Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Yes I know cuti korang memang best. Hahaaa, aku balik kampung je. Balik Johor, memenuhi permintaan si pengantin baru kawan sekolah yang kebetulan rumahnya hampir dengan rumah mama papa aku. So, aku balik Jumaat petang sesampai sahaja di bumi Felda itu, masing-masing melayan mata. Huhuuu.
Then Sabtu, menanti kawan sekolah merangkap kawan sekelas merangkap satu-satunya kawan baik, Iffa dan suaminya Yazid (kawan satu kelas juga) sampai ke rumah mama papa, sambil dia sampai menjagakan teruna dara aku tu, aku bersiap-siap.
Gelak suami isteri tu melihatkan aku melayan dan meladeni kerenah dua orang anak. Macam sotong tangan kau. Macam orang tidak cukup tangan katanya. Hahahaaa.
Siap semua, kami bergerak ke rumah pengantin. Hanif dan Liyana. Tidak sampai 15 minit pun daripada rumah mama papa aku tu. Hahaa. Jumpa kawan baik lagi seorang, Haliza minta pegangkan Adli sekejap sementara aku makan. Auni pula buat perangai, dia sudah mengantuk sungguh. Makan sambil pangku dia. Bila ada anak kecil, kita kena makan bergilir. Bila abi siap, aku pas Auni pada abi sekejap sementara aku habiskan makan.
Auni masih lagi mahukan aku, sehingga dia terlelap di bahu. "Mak dengan anak dah sama saiz aku tengok" seorang kawan menegur menyebabkan abi ambil Auni daripada aku. Adli sudah pun berpassing-passing pada kawan-kawan lain. Mamat peramah tu memang suka.
Mana-mana yang belum ada anak, masing-masing mencuba try test mendukung demok Adli. Mamat tu akhirnya lena di bahu Yazid. "tak dapat nak mengaku bujang" - katanya. Memang aku dera dia je yang pegang Adli. Hahahaaa.
Makcik ngan Pakcik maintain hijau.
Farhan dan Yazid, belum jadi papa lagi sedang belajar pegang anak.
Reen atau Tulip Biru, masih solo. Awek cun kelas aku. Adli tu sudah ngantuk tu.
Bertukar cerita lagi. Adli pulang ke pangkuan emak akhirnya.
Tahniah Hanif dan Liyana.
Makcik yang agak gemuk. Muahahaaa.
Adli dah pun lelap, Auni pun sama ikut bermimpi. Huaaaaargghhh!
Oja, Aishah dan keluarga, Mamai dan keluarga, Farhan dan isteri, Hanif dan Liyana, Makcik dan keluarga, Hasdi dan keluarga, Reen, Man dan isteri, Yazid dan isteri (Rahifah).
Selesai sesi bergambar dengan pengantin, kami pun berangkat pulang. Hanya sekejap sahaja berkongsi cerita apabila anak-anak aku dah pun lena di bahu mak pak nya. Terus sahaja pulang ke rumah mama papa semula sebelum hujan lebat turun. Tercapai hajat dan hasrat aku mahu bertemu kawan-kawan sekolah.
Pertemuan kali ini, ahlinya semakin ramai. Berikutan, masing-masing membawa pasangan dan buah hati. Yang pasti, pertemuan akak datang membuatkan ahli semakin bertambah. InsyaALLAH.
Nota hijau: Semua gambar kredit to Kamaruzzaman atau Kz Kaka dan Tulip Biru atau Reen facebook, berikutan Canon Ixus dilumuri minyak geliga. Peace.
9 comments:
sangat best bile dpt kumpul reramai dgn kawan2 sekolah :)
seronok..jumpa kawan2 lama pekara paling bestkan...
bile dapat jumpe kawan² sekolah ni.. memang lupe ingatan kejappp.... tp bile dah ade anak.. kalau anak mergamm haihh kenelah sabarkan.. dugaan x boleh nak borak sgt... mcm mase solo..
sempat akak tgk gambar cha & anak-anak kat fb.. best makan kenduri~~ dah lame akak tak makan nasi kenduri sejak duk langkawi (ternyata diri ini tak femes untuk di jemput) hehe
Cha!! Kamu dah ditenggelami dgn ke'demukan Aie.. Sok Aie main himpit2 je kamu.. Hik3!! Alololo!! Rindu nak dokong2 Aie lg cam aritu.. Cik Oni ngamuk nape syg?! Jgn kamuk2.. ;)
janji dapat balik kg dan jumpe kawan2..besh ape..
geramnya tgk aie yg comeii..:)
sesekali bkumpul dgn kwn2 mmg best.. wah..si kecik jd tumpuan smua.
best! tmbh2 dpt jumpa kawan2 sekolah kan..^_^
kak nad, kak jue, kak ieyna:
suka sangat, cerita fasal perkembangan masing-masing, cerita fasal dulu tak kawan, skrg dah jadi kawan.
yana:
betul tu. kalau dah ada anak tumpuan beralih kpd anak2.
kak nisah:
wah gitu, hahaha. masa sekolah dulu, kita most wanted girl at school-kata fitri kumpulan UNIC tu. kita suka kawan dgn org. tu yg sentiasa jadi nmbr satu bila kena jemput.
ibu aqil:
adli demok, tu pun rasa nak rebeh bahu dukung tu. mcm nk jatuh je gayanya. lagi la dia layan tidur.
lyafrina:
adli la paling jadi perhatian. mujurlah dia tidak meragam, susah juga nak handle bila kakak sudah dgn abi.
Post a Comment