Friday, 8 June 2012

Puri untuk Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat, penghujung cuti sekolah juga sudah sampai untuk hujung minggu. Hujung minggu untuk sesi membuat puri :) apabila di amuk rindu dendam dengan kampung halaman ataupun rindu untuk mengukur pusat membeli belah.

Mengeluh? itulah pengorbanan atas nama sebuah perkahwinan. Itulah perubahan paling ketara apabila bergelar seorang emak kepada dua cinta hati dan juga isteri kepada seorang yang bergelar menjaga amanah negara. Tawa dalam tangisan. Shoot the story, tidak mahu emo awal-awal pagi begini. Euro 2012 bakal berlangsung. Hurey, go German go.

 

Merujuk kepada persoalan di atas, aku sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman, bagaimana menguruskan frozen puri yang sentiasa menyerikan suasana peti sejukbeku aku setiap hujung minggu. Alhamdulillah, sudah 8 bulan Adli makan masakan emaknya sendiri. Hujung minggu aku akan menyediakan pelbagai jenis menu untuk disejukbeku. Semuanya aku sudah masukkan dalam mangkuk, tupperware, dulang ais yang kesemuanya bertutup mengikut bilangan hari.

Bagaimana menguruskan susu perah, begitu jugalah menguruskan puri sejuk beku. Pada malam hari aku akan turunkan ke bahagian sejuk biasa. Keesokkan pagi sebelum aku mandi, aku akan panaskan puri bubur nasi sahaja ke dalam warmer. Dan puri lain aku akan asingkan mengikut menu yang aku suka.


Menu minggu ini ialah, puri ayam rebus+puri bubur nasi, puri sup sayur+puri bubur nasi dan puri buah naga+puri bubur nasi. Sebaik aku bersiap, aku campurkan puri bubur nasi dalam warmer tadi ke lauk pauk yang berasingan, gaulkan. Warmer kecil je. Jadi, tidak muat untuk sumbat semuanya. Bila kesemua sudah siap sedia, masukkan dalam beg, bekalan untuk Adli.

Di rumah pengasuh, Adli makan tiga kali. Pagi, tengah hari dan petang. Kak Ana akan panaskan bersama nasi dalam periuk nasi elektriknya. Belah malam, emak pemalas ni akan berikan Adli makan biskut Milna atau nestum bersama susu sahaja. Hahaaa. Macam tu la setiap hari sehingga bertemu hujung minggu semula.

Sesungguhnya aku sangat bertuah mempunyai pengasuh bernama kak Ana ini, dibantu dengan seorang bibik beliau amat menyokong penuh dengan penyusuan susu ibu, dan juga memberi solid-food buatan emak masing-masing. Kadang-kadang bila aku sudah kebuntuan menu, dengan selamba kodoknya aku bertanya padanya. Dia akan kongsi apa-apa menu yang emak anak lain buat untuk anaknya.

Nestum dan biskut juga ada aku bekalkan untuknya, cuma jadi perhiasan sahajalah. Kadang-kadang diberinya juga. Mengambil pendapat Eima, aku mengajar Adli makan solid-food proses, cumanya tidak selalu. Aku hendak mengajar dia pelbagai jenis rasa makanan. Pentingnya, solid-food pertama haruslah buatan emak. Aku dah rasa bagaimana Auni susah benar untuk makan nasi apabila solid-food pertamanya ialah nestum. InsyaALLAH, mereka akan biasa nanti, kita berikan yang terbaik.


Merujuk kepada persoalan di atas ini, buat masa sekarang Adli makan apa sahaja yang emaknya bekalkan. Pernah juga dia tidak makan, makan tetapi tidak habis kerana dia demam dan tekaknya sakit. Setiap hari kak Ana akan melaporkan aktiviti Adli, dia makan, dia melompat, dia asyik membuang, dia mengamuk, dia pandai akan sesuatu. Aku sentiasa senang hati dengan penjagaan dan laporan-laporan kak Ana. I'm proud of Adli.

Sekali lagi aku sangat bersyukur, kerana Adli tidak cerewet soal makan. Mungkin dia sudah biasa dengan rasa susu emak yang mempunyai pelbagai perisa makanan. Dia sudahpun makan biskut cheese sebagaimana kakak Auni, makan roti, makan kuih yang bertekstur lembut, biskut tiger, biskut jejari. Dia sudah boleh mengunyah dengan cemerlang. 

Yang penting ialah, emak atau ayah mesti pantau dan alert setiap kali dia mengambil biskut-biskut tersebut. Maklumlah, keyakinan belum menebal sangat. Tercekik karang. Dan bila aku perkenalkan satu-satu menu baru, aku akan tanya dengan kak Ana, popoo nya ok atau pun tidak. Hiii.

Ini Norerfan Adli bin Norerwandi.

Nota hijau: Aku ni emak yang tidak berapa hendak rajin sangat, jadi semua benda pun aku buat tidak mahu susahkan diri sendiri. Kekeke. Entah bila hendak rajin pun, sendiri tidak sedar-sedar. Bangun Syasya bangun!

14 comments:

TS said...

hurmm..banyak tips dr akk ni..hihi

Masya said...

terima kasih cha sudi kongsikan banyak info, betul tu kalau dari awal kt dah mulekan dgn nasi/puri dekat anak² insyaallah anak² akan mudah mkn nasi.. berkat air tgn ibu kan...

kenapa sy tak boleh hantar chat kat blog cha ni.. msger tu akan keluar yg merah tu huhuhu....

sitiebby said...

askum,

lama x komen. rajin cha buat puri. saya awal2 dulu buat jugak. tp lama2 anak xmau mkn lagi puri, nak makan nasi yang lembik dgn lauk2 mcm org besar. hehehe, tp cha mmg rajin...

eima said...

emmm ade nama aku ek ... hmmmm kiki

aku nk start buat puri sayuran dlm seminggu lagi sbb alisha dah start mkn mkanan yg separuh hancur ....
so pagi hanya masak bubur dr beras yg diblend halus pastu just campak sayuran kegemaran je la ...

anak2 kite ttp nk mkn masakan ibu ..kan ch@ klu proses food ni kurang la....

eija_sweetmama said...

alahai comellnya adli dgn gayanya bertopi..geramnya aunty eija tgk tau...

Alhamdullillah, mmg bertuah sgt adli yg dapat makan masakan emaknya sndiri tiap2 hari :)

Jue said...

ini bukan tak rajin..dah terlebih rajin..cha doakan akak pun rajin buat puri mcm cha ye....

ch@ said...

ieyla:
hiii, boleh digunapakai jugakan ieyla? akak share apa yg akak dah buat je yang.

yana:
drpd menulis entry yg bkn2 apa salahnya tulis ttg info yg berpengetahuan. berkongsi kegemaran.

ha'a yana, kita pun tak boleh reply msgbox tu, tu dok statik mcm tu. mungkin server dia kot.

siti ebby:
waalaikumussalam.
rajin? hahaaa. kes mls la jd frozen gini. lps ni kena buat nasi lembik jugalah, kasi lenyek je smua. adli pun dah besar. tgh mikir guane nak mula.

eima:
better buat mcm tu eima. cari sayur2 yg tak dtg kan alahan. bila dah bagi solid proceed byk takut dia tolak yg emak punya sebab majornya manis2.

eija:
gmbr lama ni eija. kakak dia yg pakaikan topi tu. hahaaa. bertuah ke? kadang2 skip juga, mls.

kak jue:
insyaALLAH. boleh punya kak. farisyah boleh tolong jaga adik sementara ibu dia buat puri. ;)

sal ya said...

emak yg rajin thumbs up!!!

ch@ said...

kak sal:
ehehehe, ini bkn ke tanggungjawab namanya kak? kena juga rajin ;)

as ♥ Leenda said...

time kasih cha..sudi buat entry pasal mcm mana cha handle puri ni..
akan diguna pakai nnt..insyaAllah bulan depan Asyraf dah boleh makan dah..mummy excited lebih..hehe..

mamaarifakeemaisy said...

jadi mak kena rajin kan..hehe..baru anak membesar sihat dan kuat..

aduhai,,still bertangguh2 nak buatkan puri tuk hakeem, nmpk gaya genap 6 bln jgk baru merasa puri si hakeem tu.. maknye sibuk mcm2 urusan...ngeh2x..alasan =P

adli good boy~ encem~

ch@ said...

as leenda:
sama2 kasih, kita belajar sesama ye. kita pun beginner je lagi ni. pastu fikir cara yg simple utk mudahkan pengasuh.

kak ieyna:
dah emaknya busy, kalau akak busy cer try buat satu puri dulu kak. ala, ambil buah pear bersihkan then kukus pastu blend. bagi seminggu. siap.

♥SyilaSyira♥ said...

entry yg bagus..pastinya akan dijejak lepas kembar mulakan makan makanan pejal..tq atas perkongsian ni cha...

ch@ said...

syila:
sama-sama. nnt share menu ek.