Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari sungguh dingin, bertambah dingin dengan kesejukkan suhu pendingin hawa. Hari ini juga aku bergelumang dengan segala makcik laporan yang datangnya sebulan sekali. Walaupun sebulan sekali adalah teramat malas untuk menyiapkan dalam suhu dingin begini.
Apa aku buat ialah, terapi mata, hati dan jiwa. Menatap wajah kesayangan hamba, mengingati setiap perilaku mereka berdua, bila terpapar sahaja wajah-wajah ini, membuat hati terus meruntun kesayuan. Aku sudah pun mempunyai sepasang cahaya mata dalam usia 28 tahun. Speechless.
Auni, 2 tahun 10 bulan. Perkembangannya sangat mengujakan hati dan perasaan. Dia seorang yang banyak cakap, tidak boleh berjumpa dengan yang berpangkat abang atau kakak, lekas sahaja dia memperkenalkan dirinya. Sambil menunjuk diri sendiri.
"ini, Oni. ini, kakak Oni. ini adikkk" teruja. Nampak sahaja emak atau abinya bersiap lekas sahaja dia bertanya, "ummmi/abbbiii, leh ikuttt" dengan muka comel tu, siapalah yang sanggup mahu meninggalkannya. Harus juga mengangkut dirinya.
Walaupun gemar bangun pada awal pagi, keletahnya kadang-kadang buat aku tidak percaya. Dalam keaktifannya dia masih lagi seorang yang perihatin dengan tugas emaknya.
"Auni buat apa tu?" pada satu pagi yang masih gelap.
"lipat baju, ummi" jawapannya membuat aku bangkit daripada tidur. Ya, dia memang tengah mengeluarkan baju daripada penyangkut, sebahagiannya telah pun berlipat. Ooooohhh!
"Auni, kat luar tu hujan ke?" pada satu pagi yang gelap. Dan aku dengar bunyi hujan turun. Dia berlari ke ruang tamu, tengok tv. Kalau astro terganggu tu, maknanya hujan. Tapi, tak ada apa-apa.
"tak kujan la ummi" bahasa K dia sudah pun keluar.
"hujanlah, umi dengar bunyi hujan" aku berkata lagi. Melihat responnya. Dia panjat almari pula melihat keluar melalui tingkap.
"hrmmm, kujanlah ummi" hahahaaaa. Siap tangan kat dagu dan angguk-angguk. Aku memang tidak percaya itu ialah Auni.
Auni lekas terpengaruh dengan iklan. Dia sangat gemar menonton Junior Disney Channel, aku biarkan aja selagi dia tidak mengganggu adiknya. Ada satu part, dia akan datang pada aku dan
"ummi, nak sayang" huahuahuaaaa...aku dapat satu kiss percuma daripada dia. Sweet je kan? aku perasan kartun yang disiar di Junior Disney Channel boleh membawa pengaruh besar pada kehidupan kanak-kanak. Mereka belajar melaluinya, selagi kartun berimej baik dan tidak negatif aku biarkan sahaja Auni menontonnya.
Dia bangun awal pagi, memang dia tidak mengganggu aku dengan abi mahupun Adli, akan tetapi dia aktif buat projek sendiri. Cuma, bila dia berasa haus barulah dia mencari aku.
"ummi, angun. Nak cucu" aku macam biasalah, kelat-kelat biji mata. Tidur balik.
"ummi, angunlah. Niii nak cucu. Angun ummi, angun" huhuuuu. Bangun juga aku ke dapur. Bila dah sampai dapur.
"ummi, nak air lo" adeh, cepat benar tukar permintaan. Pandai betul. Aku sudah boleh berborak, bergurau, bercakap dengan Auni. Dia sudah faham banyak perkara walaupun kehidupannya baru sahaja bermula.
Nota hijau: Aku memang sangat teruja bila bercerita fasal Auni dan juga Adli. Nanti, kita sambung dengan Adli pula. Mamat gebu pilihan hati umi.
14 comments:
bahagianye jadi ibu kan sis...
btw pandai auni..untung akk..
aduhai... sejuk mata memandang tengok auni lipat baju, mesti lagi sejuk perut ibu yang mengandung. Moga Auni jadi anak yang baik dan rajin.
memang penghibur hati nurani dgn keletah yg pelbagai tu. auni oh auni. comel je kamu ni.
hhheheh lepas ni hujan ke senang la ummi.. oni leh angkat kain baju.. muka ceria jek oni ni
anak2 nie mmg penghibur hati kita kan sis...
aktiviti sangkut hanger rupa gitu mmg sropa dgn sapphire...
agaknya kids mmg suka buat tu kan...
teserlah sifat penyayang si anak sulung bila auni tolong lipat kain, mst terharu kn cha?
seronok kan cha bila dapat tgk setiap perkembangan anak2 depan mata. lagi2lah bila k.izan bayangkan mmg auni ni sgt keletah budaknya. kalau jumpa depan mata mesti potpet2 mulutnya kan!
seronoknya cha, nnti dah semakin mmbesar lagilah seronok bercerita kan
hihihihi.. seronoknya ada anak dara kan.. boleh tlg mengemas dan lipat baju...
anak dara yang rajin....
ieyla:
akak rasa, satu beban dah terlerai bila dah besar. senang hati tgk dia aktif bergerak. jaga pun mudah.
shu:
insyaALLAH aminnn.
kak anis, kak eda, rasp, kak jue:
dia punya perangai mmg tidak terjangkau dgn akal.
mira:
sgt terharu. rasa nak adap tgk muka dia lama2.
kak izan:
hahaaa. pengsan. kadang2 kita segan bila masuk dlm lift, mulut dia, membebel tak sudah2. org pandang je dia. orgnya kecik je.
hany, yana:
betul tu.
comel~
cepatnya auni matang..bangga~
'matured' betul si auni..
kak ieyna, lea imaan09:
yg satu umur dgn dia sudah pergi sekolah, lagiii matang.
Post a Comment