Wednesday, 6 February 2013

Ruang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Taip-taip-taip, sudah habis satu perenggan tekan backspace, betul-betul sudah buntu apa yang mahu ditaip. Adoi. Jadi, kerah, perah juga daya ketajaman fikiran untuk pengeluaran idea, bila tengok gambar bagaikan banyak yang hendak dicerita, baru jemari menyentuh keyboard terus terlayan facebook. Menci betul.

See, belum setengah mengarang bunyi pula mesin cuci pakaian berlagu, tempoh mencuci sudah tamat, minta sidai isinya sementara matahari naik, ergh! ok, taip dengan sepantas kilatnya tanpa mengarut dan melencongkan cerita.

Setelah merasa duduk di ruang angkasa, kini beralih pula duduk atas tanah. Ye, bercakap fasal rumah. Sebelum ni, tinggal di tingkat 11, berlift, bertangga, dan tidak pijak tanah langsung. Merasa betapa mengahnya naik tangga pabila lift buat hal, merasa bagaimana payahnya apabila berbadan dua terpaksa berebut lift. Bila sudah di atas, untuk turun ke bawah adalah sangat memalaskan.

Sekarang, merasa duduk rumah di atas tanah, not so bad. Impian sudah pun tercapai dan aku sangat teruja apabila abi menyerahkan semua dekorasi dalaman berpihak kepada aku. Ianya satu hadiah yang cukup besar. Dan...bila sudah aku yang kena fikir, kusut jugalah kan. Tiada pengalaman, akan dicuba secara berperingkat. Aku geram dengan jam cantik yang kak Jue jual. Tunggu, nanti aku beli satu. Hahaa.

Dan, yang paling seronok sudah tentulah anakku nan berdua yang sudah aktif bermain, berkejaran, berkenderaan, bergulingan, berbasahan yang semuanya hendak berjemaah. Auni dan Adli. Girang dapat ruang yang cukup untuk mengeluarkan peluh. Mereka di luar, aku pantau daripada dalam. Arrizqi pun teruja sama. 

Bila tiada kereta mini abi, bolehlah main separuh ruang garaj, separuh lagi letak kereta waja share dua kereta. Biasanya abi yang adjust bagi muat, aku memang tak pandai, janji masuk tapi makan ruang kereta mini dia. Tah cemana nak arrange, dan baru-baru ni diberitakan, abi beli juga motosikal, hah! mau naik atas bumbung sebab ruang sudah penuh. Ada pun, betul-betul depan sliding door tempat Auni, Adli mandi kolam. Pandaila dia nanti, rumah dia kan? 

Jiran-jiran sebelah mungkin pelik dan tertanya-tanya di mana aku sidai baju, hahaa. Aku memang kurang gemar ampaian di garaj kereta, ampaian aku di belakang, selepas dapur. Memang berbumbung. Lagi pun, belakang sana dapat matahari pagi walaupun terlindung dengan dapur rumah belakang. Angan untuk bercucuk tanam, cili, serai dan sebagainya memang terkubur, sebab fully disimen. Ada tanah, memang tahap ciput je la, dipenuhi tiga biji pasu besar pokok hiasan dan sebiji tong sampah. Abi je yang rajin ngemas depan pagar tu.

 Tempat Auni dan Adli berkubang. 

 Snap daripada sliding door.

 Port kereta mini abi.

Snap daripada pintu sebelah sliding door.

Sekarang ni, aku sedang gigih memasang frame di dinding dengan pertolongan abi, sayang betul hendak memaku, dinding tengah suci dan bersih. Hihiii. Bila selesai semuanya baru boleh duduk berbincang untuk open house, hahaa. Tapi... yang hendak datang tu, rodger je la. Takde halnya pun. Hendak kata besar sangat tu tidaklah, cukup untuk aku lima beranak. Syukur.

Nota hijau: Ruang tingkat atas sudah mula digunakan. Lenguh naik tangga. Just cerita sahaja, bukan rumah mewah mana pun untuk interframe. Cerita sahaja ok. Rezeki dengan kehadiran baby Cahaya Petunjuk Rezeki, terima kasih Norersyad Arrizqi.

13 comments:

Masya said...

alhamdulillah cha ada tempat berlindung itu dah cukup baik x kiralah besar.. setingkat atau 2 tingkatkan...

nad said...

Alhamdulillah...bersyukur dgn rezki yg dimiliki... =)

@e_da said...

Seronoknya... Doakan akak dapat rumah atas tanah juga.. Penat jd burung duduk rumah tinggi...

Jue said...

tak sabar nak pi rumah cha nie..asyik bz je skrg nie...
satu hari..kak jue akan ketuk pagar cha...inn sha allah

mamaarifakeemaisy said...

Rezeki al rizqi kan..Alhamdulillah... :-)

Seronok impian dh jd kenyataan.. k,eina dok aim gak ni nak duduk rumh bertanah gini..puas hti :-)

Shu @ Mrs. Hamid said...

Shu pun simpan impian nak dok rumah bertanah ni.
Kalau buat house warming, khabar2kan lah.... nak sangat jumpa cha.

eima said...

nampak luas rumah ch@...cantek siap renovation

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah..ye lah puashati dpt duduk rumah sendiri dan dapat menghiasnye mengikut citarasa kita kan..

mmg teringin nak g umah cha, tp tu lah papa dah mula belajar skrg ni, kurang dah waktu hujung minggu dpt keluar jln2, g kenduri pun susah.., x kesampaian nak berjumpa arrizqi live..hihi

ch@ said...

Yana, kakNad, kakIeyna:
btl tu. alhamdulillah. syukur sangat2. sederhana itu lbh baik.

kak@Eda:
insyaALLAH, hahaa jadi burung best terbang sana sini.

kakJue:
aih! usah diketuk pagarku itu kak, sakit tgn nnt. tekan aja loceng disisinya.

shu:
pasti akan ku khabarkan. insyaALLAH.

eima:
ha'a siap reno. takyah aku pening rmh kena selongkar.

eija:
hihiks, takpe one fine day kita jmpa lg. mana tahu terserempak di cheras.

sal ya said...

parking space nampak macam luas jugak. akak sidai kain kat parking sbb kat situ la cahaya matahari memancar dgn gemilang dan terbilangnya.

Izan Ishak said...

k.izan masih buat ampaian kat porch. itu je pun ruang yg dirasakan sesuai...umah kecik comel kan. suka tgk auni n adli main2 berdua tu. kejap lagi ber3 lah pulak main guling2 kan...

ch@ said...

kakSal:
kat depan ni, pnsnya waktu petang. lagi pun dah tak muat nak bubuh ampai.

Orked said...

sonok kan tgk anak2 dpt main2 dgn bebas tanpa kerisauan..rumah bpagar senang nak kawal. lagi2 skang byk kes culik...