# payah nak ajak Auni dan Adli bergambar. Ini sahajalah, malas nak ngejar pengantin yang nun jauh atas pentas.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mama dengan Auni, papa bertukar ganti dengan adik menjaga Adli, aku hanya menumpukan kepada Arrizqi. Syukurnya majlis perkahwinan ini diadakan di dewan sekolah dengan suasana yang teratur dan tidak begitu panas. Pengudaraan yang cukup baik.
Dapat juga aku melihat gelagat mereka-mereka yang menjaga tol sebaik sahaja pengantin lelaki tiba. Gelihati. Meskipun aku memegang Arrizqi, aktiviti tersebut turut buat aku jadi teruja maklumlah masa persandingan aku dahulu penuh dengan istiadat kepolisan so tidak merasalah suasana mengutip tol. Riuh pengantin lelaki dikenakan dek pakcik.makcik pengantin perempuan.
Bersyukur kerana tiga askar aku sangat baik dan menjaga diri. Langsung tidak menangis dengan persekitaran dan kelompok orang yang tidak dikenali. Rata-rata melahirkan rasa sedikit kagum kerana Auni dan Adli yang tidak takut orang. Adli dan Auni hanya membawa diri masing-masing dan bermain sama-sama.
Jatuh, bangun, tertiarap, berlari, berlaga saling bersama-sama, aku hanya duduk memerhati sambil menjaga Arrizqi. Arrizqi pun hanya diam terkebil-kebil dan sesekali tidur. Sungguh senang. Makan dengan tenang. Heheee.
Esok lusa Arrizqi pin joint sama. Mostly menyatakan Arrizqi nampak bagaikan kembar dengan Adli. Hihiii. Balik daripada kenduri shopping as always. Belikan kasut untuk Auni dan Adli. Arrizqi? Non ado. Aku, beli seluar tracks sahaja lor. Pasal berjalan dengan baju kurung. Hendak mengontrol ayu dan Arrizqi. Adeih!
12 comments:
Cha , you look so sweet in blue .
good kids la auni n adli!
Owh ye! Arrizqi pun good boy!
Senangkan ummi hehe
bagus mcm tu.. lega sket mak, boleh bwk ke majlis lg budak2 lepas ni..good boy n good girl lah auni n adli. ^_^
nampak eye shadow mak hihihihi ..
bgsnya anak² cha mmg berdikari .. anak polis kan.. mestilah pandai bwk diri..
diorg tau mak die nk pi berjalan so bg peluang kat mama suapaya rileks sikit dpt mkn ngan tenang ..
comelnya cha! selalu hijau kan... sesekali tgk biru cam best pulak...
baik sungguh arrizqi layan tido je tak meragam. senang hati mak...
UMI MAKIN SEMANGAT CUN LAH...
DAH LAMA TAK TENGOK ORG BER"TOL" NIE..
KakYanti, KakIzan, KakJue:
Sesekali bertema lain. Org kata nmpk berseri-seri.
KakNad, KakIeyna, Eima:
Bg dorg rest dan main pepuas dulu, pastu masa kenduri ni dorg behave. Ramai org tlg lyn.
Yana:
Kita x pndai makeup la. Slalu keluar ngn abi pun mcm ni ja.
ok la anak2 pandai bawa diri, boleh la selalu bawa ke majlis..:)
mcm anak2 eija pulak selalunya nak berkepit je.., melainkan kalau jumpe geng baru lah main sampai x igt nak balik..huhu
ikat je cha. senang la nak bergambar. budak 3 org ni blh bergambar tp mcm2 gaya ada.
Azfar tak mesra org. apa2 pn mst ada emaknya. tp si kakak tak kisah sgt.
Eija:
Berkepit tu xpe, xde la risau dorg merayau tah ke mana.
KakSal:
Ikat? Hahaaa, payah jg nk ikat di majlis org. Hihiii. Adli mmg ramai org suka, Auni dh pndai main sendiri.
Post a Comment