Monday, 25 June 2012

Gift daripada Cik Mot dan Yana.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama aku terima gift daripada Cik Mot atau kak Izan ni. Tapi, bila Auni sudah dapat, tidak tahu mana disoroknya. Akhirnya, aku jumpa dia dalam sofa yang telah berlubang di koyaknya. Lubang tu di bawah kusyen. Memang aku tidak dapat jumpa jikalau Auni sendiri yang berkubang dalam nya.

Memang kena tukar sofa baru la gamaknya.



Fridge Magnet daripada Cameron Highlands. Menang cabutan bertuah setengah hari. Ekspress betul kak Izan buat cabutan. Hehehe. 2nd gift, katanya dia tengah mood baik. Macam ni, aku berharap hari-hari kak Izan berada di dalam mood baik. Tehehehe. Dia berbesar hati memberi aku insert bamboo yang memang menjadi anganan aku hendak beli sekiranya insert CD Auni dan Adli sudah tidak elok.

Terima kasih kak Izan kerana memberi aku peluang untuk mencuba rasa memilikinya sebelum memborong di kedai-kedai terpilih. Kehkehkeh.


Cik Mot, punya anak tiga. Tidak pernah lagi kita bersua, but aku simpulkan dia adalah seorang yang mempunyai perangai gila-gila. Sempoi, dan dia suka berterus terang pada apa sahaja, aku beranggap bahawa jika dia bertemu dengan Eima dan juga aku nescaya, tiada peluang untuk keadaan menjadi sunyi sepi. Dan, bila berborak sudah pasti akan asyik hendak ketawa sahaja.

Korang, jom kita jumpa. Next... Ini hadiah hari lahir yang tidak aku jangka. Daripada Masya atau aku lebih suka memanggilnya Yana. Punyai anak satu, Amir. 

Pengomen bloghijau paling setia. Best sangat ke bloghijau ni Yana? Hihiiii... Sepasang brooch bersama kotaknya yang sangat cantik. Aku sangat suka kad buatan tangannya. Mesti Yana bersungguh-sungguh untuk menggembirakan hati penerimanya.

Ye, kita sangat suka Yana. Terima kasih. 

A pair of Green Brooch. I like.


Masya, gabungan nama suami dan dirinya. See her blog, nice rite? Punya senyuman cukup lebar. Pandai posing, posing macam anak dara. Merujuk gambar dalam blognya. Hihiii. Blog dia ringkas dan cute.

7 comments:

nad said...

bestnye dpt hadiah ;)
tu la bestnye berblog ni - ramai kawan :)
bila nk jumpe lagi ek? =p

eija_sweetmama said...

kelebihan berblog
besh semua gift yg diterima,
lebih2 lg bila dapat hadiah yg x dijangka..:)

puanstoberi said...

hikhik..dedua tu pun akak kenal. Eh. bkn la kenal penah jumpa..tp folo memfolo blog meke juga. hiikk.. :D

♥cikmOt♥ said...

hehehe, baiklah tiap2 hari akak jadi orang baik ni...ihikss...

sharing kan caring...lalala

Masya said...

alhamdulillah selamat sampai.. harap cha suke... nak buat quilling baru tau gitu² jer.. takmoo lekat nnt kene bantai gelak dgn otai...

suke singgah sini baca puri², maklumlah dulu sy tak pandai buat puri mmg masak bubur blander bile nak bg makan kat amir jer.. tak terpikir nak buat macam ni...

sal ya said...

best tu dpt hadiah kan? cantik2 pulak tu.

ch@ said...

kak nad:
kan kak nad. kadang2 dpt gift drpd org2 yg kita baru je nak berkenalan. hiii.

eija:
betul skali.

kekda:
major berblogging mcm tu kekda. ramah sesama dlm blog. tapi itu jugalah membawa kpd kita berjumpa.

cik mot:
amin kak amin. sharing is caring sampai makcik ni pitam tgk harga runtuh. parah.

yana:
oloh, buat je la. kita terima je. ini pun dah comel pe. mesti berusaha hendak hijaukan juga. thanks yana fully support.

kak sal:
kan? walaupun kadang2 harganya murah, bila percuma boleh jadi gembira.