Tuesday, 11 December 2012

Yeay, ada geng!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Confirm umi tidak boleh marah, kalau umi marah cakapla Adli yang buat-dalam hati Auni. Emak buruk sangkakah? tidak-tidak, itu memang naluri seorang emak, apatah lagi aku juga seorang anak sulong. Alasan untuk menyalahkan adik memang idea bernas untuk mengelak diri daripada kena marah. But, still kena marah juga. Anak sulong selalu aja kena tibai dengan penyangkut baju, pembaris kayu, rotan bila adik menangis walaupun kekadang tidak ada kena mengena langsung. Huhuuu.

But menjadi anak sulong adalah yang terbaik. Ye ke? hahaaa... tah.

Inilah part yang aku malas bila tiba masa mengemas, punyala gigih memunggah keluar daripada kotak masa sarat hari tu, susun ikut giliran, ikut tajuk, ikut saiz. Dapat pada maklong dan pakngah ni, habis. Kenduri.

Idea abi letak rak buku di ruang tamu, ikutkan hati aku hari tu, hendak letak di ruang lagi satu. Bawah tangga ni untuk bersantai-santai belum sempat idea di utarakan, rak buku sudah sedia tegak berdiri, hendak menanti dia balik daripada utara lambat sangat, jadi susun je la rimas tengok kotak-kotak bersepah di porch kereta.

Awal-awal hari tu tidakla masing-masing perasan rak buku ni, tapi sejak dua menjak sudah menjadi tempat favourite aku dengan Arrizqi, makanya menjadi juga tempat mainan kakak dan abang, bila sudah bosan tangan pun menggedik mengganggu si buku-buku yang sedia tersusun. Saja tau bagi emak kerja.

Rak novel aku, terletak elok sebelah rak komik abi, bagaikan ada naluri tidak sedap hati apabila dua pasang tangan ini hendak menyentuh novel-novel tersebut. Belum sempat dorang turunkan, aku sudah sedia terpacak bercekak pinggang di pintu dapur. Macam hendak tercabut biji mata memerhati. Kebiasaannya Adli yang akan menikus lebih dahulu, dia akan diam dan buat helah lain. Muka jangan dikatala, memang comel gila. 

So, bila Auni buat keras emak pun keluar suara keras. Alaaa suara emak ni, bukan dia takut pun. Cepat je dia bersuara 'Adlila yang buat!' ewah-ewah, walhal memang sudah terang lagi nyata dia yang mengajar adik depan-depan mata aku semasa aku bercekak pinggang tadi. Jadi, dia hanya turunkan buku abi sahaja.

Mula sudah.

 Meriahnya...

Cara mudah untuk aku suruh dia mengemas semula, pegang kunci grill. Buka pintu untuk main di luar rumah, haaa sebelum keluar tu harusla mengemas segalanya. Susunla macam manapun janji naik atas rak dan mainan masuk dalam kotak. Adli akan ikut mengemas bila kakak mengemas. Upahnya, main di luar.

Bagusnya bila aku offer dorang main di luar, dorang main berdua tergelak-gelak, jatuh, berlari, satu part dah letih dorang masuk sendiri, landing. Auni akan buat permintaan hendak mandi sebab 'poluh-poluh' katanya. Auni juga tahu istilah sejukkan badan selepas bermain sebelum masuk besen untuk mandi pula. Hiii...jadual petang.

Seronoknya bila tengok dia berpakat dengan Adli, tidak seronoknya bila dia dengki dengan Adli. Itu kalu emak pun naik hantu.

Bakal mewarisi. Habisla emak.

Nota hijau: Esok lusa, tambah lagi seorang. Pergh!

10 comments:

♥cikmOt♥ said...

huh, kalu akak sangat stress....
bertabahlah...perngorbanan cha sangat besar...tak semua orang mampu jadi fully housewife...

akak jadi wiken housewife pun tercungap...

Kak FS said...

Dugaan dalam membesarkan anak-anak. Semoga cha sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak. All the best cha

Jue said...

syabas cha...pengorbanan seorg ibu tinggi nilainya..

eija_sweetmama said...

Aduihai...abis bertarubur buku...iyelah anak sulong mmg begitu, eija pun anak sulong...hehe

bila tgk anak eija, Zaquan pun bila buat slh selalu salah kan adik dia ' adik la yg buat' huhu sabar je la n bila igt balik mmg pun kita selalu je marah abg dia kalau adik dia nangis, yg si adik pun x boleh berusik sikit...

Noli said...

haha..jenuh nk mengemas..noli tau perasaan camne..kdg2 noli pon mcm mak singa gak ngn anak2 asuhan nih..haha..

adat la mak..mulut bising kn..

syabas cha!!!!

eima said...

hahaha klu aku pengsan klu nengok diorg sepahkan buku2 ni.. tu pasal tak penah beria mengemas dah tau dah .... biar la ruamh bersepah janji ati senang ....urat kat dahi asek berdenyut je...

nad said...

Ha..kan ok buat peraturan hehe...

ch@ said...

CikMot:
anak2 tahan lagi kalo soh kemas tapi dorg buat tak peduli, bapak budak yg menyepah tak kemas itu stres.

Dila:
thanks, insyaALLAH.

kakJue:
smg kita sentiasa ikhlas menghadapinya.

Eija:
part adik tu betul Ja, hendak main apa yg kakak main, pastu cengeng, emak yg teman ni geram ja.

Noli:
tu la halnya, canni abi soh jaga anak org lain, OMG camner situasi gamaknya.

Eima:
aku mmg tak biasa sungguh rmh bersepah. sbb aku dgn adik sama2 membesar, bila dah besar rmh mama aku sentiasa kemas dn bersih. tu bila tgk rmh bersepah cam hendak nangis.

kakNad:
kadang2 je mujarab kak.

sal ya said...

Azfar la kalau nak main luar selalu tanya dgn muka comel blh tak main kat luar. kalau hujan or panas sgt tak ada la nak bagi. setakat mendung2 tu blh lg. mmg bersepah tu kerja dia orag tapi selalunya kalau cakap baik2 mitak kemas, dia orang kemas je. hehehe... psycho mak2 ni.

ch@ said...

kakSal:
mungkin ilmu psiko anak2 kita blm lg mendalam. kena timba lagi dan lagi, sbb tak jalan langsung.