Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dalam pada gigih menyusun komik abi mengikut siri dan angka giliran, dalam pada perangai bertukar singa sebaik nampak anak3 mula menyentuh almari buku, dalam pada aku rajin memastikan ianya sentiasa kemas, rupa-rupanya ada juga puak yang mahu sama-sama buat tempat tinggal di almari yang sama. Ya tidak lain dan tidak bukan, anai-anai.
Mungkin terlalu kemas dan terlalu lama tidak di sentuh bahagian tersebut membuatkan ia membiak dengan jayanya, seronok dapat makan kayu dan kertas berkualiti daripada komik abi. Gemuk dan sihat.
Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera yang kebiasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu dimana kayu merupakan makanan utamanya. Terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Cuma, bila ada yang baik ada juga yang terbalik, kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.
Di Malaysia, ada tiga famili anai-anai yang biasa ditemui iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae [kelas kau Jah, bahasa saintis betul ni]. Hanya keluarga Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.
Kitaran hidup anai-anai adalah kompleks kerana ia hidup dalam kasta. Bermula dengan raja dan permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askar atau kadang-kala menjadi kelekatu (anai-anai bersayap). Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap mempunyai jantina akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru (baru tau kelekatu keluarga anai-anai juga).
Anai-anai pekerja biasanya tidak bersayap, mandul dan buta-ada pula. Anai-anai askar juga tidak bersayap dan mandul tetapi mempunyai kepala dengan mandibel (bahagian mulut serangga) yang kuat untuk menggigit bagi mempertahankan koloni.
Selain itu, anai-anai peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk menghadamkan kayu yang dimakan-biasalah kuli kan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti anai-anai busut menggunakan kultur kulat untuk penghadaman dan pada masa tertentu cendawan busut akan keluar dari sarang anai-anai ini. Kebanyakan anai-anai makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, sama ada dari mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut, hah!!! - terkejut.
Selain itu, anai-anai peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk menghadamkan kayu yang dimakan-biasalah kuli kan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti anai-anai busut menggunakan kultur kulat untuk penghadaman dan pada masa tertentu cendawan busut akan keluar dari sarang anai-anai ini. Kebanyakan anai-anai makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, sama ada dari mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut, hah!!! - terkejut.
Seperti biasa, pemburu anai-anai di rumah aku seharusnya ialah abi. Sebut sahaja di mana ternampak sang anai-anai, lekas sahaja aku membuat laporan dan bergegas jugalah mengemas keluar barang-barang daripada almari. Dua tempat biasa, almari pakaian bilik bawah dan juga kabinet dapur [soh tukar lain kot-pergh!] Dan, entah macam mana hari tu abi terrrusik kotak jam tangan di almari bukunya dan disebabkan komik itu adalah kesayangannya maka, dengan rela hati sendiri, sendiri yang mengemas keluar buku-buku itu, banyak jugalah yang terkorban di ruang paling bawah sekali.
Phew! cam letih je, sebab malamnya pakteh (adik abi) anak3 aku nak datang pula.
Gigih betul abi. Demi komik.
Isk-isk-isk, sayang betul. Botol kuning tu diisi dengan cecair racun anai-anai, bau dia pergh! memang abi sentiasa bersedia dengannya. Buat rumah lagi sampai lubang cacing pun abi racun. habis sesi ni dengan buku tersumbat dalam almari satu lagi, abi basuh kereta, tabah betul laki aku, hahaa.
Mujur, aku ialah isteri cerdik yang solehah (insyaALLAH) telah susun buku yang kurang baca dan tidak bersiri di ruang bawah tersebut, jadinya buang. Aku kerah abi untuk melihat-lihat kot ada di almari sebelahnya pula. Nangis weih, sebab lepas almari sebelah itu, ialah almari novel aku, maaaaaaakkkk tiiiidaaakkk!!!
Nota hijau: Selalula usik buku-buku anda, terutama yang rumah berisiko tinggi untuk anai-anai membiak. Buat almari buku macam peti besi leh tak ye?
10 comments:
ya ALLAH cha.. sayang komik dan almari tu.. Hubby ku pun peminat komik, baca mcm org xde anak..so, tau laa betapa sayang komik bersiri tu klu hilang 1 kod pun.. y menda kuning tu hape??
p/s - actually ku tag kamu join GA..buat laa klu kamu sempat dan sihat dear..
Uuuiii... banyak n teruk gak gayanya tu...bermharajalela betul diorg ni... beli rak besi aa... tapi tak comei plak rumah nnti kan.. almari kayu jugak lawa...kena berjga2 la pasni, ada kot ubat yg sesuai jns mcm kapur tulis ke, k.eina mak ada kasi tp utk halang semut dr dtg..mmg mujarab, tp taktau mak dpt mana, cuma lorek buat garisan je, semut yg lalui situ akan mati..tp anai2 ni lain sket kan..tmbh2 rumah bwh bertanah, mudah je diorg datang buat penempatan.. huu..
alahai..
tak sanggup kalau novel2 kena macam tue..
mak tak sangguplah
sayangnye abis novel2 semua kena makan anai2 ye.. tak lama lagi almari tu lak yg ranap kena makan anai2 tu.. mmg mengganggu gugat tul..
Sayangnyaaaa
Kalu pakai kabinet bertutup kene gak ke?
rumah akk pn ade anai2 cha...ingatkan rumah kayu je ade anai2..rupenya umah batu pn anai2 suke...habis celah2 batu tu dia buat sarang...segala kotak baik dlm lemari dan bawah katil habis dimamahnya...adoii...
2 lemari kain dah terbuang...lemari kahwin dulu tu..
Mangaiii...ni sadis nih.
akak pernah kena. masa rumah lama, padahal flat tu.cemna dia naik entah.. sakit je hati nengoknya.
jadi, harap2 rumah baru ni takde la hendaknya. risau juga tu ari. takut terbawa mereka ke rumah baru.
teruk tu kena makan anai2,
dkt rumah mak eija dulu mmg selalu jgk anai2 naik kat almari kayu,
tp alhamdulillah setakat ni dkt rumah eija blom ada lg or eija yg x perasan ada, baca n3 cha terus rasa nak balik check kat rumah..hope xde lah..penat tu nak mengemasnya..
eerrrrr...anai2 musuh ketat nih... cha, rasanya ade cara nak hapuskan anai2 ni..dulu masa umah sewa ade anai2..cal org yg sembur anai2 tu...dia spray kat sarang anai2 tu...dgr cter umah tu smpai skang xde anai2...wallahualam...;-)
Lea:
yang kuning tu racun anai2.
kakIeyna:
rak besi ala2 perpustakaan pula rasa.
kakJue:
makcik majuk kalau anai2 makan novel makcik, huaaaa...kena beli tupperware besar2 buat rak.
JassNani:
setakat ni novel selamat lagi, satu rak komik tu je la habis, moga tak kena rak komik kedua tu. pengsan laki den.
kakNad:
selagi yg berkayu kak. bertutup pun dia gigit jugak. kabinet dapur ngan bilik bawah mudah kena. kabinet atas belum lagi nampaknya.
Orked:
kawasan lembab2 tu nak kena jaga dan perhatikan, sarang kecik pun kena segera musnahkan.
kekDa:
rumah mama kita rumah papan pernah kena, habis buku2 sekolah. buang.
Eija:
kena sentiasa periksa.
kakJaja:
ha a, abi buat sendiri. sebulan sekali baru dia panggil orang yg sembur tu. letih nak ngemas keluar masuk barang.
Post a Comment