Friday, 11 May 2012

Berangan vs termenung.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Termenung, adakah mempunyai erti yang sama dengan berangan? Bagi aku tidak sama. Sebab, kalau aku termenung aku memang tidak memikirkan satu apa pun. Jika berfikir, aku sendiri tidak tahu apakah yang ada dalam fikiran. Serius, semua benda hendak difikir sampai bercakap dengan diri sendiri 'apa yang aku tengah fikir ni?' hahaaa.

Berangan. Siapa yang tidak suka? aku sendiri suka berangan sampai tidak buat kerja satu apapun. Berangan hendak menghias rumahlah, hendak cantiklah, hendak shoppinglah, hendak itu dan juga hendak ini. Beranganlah hendak membeli jet pejuang atau kapal peribadi sendiri sekalipun, tidak ada salahnya. Berangan itu free. Percuma. 

Duduk dalam kereta, aku masih boleh termenung. Kadang-kadang sampai tidak sedar diri. Eh, bukan termenung semasa memandu ok, bahaya. Biasanya di lampu isyarat. Melihat aksi mereka-mereka yang menunggang motosikal, yang membonceng, yang berjalan kaki, yang sedang memotong rumput, yang menjaga lalulintas, yang menaiki basikal, kadang-kadang burung bercinta pun aku boleh perasan.

Melihat juga, pemandu-pemandu kereta yang handsome bergaya, yang muda, yang warga emas, yang cantik, yang cerah, yang gelap, yang memandu wanita yang menumpangnya lelaki, yang berdua, bertiga tapi majoritinya memandu seorang. Kereta yang boleh memuatkan empat hingga lima orang hanya mempunyai seorang pemandu sahaja. Macam manalah jalan raya tidak sesak. Isk-isk-isk, termasuklah aku. Hahaaa.

Selama ini, aku hanya tahu komuter dan LRT sahaja yang mempunya koc untuk wanita. Rupa-rupanya lalu sebuah bas RapidKL-bas untuk wanita. Alangkah bagusnya kerajaan Malaysiakan? mengutamakan keselamatan wanita. Bestnya jika aku juga boleh sama-sama menaiki kenderaan awam itu. Terasa, diriku begitu berharga.

Kalau dahulu, aku berhimpit untuk menaiki LRT, berhimpit untuk menempatkan diri dalam bas. Membuatkan aku suka tunggu kenderaan awam tersebut awal-awal. Orang masih belum ramai. Sekarang, aku kena memandu sendiri. Hendak menunggu kenderaan awam itu aku tidak tahu jam berapa harus bangun menguruskan anak-anak yang tidak aku tahu perangainya setiap pagi.

Tanpa disedari, lampu insyarat sudah bertukar hijau. Kereta di belakang sudah pun membunyikan hon. Huhuuu. Perjalan diteruskan sehingga lampu isyarat yang seterusnya, menyaksikan lagi aksi pengguna jalan raya yang berlainan daripada lampu isyarat tadi. Sehingga ke destinasi, pelbagai ragam yang dapat dirakam dalam kepala. Life is beautiful, life is colourful.

 Dahulu seorang, sekarang tambah 3 menggembirakan hati, syukur.

Nota hijau: Macam ni pun boleh jadi entry kan. Hahaa. Layankan je la ek, esok coti. Yabeda-bedu.

10 comments:

sal ya said...

macam2 benda yang boleh kita tulis cha. hatta anak jatuh tergolek pun kalau boleh kita nak jadikan memori kat sini. sng nnt kalau baca semula br tau ganas tak ganas budak2 ni. hehehe...

Kasawari said...

selamat hari lahir..

:: Mrs.SyahNia :: said...

dear..i mis u ;))
bahagia rasanya tgk akk bsama
anak2..
smoga terus sejahtera yea kak..

Imaan09 said...

anda seorang PENULIS!! sbb tu macam ni pun boleh jd entry..dan macam ni pun boleh "terhiburrr" membacanya..!

Masya said...

kalau dibagi berangan memang macam² angan² dalam kepala ni.....

cha memang ade bakat menulis.. kesan baca novel banyak sangat hihihihihihi....

nad said...

setuju dgn ibuimaan! :)
respek ngan cha, hehe..

hepi wiken!

esok pi umah kak eija kul bape? =p

ch@ said...

kak sal:
ahaaa. pernah juga tulis entry fasal auni terhantuk kerusi hari tu. kadang2 ceritany banyak tapi mcm tak relevan nak tulis. hahaaa.

bro kasawari:
thank you ;)

ain:
miss u too. insyaALLAH ain, sama2 kita berdoa ;)

lea imaan09:
eh blm lagi lea, byk yg harus dipelajari lagi.

yana:
berangan je yana. kalau jadi kenyataan, itu adalah kredit utk diri sendiri. effect bc novel ek. keke. mungkin jugalah.

kak nad:
alamak blushing ni. happy weekend u too. insyaALLAH jam 3 juga kita sampai. jom ngedate.

eija_sweetmama said...

harus semua benda boleh dijadikan topik n3,lebih2 lagi kalau pandai meulis, mcm eija ni x pandai sgt sbb tu kalau xde gambar, eija mcm malas nak update n3..hehhe

itula lama betul x naik kenderaan awam..especially bas, lrt & komuter.

puanstoberi said...

cam novel. huhu

ch@ said...

eija:
tulis je eija. dah buat entry tu sama la ngn pandai menulis. gaya tersendiri.

kekda:
hehe.