Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Syukur disaat aku memerlukan bantuan, mereka masih setia
menghulur tenaga walaupun masing-masing terikat dengan tanggungjawab. Aku
sangat bersyukur semasa ketuban pecah tempoh hari mama sedang diserang demam,
mungkin juga dengan perubahan kerenah cucu yang dua itu sudah seminggu di
rumahnya. Pening melayan sehingga sakit.
Alhamdulillah dalam mama dok kalut terkujat aku beritahu ketuban sudah pecah, kepala otaknya pantas juga berfikir. Pertama sekali, seharusnya telefon abi. Kedua dan ketiga rancangannya aku tidak tahu langsung sehinggala tiba-tiba sahaja misi kampung menjengah diri di depan pintu. Aku rasa aku belum lagi bergerak ke mana-mana sebab memang air ketuban tu banyak gila. Aku pun cool lagi, tukar seluar kepada kain batik.
Papa pula masih bekerja dan sangat sibuk sehingga
pengurusnya tidak membenarkan dia keluar untuk menghantar aku ke hospital.
Tetapi raut mukanya masih tenang, dan balik semula ke rumah, gagah memandu
keretanya yang bagai hendak jadi tukun. Meter 100km/j tetapi perginya bagaikan
aku yang memandu 70km/j pergi balik opis. Hiks...
Elok dia kata jalan belum buka, aku terbayang Hospital Kota
Tinggi. Langsung tidak terfikir Hospital Kulai juga hampir dengan rumah. Dan,
papa la yang menghantar aku, sebab ambulan tidak bersedia untuk hantar belum
kes emergency. Siap singgah isi minyak kereta lagi dan aku, update status FB.
Wakakaka...
Sampai di HKT papa yang mendaftarkan aku, pandai papa aku
rupanya. Hahaaa. Macam tak percaya. Siap ambil wheel chair, tolak anak dia di
kaunter pendaftaran di Wad Ibu dan Anak. Yang best tu, aku sendiri tak alert
dengan alamat rumah papa sekarang. Sadis betul dapat anak macam aku ni. Alamat
rumah mak ayah pun tak tahu. Kejam. Sebaik sahaja aku di bilik saringan Hospital Kota Tinggi,
papa menyerah tugas kepada abi.
Syukur abi sudah sampai ketika aku hendak di
transfer ke Hospital Sultan Ismail, JB. Dia sendiri yang mendengar segala
penerangan doktor. Hah, pergi checkup tak pernah ada, tiba-tiba kena dengar
sendiri kondisi bini dia... ambil bahagian. Dia mengecualikan dirinya daripada kursus yang dihadiri.
Bermulala episod kronologi kelahiran 15 Oktober 2012. Memang
cool la. Sebaik sahaja baby keluar, abi menemani aku.
Disebabkan aku meneran sesuka hati , abi tidak sempat dipanggil untuk masuk dan tengok live.
Adoiii, melepas lagi. Hiksss. Menyesal lak meneran tetiba kan. Apapun terima
kasih abi, masih ada disisi walaupun tidak sempat untuk tengok isteri meneran
sedaya upaya. Selesai menyediakan keperluan aku dan baby, dia balik rumah mama.
Tinggalla aku dengan baby yang tak banyak kerenah ni. Hihiii...
Jeles orang katil sebelah menyebelah dek my baby tak banyak
ragam. Boleh tidur lena mak dia. Cerita ni belum complete lagi. Terima kasih
kepada mama yang menjaga Auni dan Adli, terima kasih kepada papa yang
menghantar, terima kasih kepada abi yang sentiasa ada bila diperlukan walaupun
kesibukkan. Tidak lupa terima kasih kepada mereka yang mengikuti kronologi
kelahiran di FB. Hahaaa... siap boleh update status FB. Coolkan?
Nota hijau: Belum ada semangat nak cerita yang lengkap lagi, entry tu bakal menjadi teramat panjang. Ngeee... Semua nak tiba-tiba. Mulala hendak menjadi tangan obor-obor.
14 comments:
cha, dh bersalin ke? mcm baru je mgu lps baca cha pregnant dah bersalin plak... alhamdulillah semuanya dipermudahkan... tahniah cha!
satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan...tahniah lagi sekali cha...
kamu memang superbb umi lah cha... cool di luar... tapi dalam hati tuhan jer yang tahu..
Alhamdulillah...tahu cha salin dr blog ieda..congrats cha..dlm dok dilema nk bsalin kt mn..last2 anak johor...:-)
Betul kate kak izan...
Rase bangga dgn cha pun ada sbb ada kawan mcm cha ni..
Sume2 ke'tiba2'an ni menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah..! Subhanallah... Arrizqi, ciknad bangga dgn awak jgk..sangat2 teringin jmpe ank bertuah ni...
Kak nad igt lg,masa cha berbelah bhg nk berslin d ppum @ h.sgbuloh, kak nad ckp, bersalin kat johor je la, ada atok n nenek tgk2 kan auni n adli...rupe2 nye betul bersalin kt sana ye, hhe...
cha,
bc mmg sng nya cha bersalin. kalu bc citer cha, mmg teringin nak ada baby lg wpun 2 puteri tue tgh lasak skrang. hope dipermudahkan sgala urusan sbb adik kecik tau kakak auni dan abg adli pun masih perlukan phatian dr umi dia.
seronok dgr pengalamn cha bersalin..rasa mcm k.eina pun nak jugak beranak lg, tp ingt pengalaman sendiri..huuuu~ lmbt sket la.. =P
Alhamdulillah dikelilingi dgn insan2 yg sedia membantu...syukur~ mudah semuanya..
slmt berpntang~
Salam wbt
Alhamdulillah sahabat ku ini dah selamat bersalin..tahniah awkkkk! Awk mmg kawan sy yg hebatss..
Tak sempat lg nk menjenguk but InsyaAllah raya haji nanti mungkin sy akan ke sane.
Awkkk sy rindu awk..
Rindu berkongsi segalanya mcm dulu
Jage diri baik2 sy sayang awk tau hijau mcm pokok kekal warna hijau sampai bila2.
Mira:
hiks, bersalin sudah. Alhamdulillah.
cikMot:
terima kasih kakIzan.
Yana:
betul tu. Hati libang libur.
Gieyana:
hiks, tu la. dh dpt agak sebenarnya tapi saja simpan.
kakNad:
mulut ibu2 ni kan ke masin kak. ambil smua segala pendapat drpd ibu2, mesti ada hikmahnya. bangga dgn kita? alamak... terharu saya.
sitiEbby:
jom2, kita kena redah juga, sbb dah rezeki. bila dah jadi emak, kenalah bagi kasih sama rata. itula pengorbanan.
kakIeyna:
alhamdulillah, kita kongsikan sahaja. ini kisah kita, kisah orang lain, lain pula ceritanya.
Zila:
salam awak.
hahaaa no, ada lagi lbh hebat. sy biasa je. insyaALLAH lepas ni sy sentiasa ada utk awak. jengukla sy di Sg. Buloh tu. insyaALLAH. kita kawan sampai akhirat.
betui...jasa mereka patut dikenang....alhamdulillah org2 tsyg masih berada di sisi....
sy dl pon, masa nk bsalin irfan..mak n abah turun awai..wpon hb ada...huhu...irfan masa keluar pon x byk ragam...mak dia siap leh lena lg..cover tido...sbb bthn sakit selaam 12jam..
sama la date lahir..cuma time x sm...n year..hehe
Zura@Iwan:
bersalin Auni je mama papa naik KL awal. bersalin adli, tak sempat dtg lagi, tau2 dah blk rmh. masa arrizqi, mmg di kampungla m'harap suami je :)
maksudnya? beday arrizqi sama dgn irfan ke?
Alhamdullilah syukur sgt dikelilingi mereka2 yg tersayang disaat kita perlu hadapi masalah sebegini kan
hehe..cha mmg cool dpt update status di FB ..haruslah kan menggunakan teknologi yg ada..
eija:
sgt bersyukur dan bertuahnya. mrk masih disisi.
hahaa cool xcool la... kbtln mmg online kan. hihiii....
memang rugi la kalau husben termiss saksikan kelhairan. satu dia jadi sumber kekuatan kita. dua, dia blh tahu snd mcm mana kita sakit bersalin. husben akak tak pernah missed ketiga2 kelahiran. alhamdulillah.
Post a Comment