# Imam, bakal suri hidup Imam, Reen, aku dan Hanif.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Allah maha besar, Allah maha tahu segalanya. Bersiaran daripada hometown walaupun bukan daerah kelahiran, keseronokkan pulang ke kampung tetap terasa kerana inilah tempat asal daerah yang bertuah. Johor Darul Takzim luaskan kuasamu. Ahaks.
So, rancangan minggu lepas (aktiviti reunion) disambung lagi dengan akiviti mandi manda, katanya. Awal tu memang aku teruja hendak join, well bawa diri sahajalah berikutan, adik and his girlfren also mama boleh jagakan anak-anak. Kuasa Allah, kita hanya merancang.
Pada hari kejadian member-member yang sudah bersemangat tarik diri satu persatu, punya halangan yang tidak dapat dielakkan membuatkan penyertaan untuk mandi manda dibatalkan dan diganti dengan aktiviti ringkas, menghadiri jemputan perkahwinan adik kepada salah seorang kawan juga.
Walaupun hanya tiga orang sahaja, namun kemeriahan usik mengusik tetap menjadikan suasana menjadi lebih riuh. Aku berjalan tanpa anak-anak. Janggal.
Pulang sahaja rumah Hanif, aku dan Reen (dulu masa sekolah, tak sekata pun) mencari kedai, aku hendak beli buah tangan untuk anak-anak. Terima kasih sangat pada Reen, sudi melayan kerenah mak budak ni. Asyaari, yang lebih mesra dengan panggilam Imam, sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Dikhabarkan pula seorang kawan, yang pada awalnya memang hendak turut menyertai, jatuh sakit. Aduhai, range umur sekarang sentiasa berwaspada dan perlu menjaga diet makan yang sihat. Sakit datang tidak mengira umur. Hari ini kita suka, esok tidak pula tahu bagaimana. Semoga Hasdi lekas sembuh kerana antara kawan-kawan dia paling maintain dan masih sama dengan alam persekolahan.
Perancangan Allah yang terbaik, tidak terbayang di fikiran jika sama-sama sedang ke aktiviti bermandi-manda. Tiba-tiba kejadian tidak diingini berlaku. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar.
Nota hijau: Alamak, patut kisah hari Sabtu dulu. Tidak apalahkan?
4 comments:
hmmmm ko mmg jrg seklai tolak jemputan majlis kawen kan .... bagusnye ..aku dah lama tk pi kenduri
bercuti sakan ye umi...
selamat berehat ye...
kt merancang allah tentukan... itulah yg selalu terjadikan..
Eima:
Depend jg eima. Bergantung masa dan org yg diajak pergi.
Kau dpt jg pergi bercuti, peluang yg aku jarang dpt.
KakJue:
Still jg kena ngejar anak2 kak.
Yana:
:)
Post a Comment