Friday, 15 June 2012

Bila emak stres.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apabila aku stres, benda yang aku akan buat selain tidur ialah, belajar membuat kad hasil tangan sendiri. Bila sudah siap dan jadi, aku akan senyum sampai telinga dan tidak stres lagi. 

Kadang-kadang, idea asal tu lain. Bila tengah jalan, jadi lain. Sebab tu aku namakan handmade art aku ialah, ch@limitedart, adalah kerana setiap satunya adalah berbeza.

Salah satu kad yang aku buat masa stres untuk seorang kawan sekerja yang berusaha memenuhi permintaan aku. Aku suruh dia buat penanda buku sebanyak 10 keping. Wahahaha. Kejam.


Aku lebih suka guna mengukit, mencoret, melukis menggunaan Pilot 0.5 warna hitam. Ini bukan print ye. Hiii.


Dahan bunga yang buat hati aku puas, walaupaun aku tidak gemarkan bunga. Terhasil apabila aku belajar daripada tutorial di blog kegemaran aku. 



Namanya ialah Malaysian Flower. Ini version aku, kalau tengok version kak Lin, lagi kagum. Seninya sangat halus dan, macam seperti mesin sahaja.

Daripada kertas yang di shredder. Pinjam shredder di opis. Kemas sikitkan?


Again, aku suka mengukir dengan Pilot 0.5. Dengan bantual circle template. Mula tu hendak buat bentuk love, tapi jadi bulat pula.


Used Pilot 0.5 again. Quote tu daripada google, tapi maknanya sungguh sampai dalam hati. Kata yang membakat semangat untuk mencapai yang terbaik. Hiii.

Ok dah habis. Agak-agak kalau aku buka untuk tempahan, ada tidak orang hendak orderkan? Aku pernah tanya kak @Eda, dia kata dia lebih suka buatan tangan. Apatah lagi daripada kawan baik sendiri. Hrmmm, aku pun suka buatan tangan walaupun orang yang memberi tu kata font dia buruk gila. Aku tidak kisah. It's our friendship memories rite?

Nota hijau: Tiba-tiba ada art kat sini kan? sebab aku takde idea sudah. Hahaaa, kalau mahu lebih lagi, bolehla ke My Art di http://orencantik.blogspot.com tapi itu untuk semua kawan-kawan aku sahaja. Eh! pomote pula. Sedang berusaha untuk buat kad raya hasil tangan sendiri. Hihiii. Jimat.

15 comments:

lelamaisara said...

Cantik nye....
Suke jugak buatan tangan ni...sangat berseni...

Kalu saye yang buat mesti tak jadi2...hahahah...

sitiebby said...

Askum,
rajin nya cha buat mcm2. Kreatif jgk. sy mmg x rajin sgt. tp ms kt kampus dulu rajin jg buat kad utk hubby@pakwe...

ibuhebat said...

kreatifnya!! suka.. blog pun sweet.. salam kenal :)

Anje a.k.a Mummy_Balqis said...

wah cantinya, rajin betul la,

rasp said...

kagum dengan hasil tangan u sis...
memang kreatip....
i pun prefer handmade nye...
rasa cam ada extra 'personal touch' gitu....

Masya said...

hahaha.. baru nak cadang soh cha buat kad raya... mmg jimatkan dah terbaca kat nota hujau.. cuma kene rajin jer... mesti ade yg sudi beli.. tp kalau di bagi lagi berkali² sudi.. silap² frame kat rumah hahahahahaha....

eija_sweetmama said...

siyes mmg cantik..♥

boleh jerk buka order, msti ada yg berminat punyer.. :)

Jue said...

UMI CHA KAMU MEMANG RAJIN...

suhaina laui. said...

sgt kreatif!

Imaan09 said...

canteknya cha.. menda2 seni ni ada orang nya y boleh buat..klu bukan orangnya ntah jadi apa (aku le tu..)

mamaarifakeemaisy said...

awak mmg kreatif n teliti lah~ kak eina seni mcm ni, failed..huhu~

kalau ch@ buat bisnes ni, mesti laku nih...percayalah! hehe~

sal ya said...

cantik cha. cuba la utk buka tempahan. mesti ada yang berkenan punya la.

ch@ said...

lelamaisara:
yg penting kena suka dulu lela, kita dulu pun tgn mcm kayu, pastu tgk kad yg jual kat kedai tu, ala boleh je buat sendiri. hehe.

sitiebby:
itu dah semestinya. zmn skolah dulu kita suka conteng buku orang. pulak tu letak kat belakang sekali kartun2 tu. hahaaa.

ibu hebat:
hiii. salam perkenalan juga.

anje, kak jue, suhaina laui:
hiii. takde kerja.

rasp:
kan? kita pun suka handmade.

yana:
hihiii, rasanya mcm tidaklah seperti yg di kedai sgt, tapi kalau boleh buat org happy, itu pun dah boleh happykan yg tukang buat.

eija, kak ieyna:
kata kak @eda, mcm sulam tangan kat baju, hahaaa.

lea imaan09:
lea boleh buat juga, tapi versi lea la. alaaa yg awak buat tu tergantung je dlm kreta saya.

kak sal:
tidak cuba tidak tahu kan? hrmmm... mana tahu boleh dpt side income, cewah.

♥SyilaSyira♥ said...

kamu mmg sgt kreatif...mesti menurun ke anak²...tapi serius mmg cantik r hasil tangan cha

ch@ said...

syila:
hiii... tu taktau la nak kata, stakat ni smua benda dorg masuk mulut.