Friday, 7 September 2012

Idaman dan impian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sederhana. Ini paling ekonomi pilihan abi dan citarasa aku. Siap sedia untuk diduduki tetapi perlu diberi wajah baru untuk menaikkan serinya kembali.

Aku pun masih blur-blur untuk membuat keputusan warna apa yang aku suka dan perlu sesuai dengan semasa dan keluarga. Ikut hati nurani ni, memangla hendak bubuh hijau sahaja, namun bila abi sudah mula tunjuk pamplet Nipon dan Dulux bermakna dia tidak mahukan hijau sesaja. Perlu memikir kegemaran orang lain dan kesesuaian ruang rumah juga.

Buat masa ini, bahagian luar memang aku berkehendakkan kelabu asap tebal bersama dengan kelabu lembut. Ruang dalam hendakkan warna mint yang sangat lembut biar boleh match dengan warna-warna gelap perabot. Eheks. Apakah itu yang terakhir? Entahla, tunggu kata abi nanti.

Perlu juga memikirkan bajet mengecat daripada segi membeli cat, upah mengecat dan menanggal kertas dinding yang lama. Biasala, aku tak gemar bunga dan kertas dinding, suka yang plain sahaja. Biar nampak keluasannya. Entah hendak deco yang bagaimana pun, masih pening lagi.

Masuk rumah, hendak cuci kaki sahaja. Melampau sungguhkan? kehkehkeh, boleh tak nak kata sebagai hadiah pengorbanan untuk keputusan menjadi surirumah? jadi... adalah perlu untuk surirumah sukakan kepada rumah itu sendiri. Setuju?

Buat masa ini, memang sofa yang ada tidak dibawa. Hahaaa, tak sanggup hendak mengemas kusyen sofa tu, bergaduh dengan anak-anak je kerjanya karang. Jadi, segala perabot memang serah pada abi sahaja. Dia lebih pakar. Kabinet dapur, almari baju semua sudah lengkap mengikut citarasa, cuma perlu di cat juga. RM terbang lagi. Kehkehkeh.


Lain-lain, hrmmm tunggu pindah masuk baru adjust balik. Paling-paling tunggu lepas pantang, baru boleh aku bersilat. Hendak tanam bunga, hendak tanam sayur-sayur insyaALLAH. Lama sikit lagi, aku nak suruh abi tukar pintu pagar ni, aku nak ala-ala kayu punya. Masuk duduk pun tidak dah berangan ko Syasya. Hahaha, sabar je le.

Nota hijau: Simple je. Rumah lama, diberi nafas baru.

17 comments:

♥cikmOt♥ said...

bestnya ada rumah sendiri kan...ni tak sabar jugak ni...

@e_da said...

Bestnya!!!!!!!! nanti leh tengok baby umah baru

Jue said...

wah bestnya...
kak jue insayallah bulan 10 ni dapat kunci...
hubby kena siap semuanya sebab bini dia tengah berpantang...
tapi alamari dan kibinet dapur ikut kak jue..dan serve dan book...tunggu dapat kuncije...tak sabar rasanya nak duduk umah sendiri nie..

Nisah Idham said...

tahniah cha, dah ade umah baru.. (^_~) so sweett berangan lah ape2 yg patut, semoga impian mnjd kenyataan

eija_sweetmama said...

Alhamdullilah...mmg puas hati bila dpt duduk rumah sendiri idaman hati..

La x suka ke pagar tu...eija baru nk puji tgk pintu pagar cantik..hehe sbb pintu pagar umah eija ni lg pesen lama teringin nk tukar rod iron tp blom ada budget lg nk ubahsuai rumah.

Masya said...

alhamdulillah .. akhirnya dah ade rumah sendiri kan.. lagi selesa... tak sabar nak tgk deco2 cha.. nnt buat frame quiilling besar tau .. mesti cantikkk letak kat ruang tamu hihihihihihihi ....

yantisa said...

tahniah ... kat mana ni ?

Yatie MS said...

tahniah sya.. akhirnya ada rumah sendiri gak.. kat ner rumah tu? luas halamannya.. sukalah Adli ngan Auni main2 nanti... hehehe..

Gieyana said...

tahniah darlink..syoknya dok umah sendiri n land ag tue..kt penang susah nk dpt land psl prive above half million..yg ada cuma umah srg burung merpati..kena redhaa jer laa..

Tgh bkira2 utk beli rumah ag..insyaallah..:-)

Noli said...

tahniah..besnye rumah atas tnh..hehe

Puteri Satu said...

selamat mendeco rumah baru... :)

sal ya said...

cantik. porch pun luas je. boleh la anak2 main kat luar. walaupun lama tapi masih berguna kan? kalau akak dgn husben ada duit lebih nak beli jugak rumah yang besar drpd rumah sekarang ni. okay belum habis bayar rumah sekarang nak ada rumah baru ke? hehehe...

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah..ini baru best kalau jd surisepenuh masa, boleh buat byk aktiviti kalau duduk rumah brtapak tanah...yeaa~ bestnyer...tumpang happy..cantik je, nmpk masih baru..kt sg buloh eh.. tak jauh tu, jemput la kite kalau buat house warming..lalala..hehe~

selamat menduduki rumah baru..n selamat mengemas nntinya..tentunya best nak mendeco nih..dah pulak hari2 duduk rumah kan..lg best..haih..cemburu ni =P

ch@ said...

CikMot, YatieMS, Noli:
syukur.

kak @Eda, kakNisah:
insyaALLAH.

kakJue:
sama2 kita pulun. hiii...

Eija:
hahaaa. lepas dicat baru lbh suka agaknya. hiii, hari tu ternampak yg jns kayu punya. kitakan suka classic.

Yana:
quilling? berhenti kejapla buat tu. tumpu pd anak2 dulu.

kakYanti:
tq. Sg. Buloh.

Gieyana:
mengumpul sedikit demi sedikit. baru mula langkah hendak hidup sendiri.

PuteriSatu:
:)

kakSal:
kalau hendak puas main, kena letak kereta di luar. luar tu pun dah penuh dgn kereta2 org keliling. hihiii.

kakIeyna:
insyaALLAH, mmg hendak buat pun house warming. tunggu sht, lps pantang mungkin.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam...Bestnya klu ada umah sendirikn.Rumahku syurgaku...

Salina@IbuAqil said...

Seronoknya cha..
Akak lak x sabar2..
Rumah lama pon x per cha..
Yg pntg selesa utk kita anak beranak..
Akak tumpang happy erk..
Pasni kena "mintak alamat" nih.. ;)

ch@ said...

Azatie:
insyaALLAH rumahku syurgaku.

ibuAqil:
boleh je, pasni pun alamat surat menyurat semua kena tukar alamat rmh, dah takde opis.