Monday, 25 March 2013

Camwore.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku taktau makna sebenar tajuk tu, just ikut orang saja, hahaa. So Isnin ni entry ringan-ringan sahaja sebab kemalasan otak hendak menyusun ayat terbaik. Monday blues. Lagi-lagi dikacau oleh Adli yang sedang menanti emak habis menaip. Sabar je la.

Camwore dalam kereta on the way balik dari Bdr. Tenggara ke Sg. Buloh. Long journey membuatkan rasa kebosanan tahap maksima selain aku bantai tidur sahaja. Hahaa. Macam biasa Adli di depan sebelah abi, aku, Arrizqi dan Auni di bangku belakang. Ikut mood juga Adli tu, kekadang semua dibelakang meninggalkan abi ala-ala driver. Maafkan kami abi.

Auni, kehendaknya kena dipenuhi untuk duduk diam dalam kereta.

Adli, most important perlu ada ialah bantal busuk.

Arrizqi, setakat ini hanya memantau keadaan.

Penumpang setia tempat duduk belakang. Senang untuk aku buat susu.

Bila Adli datang menyempit sama. Penuh.

Kadang-kadang jadi pelik juga, best sangat ke aku sampaikan semua berebut hendak duduk atas pangku. Walhal tempat duduk paling selesa aku sudah sediakan sampaikan aku duduk terselit di lantai kaki, sanggup demi tidak mahu tengok keadaan tegang.

Perjalanan yang jauh perlukan keselesaan. Sangat penat bila tengok Auni dan Adli kejap dihadapan, kejap di belakang membuatkan temperature aku dan abi naik tinggi. Hahaa.

Setakat ini aku memang lebih suka duduk dibelakang sebab beg susu ada di kaki Auni, bila-bila sahaja mudah untuk bancuh menggunakan skill-skill yang ada. Lagipun, mudah mengendalikan mereka sekiranya semua masuk tidur. Adli memang suka duduk dihadapan, sebelah abi sebab bila aku duduk situ dia pun nak juga membuatkan aku mengalah. Tunggu besar esok memang tiadalah peluang hendak duduk depan. Aku ialah co-pilot walaupun selalu ketiduran. Hiks!

Nota hijau: Kejang otot bila dalam kereta lama sangat. Esok tambah lagi seorang, muat lagi waja ni. Hahaaa.

12 comments:

Jue said...

nampak hijau disitu..abinya hijau jugak ke???

perjalanan yang jauh memang kita jadi lagi penat bila masing2 buat perangai

♥cikmOt♥ said...

hahaha, akak skang dah amik seat depan...di belakang kakak dan abamnya...

Rasp said...

tema hijau tak lepas ye...
memang peha kita gak yg best utk diduduk kan sis...
hehehehehehe...

Masya said...

abi naik gaji belilah kereta lebih besar sikit... exora dah taraf teksi, bantai gelak kami tgk berita malam tadi.. saboo jerlah...

hijau ... semua didalam kereta...

yantisa said...

akak pulak guna kuasa veto duduk di depan sebelah abg misai sejak dari anak2 kecik sampailah skrg.

mamaarifakeemaisy said...

Dtg semula.. smlm dtg, gmbr tak keluar..heee..

Penangan seorg ummi, semuanya semacam ada magnet ye, sempit2 pun nk jugak dgn ummi :-)

Hijau aje jd pilihsn ye.. :-)

@e_da said...

atas riba mak mmg paling best.. sib baik abi tak minta juga,.. hahahah. 1 lg??? aii mcm nak lg je ummi tu? larat ke umi oii.. ehhehe

eima said...

mencabar betui la .. aku mmg seat depan ... fahim je dok belakang sesorg kadang2 semua pakat dok depan... hahaha

Orked said...

kalu anak da ramai camtu la, same cam akak..anak no 2 yg kongker sebelah abahnya..akaknya dan adiknya dok blakang..

kadang smua dok blakang mcm cha ckp la abah ibarat driver..hee..ksian abahnya :)

ch@ said...

kakJue:
abi tak hijau. peminat setia, hitam, kelabu, putih.
btl tu. sng bila dorg tidur je.

cikMot, kakYanti:
kita duduk depan, nnt semua hendak ke depan. tu tak sanggup berebut tu.

Rasp, kakIeyna:
kebetulan hijau.
tu la tu, walhal xde pun empuk sgt, rasa tulang je.

Yana:
hahaa, waja ni pun dah ok. kereta besar semua nak emak, pun xleh jd jgk.

kak@eda:
satu lag bkn skrg. tggu dulu. hahaa.

Eima:
kalau xde arrizqi ok lg, bila ada arrizqi...penuh pangku sampai laki aku pun bising.

Orked:
hahaa, kan. emak amek kesempatan je ;)

eija_sweetmama said...

Comeynye Emak dan 3 askarnye..

ch@ said...

Eija:
hahaa, xde kija.