye juge ;) kikiki

eija_sweetmama said...

k.eija ni anak baru 2 pun dah pening, 2 hero pulak tu
peel auni ngan adli sama lah mcm zaquan n ziqry,
adik suka kacau barang abg, ape yg abg buat semua dia nak buat, yg abg pulak jenis x boleh adik usik brg dia, pastu sikit2 ngadu ngan mama, mama dia yg pening..'mmg selalu kuar ayat kalau x mo bg adik usik jgn main dpn adik'..huhu, kadang2 kesian jgk dkt abg, sbb kadang2 abgnya buat keje sekolah pun x dpt adik dia yg lebih2 teraburkan brg abg..

syawalsimpsons said...

mmg kengkadang hijau gak ngan bebudak ni kan...tapi kalo tak da dorang, rasa sunyi je kan

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sabar2...tp cha mmg kuat la, anak dh 3..

kak ni..baru sorang..tp mcm anak 3..kekeke..

mmg bebel gak kt hero kecil sorang tu..aktif dia..haha..

tp merekalah penyeri hidup kan..pgalaman mjadi seorang ibu zaman skrg..mmg mencabar..

ch@ said...

kakNad, kakZura:
steady ke? hahaa.
aja-aja fighting.

Eima:
alaaa kiut alisha, sama dgn nayli suka sakat abg. Adli manja, sbb dia kjp je ngn mak pastu ada adik pula. sian gak ke dia. kakIzan lg gigih.

JassNani, kakEija, Sue:
sekali sabar-dua kali sabar-tiga kali sabar sampai ke sepuluh, habis sabar. hahaa.

Yana:
yg tu seorang, sini tiga. mmg bersambung-sambung kerja mak.

kakJue:
ihiks, sakit rahang senyum sokmo.

Fizah:
hahaa, saja.

sal ya said...

anak akak yg nombor 3 ni pun blh thn manja dengan buasnya sekarang.

ch@ said...

kakSal:
azfarkan dah besar.

mamaarifakeemaisy said...

Hehehe.. hanya mmpu menggeleng kepala sambil mmbygkan kalau k.eina di tmpt cha, anak 3..hhehe.. sabar ya emak, anakni mood tidak terduga :-)

ch@ said...

kakIeyna:
kan...?