Thursday, 2 May 2013

Ibu gila-gila dan periang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahahahaaa, serius macam kawan lama. Sekali bertanya khabar tidak sempat-sempat pintu pagar dibuka, sekali hendak bertanya soalan tidak sempat-sempat si anak bergayut di pintu pagar. Kelam kabut tuan rumah. Bikin havoc saja.

Aku rasa macam jumpa kawan lama sahaja sebaik tangan dijabat, pipi berlaga pipi. Mulut masih lagi, riuh menyuruh sepupu-sepupunya masuk sekali. Kecoh bagaikan terasa gegaran rumah aku. Adli terpinga-pinga melihat kawan yang ramai, lekas sahaja anak daranya hilang kembali semula dengan mengayuh basikal Auni. Oh Tuhanku, kakJue...kamu sangat periang dan peramah sebagaimana yang aku fikir-fikirkan.

Lagi, kita borak pasal apa ye kak? hari tu macam tidak cukup masa sahaja. KakJue tanya, aku jawab. Jawapan belum habis, kakJue sambung, belum habis kakJue cerita aku pula menyampuk, sama dengan juga tidak habis lagi, kakJue topup lagi, non-stop. Nafas pun bagaikan sayang untuk tarik, masa itu emas. Aku hidangkan air bujang sahaja, belum lagi belanja barang dapur. 

KakJue, jangan serik untuk kembali lagi ye, kita ajak orang lain juga untuk sembang panjang-panjang, untuk ketawa besar-besar, untuk makan tanpa henti, wooaaaa...sangat happening. KakJue, kamu sangat best. KakJue, memang seorang yang gila-gila. Sayang, Farisyah tiada geng sebab kakakAuni tidur, yang ada hanya Adli si serius yang pendiam dan Arrizqi si cekonit yang peramah. Sakan dia berguling dengan Faez. Jauh beza betul saiz mereka berdua walaupun sebaya, hahaaa.

Perbualan terhenti apabila suami kakJue menelefon, oh! sungguh aku belum puas masa mencemburui. Tidak mengapa, satu hari nanti kita bersua lagi. Sayang rasanya kakJue hendak meninggalkan aku, sayang rasanya untuk aku membiarkan kakJue pergian. Pertemuan ini, sungguh istimewa. Terima kasih kawan.

Argh! selebet betul rupa aku tu. Tangkap muat ja.
Here...kakJue [One Happy Familyhttp://anna-jueanna.blogspot.com/]

Gambar ehsan daripada kakJue, wuhuhuuu... 

 Love this moment so much. Muah-muah-muah!

Nota hijau: Ok, listed seorang lagi blogger ;) happy friends forever.

13 comments:

Fizah said...

baju cha anak beranak pun sama..haha..color-coded betul!!..btw best kan jumpa kawan2 blogger...=)

♥cikmOt♥ said...

owhh tema hari tu ijau ye...hehehe

Jue said...

hahahahahha..
rasa mcm nak runtuh rumahkan...
serius akak nak jumpa cha lagi..
tak serik pun datang rumah cha...
rasa mcm dunia kita yang punya je...
tak puas borak...hahahahaha

yantisa said...

hopefully one day dapat mai bertandang ke Pulapol pulak ya.

syawalsimpsons said...

lps ni sue kot.kikikikiiki....sue jumpe cik jue esok..

eima said...

wahhh syoknye jumpa sampai ke rumah ... dari maya sampai nyata

Masya said...

saya yg pemalu nak jumpa cha, silap² tak bercakap.. senyum senggih jer.. ;p

nad said...

Best best :)

mamaarifakeemaisy said...

Meriah nmpk gya tu, ok la kan jumpa kkak yg mcm2 kategori, peramah ada, pendiam sket ada.. pendiam sket tu k.eina la..hehe..

Alhamdulillah, untung ada blog, btmbh kenalan, :-).. yg menceriakan hari2 kita..

ch@ said...

Fizah:
kita mmg suka hijau so warna baju mmg major hijau sampai Auni pun bising asyik pakai baju hijau saja. Suka sgt jmpa blogger.

cikMot:
ya btl.

kakJue, kakNad:
ihiks...best2. suka sgt2.

kakYanti:
in shaa Allah, satu hari tu akan tiba jua nnt.

Sue:
kalau lalu di Sg, Buloh, jgn lupa singgah sebentar ya. ihiks. kakJue best.

Eima:
bila nak jumpa ko plak ni, kena jmpa cikMot skali.

Yana:
kakIeyna tu lg laaa...mmg sgt lemah lembut, mak ni yg naik segan nak ckp byk2. dont worry Yana redah ja.

kakIeyna:
aha, tu la pasal. semua kategori disesuaikan dgn peribadi setelah bersua muka. mmg best. kita tetap kawan akak biarpun akak seorang yg suka senyum saja.

Eliss said...

jue kawan sekolah saya :) memang peramah orangnya :)

eija_sweetmama said...

owhh sudah berjumpa ye, bertambah lg la kwn blogger yg pernah bersua :)

cik jue mmg peramah, dah pernah jgk jumpa sekali dgn cik jue ni, asben dia pun peramah jgk..

ch@ said...

ElissMie:
Oh...ok ;)

Eija:
Kan...mcm x sempat2 nak bercakap. Kelakar. KakEija pun peramah.