Thursday, 19 April 2012

Antara cantik dan aku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama aku tidak bercerita fasal diri sendiri. Selain rasa malas, malu juga ada sedikit untuk interframe. Muahahaaa. Entahlah-entahlah.

Masa aku bersiap mahu pergi kerja tadi, termenung sekejap aku depan cermin. Sambil diperhatikan Auni dan Adli yang sudah pun bangun. 

'dah lama tak pakai mascara'
'dah lama tak pakai lipbalm yang ada warna'
'dah lama tak ber'eye liner''
'dah lama tak ber'eye shadow''
'dah lama tak bawa handbag cantik'
'dah lama tak pakai heels tinggi-tinggi'

Tenung diri sendiri lagi. Jeling dua anak itu. Orang kata, aku masih selim melim, orang kata kulit muka aku putih bersih, orang kata aku memang sama macam masa sekolah dulu tapiii kenapa aku tidak rasa macam tu? Aku andaikan saja, orang tak tengok aku dekat-dekat.

Bawah mata aku ni macam beruang panda, hari-hari rasa tidak kecukupan tidur. Pori-pori muka aku besar, sehingga nampak hitam-hitam kekotoran akibat lama sudah aku tidak scrub kan muka aku ni. Jerawat-jerawat comel dah pun mula naik-naik-naik.

 Makcik yang paling latest.

Bila awal pagi, aku kelam kelibut mahu menyiapkan anak-anak, menyiapkan makanan anak-anak, menyiapkan segala kelengkapan kerja aku. Tangan sotong. Kenapa tidak buat malam? huhuuu, balik kerja pun sudah agak lambat, berkejar pergi kedai, ambil anak-anak, masak [kalau sempat], pastu dah semput macam orang tidak cukup nafas.

Belum tengok rumah tunggang-langgang lagi, adududududuuuu. Little bit tired. Kadang-kadang, lepas aku ambil anak-anak, aku susukan Adli terus aku tidur. Hahahaaa. Tengah malam nanti barulah cari makan, kemas rumah, kemas barang untuk esok.

Kalau macam ni punya jadual, macam mana nak duduk depan cermin membelek diri kan? Tidak sempat. Anak-anak tidur adalah waktu syurga. Lipat baju, kemas almari, kemas dapur, belek resepi, layan tv, layan novel. Paling tidak best ialah dorang akan merengek secara bergilir-gilir. Itu kalu, memang tak buat apa-apa melainkan melayan dorang main. Ngeeee.

Betulla kata mama, waktu ada anak kecil ni memang tidak sama dengan waktu bujang-bujang dulu. Boleh buat apa sahaja, boleh bangun pagi sesuka hati. Sekarang tidak lagi. Aku tahu, aku kena hargai waktu-waktu begini, sebab ianya sudah menjadi sebahagian kehidupan aku. Mengajar aku bahawa hidup ini, hari ini adalah tidak sama dengan hari esok. Setiap hari adalah mempunyai kenangannya tersendiri.

Aku rasa, aku mahu kembali semula ke alam membelek diri. Hahaaaa. Masih mood berangan lagi, lepas ni aku mahu shopping barang-barang make-up. Aku mahu cantik walaupun abi kata aku tak cantik. Buuuek!

Nota hijau: Yang penting happy. :)

19 comments:

Jue said...

dah lama kak jue tak rasa kebusy macam cha..farisyah dah besar senang nak uruskan..tapi tak lama lagi rasanya kak jue kan mengalami "tangan sotong"....mcm cha jugak

Masya said...

itulah kan.. banyak keutamaan pada anak.. sampai diri sendiri pun tak terbelek.. nak pg facial jauh sekalilah sejak dah ade anak ni...

apepun.. kesihatan dalaman yg pentinggg... hihihihihi.... nnt anak dah besar.. blh lah cha melaram sakan.. confirm org tak tau dah ade anak dara...

AMIIZAA@Mieja said...

mama yg tetap cantek :):)
take care mama....

amalza abdullah said...

xpe2...t auni besar sket geng ngan dy melaram k ibu syasya

puanstoberi said...

tkpe...cantik di mata anak2 pun dah oke.. tp buleh je tu nak berlawa2 sekali skala :)

rasp said...

sbb kita slalu dahulukan famili...
kkdg kita lupa pasal diri sendiri...
tapi kkdg kita harus gak hargai diri sendiri kannnnnnnnnnn....

*SiRibenMerah said...

betul2.. yg penting happy.. hehehehe

Noli said...

cantik la..sape kate tak cantik..salam muah2 tuk bam bam adli yer..hehe..

FieZaLieSa said...

agaknye bile sy dh keje nnt, akan alami kebizian mcm tu tak..blh selim melim mcm cha jgk lah..hehe

LYAfrina said...

btl tu.. ginilah kt org perempuan.. mbantu suami stabilkan ekonomi rmh tangga... tp xpe..ikhlass... utk kt gak kan.. dan balik rmh... sibuk uruskan hal rmh.. ank... suami dll lagi..pendekkata kt ni mcm kerja 24tnpa henti kan.. tp hebatkan kt :_)

walaupon cha x bmakeup pon..still nmpk cantik n cun :-)

ch@ said...

kak jue, fiezaliesa:
time tu, welcome to d'club. hihiii.

yana:
mcm my mom. kita dah nikah baru org tahu dia ada anak dara. kita pula tak ikut rupa dia langsung. smua bajet kita anak sedara papa.

amiiza2001:
eheh! blushing neh. tq-tq.

liza:
umi daaa. skrg pun, aku lip ice dia lip ice, aku lotion dia lotion.

kekda:
dulu suka pakai mascara, eye shadow masa pregnant auni. masa adli takde langsung nak melawa, org kata seri dah naik. tah.

rasp:
katamu sungguh buat hatiku sejuk kak.

*siribenmerah:
thumbs-up!

noli:
waaaah, rindu sama awak. abi kata tak cantik. adli je, mentangla auni tak bambam ye. hahaa.

lyafrina:
setuju lya. hoh! cantik ke? hahaaa. malu kita, lya lagi comey.

mamaarifakeemaisy said...

setuju..skrg nak layan TV cerita best2 pun tak sempat sbb anak yg lebih konker..huu~

apapun cantik asli lg cantik ^_^

@e_da said...

takpe cha... anak-anak dah besar nanti kembali la membelek diri.. anak kecik2 ni mmg kt serabai la sket tp maintain cun kan.. ahakssssssssssss

Salina@IbuAqil said...

Cha!!
Awak x make'up x berlipstip..
Awak tetap cantik..
Luar & dalam [hati]..
;)

Izan Ishak said...

sejak beranak 4 ni kan cha... mana ada masa nak belek2 muka beria. tapi... natural beauty pun cantik juga kan!

eija_sweetmama said...

betul tu cha bila dah ada anak kecik ni mmg x berkesempatan nak mencantikkan diri sgt, yg lebihnya hnya untuk anak..

sama la eija pun sejak dah beranak pinak ni malas nak pakai hills, lebih selesa pakai sandal biasa senang nak dukong anak..

badan pun dah naik x boleh nak pakai kebaya, dulu masa bujang mmg pakai baju kebaya..hik2,

xpela cha masih ok lg selim melim, tp eija tetap sokong cha untuk kembali ke alam mmbelek diri sbbnya kita mmg kena sntiasa cantik dimata suami dan anak2 kita kan...

ch@ said...

kak ieyna:
kan kak kan, mula2 je sempat layan pastu smua ke laut tah mana2.

kak @eda:
oloh, anak besar kedut pun dah byk. karang melawa org kata tak sedar diri lak. hahaaa.

ibu aqil:
erk, insyaALLAH bu, terima kasih.
habis koyak baju, kembang lagi terawang-awang.

kak izan:
kita baru dua kak izan, rasa mcm selekeh benar. hahaaa. kalau empat? rasanya mmg jadi tong dram duduk terperap kat rmh je. tu kita tau.

eija:
kan eija. kita letak heels dlm kereta, bila nak naik opis lupa je nak tukar kasut, sudahnya pakai je la flet sampai opis. hahaaa.

kebaya? boleh masuk lagi, tapiii perut tak boleh nak cover dah.

eima said...

Kite sama...dulu aku tak betah kuar rumah tanpa calitan bedak blusher bagai skrg branak 2 slamba badak je buat.bab rumah mmg tunggang langgang...jeritan tarzan slalu aku buat....masak hanya utk alisha je.... fahim mkn kedai je.....betui anak2 tdo tu laasa utk buat kerja rumah......syurga time tu kan...

sal ya said...

mmg bz jugak. jadik fully housewife pun bz tp still ada masa utk diri sendiri. especially dua org dah besar dah blh faham. tggl srg ni je lagi yg manja terlebih. ngeee...