Friday, 17 February 2012

Antara czer dan normal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lambat aku keluar daripada bilik makan tadi, seronok bila ada orang bertanya kisah misah bersalin. Well, aku sudah pun merasa bersalin czer dan juga normal. Of course la, bersalin secara normal adalah yang terbest dan terbaik.

Masa bersalin secara czer dahulu pun, tidak dijangka oleh otak untuk melakukannya, semuanya berlaku bergitu cepat dan pantas. Ketuban licking. Part ketuban, memang tidak boleh berlengah lagi, harus gegas ke hospital walaupun tidak merasa sakit. 

Oni. Day one.

Ye, aku masih rasa kontraksi bila di induce, aku hanya mampu bertahan 4cm diikuti dengan degupan jantung Oni sudah pun tidak teratur iramanya. Bimbang segala kemungkinan yang tidak diingini berlaku, tambah doktor tidak mahu risiko menjadi lebih tinggi maka aku ditolak masuk bilik pembedahan.

Walaupun sudah terbaring, masih lagi aku melihat air mata mama dan juga gerak geri abi mengekori troli, bersama dua hingga tiga jururawat bertugas diiringi seorang doktor yang memang memantau aku. Terasa kebimbangan terhadap Oni tiada taranya. Yang penting dia mesti selamat.

Tiba di bilik pembedahan, masih terbayang pintu OT ditutup oleh jururawat bertugas meninggalkan hanya petugas-petugas khas, pakar bius dan mereka yang terlibat sahaja. Aku diminta duduk memeluk bantal dan bius. Ngilu terasa apabila pisau berlaga gunting. Akhirnya, aku diberi sejenis gas membuatkan aku terlena.

Alhamdulillah, sebaik sahaja aku ditolak keluar, mama dan abi menyerbu mendapatkan aku.

"baby girl, putih, serupa macam awak" that's it suara my mom. Aku mengira satu hingga sepuluh dan, membaca A sehingga Z bagi mendapatkan kepastian, aku betul-betul sedar. 

Ditolak ke wad biasa diiringi mama, abi dan petugas PPUM. Oh, bayiku sudah selamat keluar. Ini bukan mimpi. Dia sudah pun dimandikan, diazankan, diiqamatkan. Dia perlu, menyusu. Oh, ini episod baru untuk aku. Drama untuk breastfeeding bermula. 

Oni, 1.8kg berusia 35minggu 6hari, sebesar botol kicap, sebesar lengan biasa seorang lelaki, bermulut kecil memerlukan seribu kepayahan untuk permulaan breastfeeding. Kolustrum pertama, hari pertama dan kedua, Oni berjaya mendapatkannya dengan bantuan jururawat. Aku sangat memerlukan pertolongan berikutan bius luka sudah pun hilang. 

Menjadi episod ngeri apabila hendak breastfeeding dengan Oni. Tersangatla cetek ilmu tentang breastfeeding sedangkan susu melimpah ruah. Sampai satu tahap, hendak sahaja aku masukkan dalam botol susu dan beri pada Oni, sayang PPUM adalah Hospital Rakan Bayi di mana, everything is breastfeeding.

Hendak tidak hendak, aku suruh sahaja jururawat memberinya menggunakan cawan. Aku tidak pandai. Disebabkan ketidakpandaian itu, Oni kurang menyusu direct dan kuning pula mengjangkitinya semasa aku ditahan wad sekali lagi berikutan air kencing aku tidak keluar.

Aku sudah tidak hairan dengan tidak boleh buang air, kerana sudah menggunakan tiub kencing. Yang penting Oni, kuning Oni terlalu tinggi dan ianya perlu pemantauan. 3 lampu ultra ungu, panas, bahang membuatkan aku bertambah sayu melihatnya.

Kuasa lampu itu mampu mengeringkan sehelai kain basah yang menutupi katil Oni. Apatah lagi dengan tubuh Oni yang hanya 1.8kg itu. Oooohhhh!, air mata aku sudah habis. Aku mesti terus bertabah. Hampir sahaja aku berkampung di PPUM. Dengan masih bertiub kencing, aku bawa Oni balik rumah. Bukan takat balik rumah, balik kampung terus. 

Sudah tidak larat untuk mengepam dan bantuan susu formula diberikan kepada Oni. S26 Gold susu termahal setakat ini. Bukan senang mahu mencari susu formula yang sesuai untuk bayi sekecil Oni, memerlukan yang terbaik biarpun bergolok bergadai.

Demi Oni, biarlah dia terus menggebu dengan susu formula. Setelah dua minggu bertiub, aku kembali semula ke PPUM, sudahpun mula terasa boleh membuang air secara normal walaupun pedih tidak terkata. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku untuk menjaga Oni sehingga hari ini. Aku kembali berpantang sebagaimana bersalin normal.

Sudah boleh berjalan bebas dan menggelek Oni sepuas hati. Bulan kedua, aku sudah boleh mandi sendiri dengan meletak kain di tempat luka mengelak terkena air secara terus. Aku hanya amalkan makan pati ikan haruan sebanyak 6 botol, dan jelly gamat untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Pantang makan macam biasa dan masih juga berurut, bertungku tetapi mengekalkan keselamatan tempat luka. Tidak boleh makan makanan yang mendatangkan kegatalan mahupun bisa perut. Adalah amat susah untuk menggaru di tempat luka bila ianya terasa gatal. Hihiii.

 Oni, 2 year and 7 month.

Aku sangat bersyukur aku dapat harungi kepayahan bersalin secara czer, dan kesusahan itu dapat diatasi dengan bantuan dan sokongan abi. Melihatkan betapa sayangnya dia kepada Oni, buatkan hati aku rasa biarlah aku bersalin banyak kali pun, asalkan abi ada di sisi. Wiii.

Bersambung ke episod seterusnya. Cerita ini berdasarkan pengalaman aku :D

Nota hijau: Czer merupakan cacat yang akan dikenang sampai bila-bila. Oni besar esok boleh tunjuk dan dia bayangkan sendiri tempat dia dikeluarkan :D

22 comments:

Jue said...

rasa pedih perut kak jue membacanya...apa2 pun moga oni jadi anak yang sehat,kuat dan bijak...

Mama Farris said...

..akak gak penah rasa c-sect n normal..alhamdulillah kedua-duanya ok jer..cuma bila csect abisla rupa kulit perut tu..

Lelord said...

huhu nak beranak lagi cuma belum ada rezeki...najlaa pun czer gak

Eliss said...

selalu tunjuk kat my nuha parut c-sect me tu. ckp dia keluar dr situ dan buat perut ummi dia tak cantik dah. dah dibuka kali kedua, utk keluarkan sikecil 5 minggu yang ter"ectopic pregnancy" pulak. hrp2 dpt go for normal lepas ni walau kebarangkaliannya tipis.

adyna AB said...

erm..pengalaman kan cha..memang susah bile czer nie..amni akak czer..mmg kena pantang banyak..coz sakit pas bersalin yg terasa..ape2pun kita doakan anak2 kita menjadi anak yg soleh..bukan senang ibu mengandung n bersalin :)

faizah said...

sy pu bersalin anak 1st czer n skrg tgh pregnant anak ke-2...tp pengalaman sy okla bersalin czer xdak truk sgt...tiub kencing hari-2 da leh buang...kencing pun xrasa sakit...okla so far...mebi pengalama berbeza2...harap2 anak ke2 dpt bersalin normal pulak...ameen :)

rasp said...

akak tak pernah czer...
tapi akak rasa takkkuuuttt sgt kalo2 doc ckp kena czer tau....
bagi akak....
biorlah sakit salin normal...
tapi gerun nak czer tu Allah swt saja yg tahu....

Ayu Ayunie said...

sy dua² anak bersalin normal. janganla kena czer anak next nanti..

eima said...

takutnye aku baca ...huhu

alhamdulillah takat ni Allah aku semuanya mudah ...

Salina@IbuAqil said...

Kamu plak buat akak nangis..
Elok benor ler tu..
Akak pun ada tanda tu dik..
Boleh Aqil kenang nnt..
Situlah dia keluar..
:D
Bila kenang blk saat2 bawa 1 nyawa ke dunia..
Baik secara normal ataupun operate..
Ia ttp jadi satu kenangan terindah kita dik..
X pernah dpt kita lupa.. ;)
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Nak sambung nangis..
TC & Happy Weekend dik! ;)

eija_sweetmama said...

eija pun ada pengalaman bersalin czer dan normal, dan mmg kalau diberi pilihan bersalin normal lg baik kan..

yg x thn czer ni lepas 3 hari doktor paksa jalan, mmg terasa mcm nak gugur isi perut kita..

btol tu sokongan dari suami sgt penting disaat kita sedang dalam pantang kan..

eija pun selalu tunjuk ngan zaquan kesan luka kat perut ni sbb nak lahirkan zaquan tau..hehe

moga anak2 kita nnti mghargai jasa mak dia melahirkan mereka ke dunia ni..

Anonymous said...

zura pun czer cz licking.. time tu 2mingu je lg due date.. rs cm nak lari dr hosp bile doc ckp nak kene pose, time tu bukaan pun dh 4cm .. tp takut apa2 jd.. doc trpaksa czer...

bile dh di tolak kt OT, rs cm terawang2 jer.. time tu mmg redha je pe yg belaku .. walau di bg gas, zr tetap sedar.. mmg teruja nk tgk akil di tarik dr perut, sibbaik le OT kt HKL nyaman , doc2 pun baik2 belaka..

walau akil kene kuning selama 3bln, tp berat bdn dia bertmbah 4kg setiap bln , lega skit.. walau hari2 kene cek drh , sume normal ..

now akil dh nk masuk 5thn , dia semakin bijak ..

bekas czer tu bkn cacat la, tp torehan keindahan & kebahagian tuk kite kenang smp bile2..

Noli said...

sama la kiter czer gak..kalo ade rezeki yg kedua nk normal lak..aminn..

mamaarifakeemaisy said...

huuu~ merasainya..cuma bezanya esoknye sesudah di c-zer k.eina dh boleh mandi, berjalan mcm biasa masa di hospital lg, berkampung jgk di hospital sbb si arif kuning, mmg nangis je nengok bb bwh lampu..Alhamdulillah, k.eina senang uruskan diri wlupun c-ser..cepat baik lukanya..siap masa berpantang kt kampung sudah boleh uruskan diri sndiri, siap sapu2 sampah lagi..hee~ bila dgr kwn2 yg ckp c-ser susah uruskan diri, k.eina rasa bersyukur sbb dipermudahkan~

apapun, normal lg best~ ^_^

ch@ said...

kak jue:
itu pedih terlebih mkn limau kot kak. aminnn makbul doa aunty jue ni buat oni :)

mama farris:
moh kita nyanyi lagu "kita serupaaaa"

kak lela:
really? besar dah najlaa. berusaha kuat kak, aja-aja fighting!

elissmie:
apa? buka tmpt czer tu? adik kpd nuha? uiii lagi la ngeri. insyaALLAH kena jaga kesihatan baik2 sgt.

adyna:
buat mengandung tu mmg sng dan best, tang bawa tu terpulang pd kekuatan ibu masing2, tang bersalin tu byk risiko kena ambil sebab melibatkan nyawa. huhuuu. emak mmg kuat kan kak kan?

faizah's
insyaALLAH, kita doakan smoga dipermudahkan.

rasp:
betul kak betul sekali. czer ni pun sebab oni dh lemas ketuban dah habis. langsung tidak dijangkakan kelahirannya.

ayu:
takpe czer pun kenangan terbaik utk seorang emak.

eima:
aku yg laluinya tidakla takut, sbb pengalaman pertama kan? so aku main redah je. alhamdulillah, aku dah rasa susah dan senang.

ibu aqil:
sedih sgt ke bu? rasanya tidakla terlalu emo. esok2 dia dah besar,tunjukkan bekas czer tu kat dia. kalau aie tunjuk video org bersalin normal, takkan nak mengangkang depan dia lak kan. chill bu chill.

eija:
u inspired me eija. part dipaksa berjalan tu, mmg azab gila.

fazilzura:
kulit i dah cacat la yang. tak segebu dulu. hahaha. cacat kenangan namanya. 2 minggu ok lagi, kita sebulan awal. hahaha.

noli:
aminnn. boleh punya noli, kena kuat smgt dan yakin.

kak ieyna:
uiii mmg bertabah akak ni. mmg kuat. masa mula2 keluar hospital semua mama buatkan. pengalaman pertama utk dia jugak.

yantisa said...

akak penah czer sekali ... kalau nak compare .. akak lebih suka czer . Kurang sakit . Bila dah ada 5 ni rasa lega dah tak payah nak lalui pengalaman sakit beranak lg dah .. unless ter-accident.

sal ya said...

sama mcm anak akak la cha. bezanya dia lahir 8bln dan berat dia 1.97kg. tak besar dan tak kecik sgt. kena kuning jgk tp tak tggi. kena pantau lebih sbb tak ckp bln.

Aini Arif said...

saya pun dah merasa kedua2 kaedah bersalin, tp biarlah normal leh ramai skit ada ank, klu czer 3@4 je

Masya said...

DULU MASA BERSALINKAN AMIR PUN SAYA C-ZER, HARAP SANAGAT KALAU MENGANDUNG LAGI.. DAPAT BERSALIN NORMAL PULAK.. ;P

Izan Ishak said...

cha dah rasa kedua2nya kan... so dpt rasakan perbezaan kedua2nya...

dah besar kakak oni...masa berlalu pantas aje kan...

ch@ said...

yanti isa:
bestnyaaa. kak yan meriah anak. lelaki perempuan pun ada.

anisalya:
ha'a. spesis tak sabar nak keluar dan nak membesar kat luar. pening melayannya.

aini arif:
btl sekali.

yana:
insyaALLAH. boleh yana. tapiii mmg pakar dan doktor akan pantau.

kak izan:
btl tu kak. sgt ketara perbezaannya.

fynziedan's said...

Fyn 1st bby czer..sedih...berkampung 9 hari di HSB..x sempat kendong baby...bby pegi menghadap penciptanya 1 muharram..now dh 11 bulan berlalu...masih segar dlm ingatan..hope for another...untk peganti yg telah pergi...menjadi penyeri hidup fyn dan suami..