# Yummy!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hah, macam manala berat tidak naik, semedang makan crepe ni, isklaaa. KakNida ni pula, saja je menggodakan? Hihiks. Kali pertama makan perisa stoberi coklat ni, warna kulit pun jadi merah gittu.
Luar pun sudah comel, rasanya sudah tentulah yummy-yummy-yummy. Aku bukan penggemar stoberi tetapi masih juga boleh go on dengan crepe perisa ini. Order sekali dengan oreo crepe yang sering menjadi igauan tekak dan perut.
Satu stoberi coklat crepe dan satu oreo crepe bersamaan dengan empat kotak dimana satu set crepe mempunyai enam pieces yang berharga RM20 tambah kos penghantaran RM5. (1set = RM10 = 6pcs) Hrrrmmmm...mana aku tak gila. Bukan cukup makan satu kotak saja. Hihii.
Walaupun wall facebook aku penuh dengan promosi krim kurus, jus kurus, lotion kurus, susu kurus, pil kurus, aku? Makan-makan-makan dan makan. Hasilnya, naik 3kg ngam-ngam 50kg. Hahaaa...pakai peplum cover dengan dukung Arrizqi, cover Premium Beautiful rugila beli tapi tidak dipakaikan? Kihkihkih.
Tidak mengapa kot gebu sikit, hari-hari pun aku buat kerja rumah aku anggap bersenam apatah lagi turun naik tangga yang tidak terhitung berapa kali sehari. Belum masuk cuci dua bilik air, mop lantai tingkat atas dan bawah dan mengemas rumah daripada semua sudut ;) Seriusly, buat kerja rumah lebih banyak peluh aku keluar, kalori yang terbakar tu aku tidak tahu.
Sedap tau bila sentuh part makan ni, lagi anak-anak-anak semakin membesar, meriah dapur aku rasa. Berasap je walaupun mood masak swing-swing. Simple pun simple la janji makan. Tidak masuk lagi kudap-kudap. Manalah berat tidak bertambahkan, saingan makan ramai.
Nota hijau: Bila baju sudah tidak muat, yahoo beli baju baru ;)
7 comments:
Dok rumah tak pe cha, byk mkn pun, byk gak exercise .. faham situasi .. kerja rumah non stop, tmbh plk awak tu rumh 2 tingkat, lg bagus.. jgn mcm ahkak ni, keja opis, duduk je.. makan byk jugak.. kian melebar je rasanya ni..huu..
Syoknyeee dok rumah :-)
tu baru 3 kilo. akak ni naik dah 7kilooo.. huhuhu... tapi mcm tak nampak kegebuan nya pun. eish....
Lama dah eija x singgah sini, dah bertukar wajah rupanye..
cantik la header baru..:)
betul tu masak simple pun puas hati bila anak2 kita mkn kan
kakIeyna:
pergh, kerjanya mmg tak sudah2. ada saja yg hendak dibuat.
bondaWhilea:
u slim kak. takpun, berat tulang.
Eija:
ihiks, smuanya kerana header itu... aish!
baru cuti 2 hari minggu lepas... dtg hari ni dah bertukar baju blog yer.. bukan tuan tanah jer.. tukar size baju.. rasanya blog ni pun mcm lebar sikit.. bertukar size hahahahaha....
kenapa blog cha hilang kat refef dashboard yer... td cari² x jumpa...
tak penah nk cuba lagi crepe ni .... tatau nape..sedap sgt ke wei
yana:
sbb header tu xde. tu yg alang2 tkr je la smua. cuci mata sket.
xtau la yana, rasa xde ubah apa2 pun. kena bubuh kt bloglist kot. hahaa/
eima:
entah, ikut tekak jg la. aku ok je.
Post a Comment