Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Baru sahaja aku selesai menyusukan Arrizqi, Auni masih lagiterkebil-kebil dalam kegelapan dengan botol susu yang masih berisi. Jam 3.30pagi.
"tidurlah kakak, semua orang tidur lagi. Kakak kenapa?" tanya si emak. Faham, sebab jadual tidur Auni terbalik. Dengan baju warna block, seluar hijau dan baju merah jambu.
"Auni tak boleh tidur la umi, kenapa umi tutup tv tu, Auni nak tengok cerita" panjang lebar dia merungut. Sila percaya itu memang ayat dia. Mama, papa, pak su dan abi pun mengakui dengan penggunaan bahasa kartunnya.
"tidurlah, malam untuk tidur siang untuk belajar, esok baru boleh main dengan kakak" disebabkan bahasa dia skema, emak pun terikut sama. Tidak mengapalah, bukan susah pun. Sejak abi lepaskan dia di luar pagar, berkenalan dengan anak jiran depan rumah berbangsa cina, bibirnya asyiklah sebut kakak, kakak, kakak dan kakak. Bila sudah terlepas ke sana, dia punya ketawa, jeritan memang akan sampai ke rumah. Bergalak.
"kakak ada banyak bola, ada warna hitam, ungu, merah jambu, hijau, biru, coklat, oren, semua ada, macam warna pelangi kan umi?" alahai anak, terharu betul, emak mengantuk tahap gaban, kamu ajak berborak pula. Sempat juga aku bahasa inggeriskan warna-warna yang Auni sebutkan tu. Tahu dia jawab apa lepas tu?
"awak ni kelakarlah" dia gelakkan aku pula. Cis! Anak bertuah betul.
"betul, ini tak kelakar la wak, ini betul. Pelangi ada berapa warna?" tanya emak. Memancing jawapan sambil tersengguk-sengguk.
"taktaulah, awak tutup mata ke umi?" sambil jengah muka aku. Alahaiii, siap check tu. Gelapkan.
"umi ngantuk ni, betul ni tak tahu pelangi ada berapa warna?" tanya aku semula, bimbang dia terlupa.
"taktau...pelangi banyak warna" tiba-tiba berdiri, membentang selimutnya.
"pelangi ada tujuh warna" jawab emak ringkas. Terharu lagi sekali dia bentang selimut siap Adli masuk sekali, selalu tu dia punya seorang sahaja.
"ooo ye ke, pelangi cantikkan umi. Pelangi tidur sekarang ni, gelap kat luar" tergelak aku dengar dia menjawab.
"pelangi ada selepas hujan je, malam dia tidur sebab tu Auni pun kena tidur juga, esok kita belajar warna pelangi" ujar emak, lalok sudah. Warna pelangi pun tidak hafal so bagi alasan esok je la belajar. Hihiii.
"hrmmm...baiklah" aku pun sambung tidur balik bila tiada lagi gerak geri Auni. Aduhaiii anak, pagi-pagi ajak berborak. Akal panjang juga Auni ni, bila emak hendak tidur barulah sibuk ambil kamus bergambar hendak belajar. Kalau aku larat, memang aku layankan. Kalau tidak, aku paksa tidur. Waktu ini memang mudah dia terima pelajaran.
Sekarang, aku sudah tidak bosan sangat sebab ada teman berbual. Walaupun Auni kecil tapi cakapnya macam bagus sahaja. Mana-mana perkataan yang masih pelat aku betulkan semula sebutannya. Syukur, dia sudah hafal ABC, dia sudah tahu one to ten. Now, aku kerah dia hafal Alif Ba Ta, senang untuk aku ajar mengaji nanti. InsyaALLAH.
Pelangi umi dengan abi.
Penggemar tegar warna merah jambu,
pergi pasar malam pun, minta air warna merah jambu. Adei!
Nota hijau: Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu-warna cantik si pelangi.
Nota lagi: pakaian daripada Eida Mohd's Collections atau Cuties Gorgeos Collections. Memang aku suka beli dengan kakEida ni setiap bulan. Hehee.
11 comments:
Kak nad baru 1st time beli dgn dia..
Tp dah silap saiz!!
Mintk saiz lain, dpt saiz lain
Aduhaiii, sbr je la!
Nak mintk tukar saiz banyak plak prosedurnya
Huhu!
Baru nak sedondonkan zakwannayli
Silap saiz,pastu lambat sampai..adeyy!
cerdik yg pi skool tu pun klu tanya die pasal pelangi tidak ladie boleh jawab ngan betui .....
GEGIRL MESTI LAH SESUAI PINK UMI, HARU ANAK² BGN PAGI AJAK BORAK... KALAU ESOK PG NAK KERJA MAU TERBABAS BGN.. CHA DUDUK RUMAH TAKPA.. BGN LAMBAT.. LARI JADUAL SIKIT JER.. X TEMPUH JEM..
dah boleh geng dengan kak farisyah..semuanya pink...air pun mesti pink ok
alahai kiut kamu si peneman umi
pandai dah kakak..dah bleh jadi kawan ;)
bijak dah auni..:)
pelangi umi dgn abi comel² sgt..
bestla anak2 cha ni sporting je bergmbar bersama2, Zaquan susah betul bila eija ajak bergambar berdua dgn adik dia, kena ikut mood dia..itu yg selalunya gmbar candid je yg dpt...
Bijak betul auni, bleh jd kawan baik umi kt rumh :-)
kakNad:
laaa...ye ke, kita ok je, hari dia pos esok atau lusa dah sampai. size pun ok juga, blm pnh salah lagi. byk dah baju auni adli beli dgn dia.
eima:
hahaa, auni aku mmg kagum sikitlah, nmpk malas tapi otak dia pickup cpt. aku pun tak jgka dia boleh tau smua warna dgn baiknya. nyesal tak mulakan dgn alif ba ta.
yana:
awak tak ingat ke masa sy kerja hari tu, mcm ni juga. pagi2 jadi mata panda. tak cukup tido.
kakJue:
tu la, bila dia request pink mmg teringat farisya dgn beg beroda pinknya.
lea:
tak lawan iman dgn nouri. menggebu.
miszPinkieWinkie, kakIeyna:
tu la, kawan bergaduh pun ya jugak.
eija:
adli tu susah, tu yg auni kepit tgn dia. auni mmg suka bergambar.
budak2 cepat belajar especially time dia sendiri excited. lg cpt dia tgkp apa kita ajar dia.
kakSal:
betul tu.
Post a Comment