Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Happy 3 month Aie.
Cuti 3 hari, aku hanya di rumah sahaja. Cuti berhari-hari pun aku masih juga di rumah. Hehe. Makin besar, makinla banyak yang Oni explore. Aku tukang perhati, menemani, melayani apa yang dia mahu.
Hari Ahad lepas, aku meletakkan kepercayaan aku kepadanya agar dia behave untuk teman aku ke pasar. Biasala, aku tidak rela dia minta dukung bila ke dua tangan aku penuh barang-barang dapur nanti.
Selesai mandi dan bersiap, aku tinggalkan Aie dengan abi dan aku turun gi kedai bersama Oni. Dalam pada riuh mulut aku nak keluar rumah baru aku perasan dia dok pegang patung kucing Slyvester kepunyaan aku. Ehehehe, aku memang sayang patung Slyvester tu. Walaupun dia jahat asyik nak makan twetty bird, tapi dia comel.
"Auni jangan cicirkan awww tu ye, umi sayang awww tu" sambil angguk-angguk dia peluk patung tu kuat-kuat. Alaaa comel betul.
Sampai di kedai, dia hanya ikut belakang aku, setia sambil peluk patung kucing. Aku pun jeling dia sekejap-sekejap, tapiii melihatkan dia memang sedang menunggu aku, aku pun pilihla barang yang hendak dibeli.
"Ummiii, ikan-ikan" katanya sewaktu melintasi kotak berisi ikan segar.
"Pandai, jom jalan. Tengok bawah, ada tangga tu" masuk je kedai, matanya terus pandang jajan. Adeh! memang tak boleh elak bila dia dah pegang. Ambilla Oni, ambil. Janji tak menangis.
Oni tak nangis, Oni tak merengek, cuma yang aku kesian orang lalu sebelah dia mesti orang usik pipi dia. Kalau pekerja kedai tu memang peramah, boleh dikatakan kesemua pekerjanya suka bertegur siapa. Biladah kena usik, Oni buat muka cebik. Cepat-cepat peluk aku.
Dua plastik penuh kiri dan kanan. Aku pesan pada Oni, jangan minta dukung. So far, dia sangat baik. Lepas ni boleh bawa dia pergi kedai lagi ;) Akan tetapi, bila balik ke rumah, perangainya bertambah lagi baik. Lebih-lebih dia suka mengemas. Buat aku fed-up nak tolong dia kemas.
Heaven betul.
Aku hanya mampu melihat.
Jadiii, aku biarkan ajalah sampai mata dah tak selesa, baru aku kemas semula. Sampai satu tahap, aku terfikir nak suruh abi beli sofa baru aja. Yang hanya statik tak boleh disepah-sepahkan. Hehee.
Dan cuti kali lepas, aku berjaya mencari satu siri drama Taiwan yang sekian lama aku mencarinya. Saban duduk depan laptop, mesti aku Google. Aku tak sure, sama ada kak Azi atau AQies ada menonton siri drama ini. Cer korang Google dan layan La Robe De Mariage Des Cieux atau Heaven's Wedding Gown. Aku layan You Tube je :D Suka-suka.
10 comments:
happy 3 month aie..^_^..
hehe, rajinnya oni mengemas..
adeii mmg pening kita dibuatnya kadang2 sampai dh x larat nak cakap kan..
sib baik kat umah eija xde sofa, pakai kerusi kayu jerk,tp lebih kurang sama la peel zaquan, xdpt kusyen, dia suka main bantal plak susun2 buat sempadan.
Budak kecil macam Oni memang tahu bermain sahaja. Lepas tu pelan2 ajar dia mengemas pulak setelah sepahkan.
bab sepah2 kusyen mmg tension. kalau kemas mst sepah jgk kjp lg kan? stkt ni yg suka berdukung Kak Long la. Kak Ngah ok je jln tp dia lak lbh2. dgn abah la. dgn ibu sori x lyn. hahaha...
oni tau umi die rajin..sbb2 die sepahkan..=) x pe, pas ni ajar oni mengemas lak...comel!
PerghhhH!! Kalo tgk memang sakit mata.. Tp kalo tgk yg membuat sepah tu aduhai, sejuk mata hati ni cha.. Hik3!!! Alahai cik oni sayang.. Happy 3mth Aie bucuk masam.. muah muah!!
kejapnyer aie dah three months....rajinnyer oni menolong umi.....macam tulah anak dara
mekchu suspek ending cerita ni awww cicir kat pasar.. rupanya happy ending.. fuuhhh nasib baik..
rajinnyer. jom dtg umah auntie. ;p
salam..
huh..saya baru habes layan cite korea "My Princess" yg taiwan ni TV bape wak? kalo awk dah suke tgk mesti kami pon suke..
t la saya search..
rindu awak..xsempat2 nak dtg..t kete saya dah kuar saya pegi umah awk tgk awak yer..
eija:
pangai zaquan tu dh agk sama ngn oni. kalau dia turunkan kusyen ni mmg kita nak nangis.
teratak hami, fiezaliesa:
puas dah suruh kemas. kemas pun dia naikkan atas kerusi tu, tak memenuhi piawaian mak dia.
anisalya:
laaa kakLong yg berdukung? terbalik pula jadinya. anak-anak kan kak?
ibu aqil:
tu la pasal kak. lagi2 part dia buat khemah2. mumah [rumah] katanya. sabar je la.
kak zaidah:
lotih mak dia kak. tgh dok berbaik-baik ngn adik, sok lusa habisla mak dia ni.
mekchu:
oih! mekchu pun dah layan eh, kita ni selalunya tgk cerita tapi suka je terlepas ending.
eB:
sanggupkah eB nak layan oni ni. tapiii, kat rumah org dia baik je. main dgn berhati-hati.
zila:
dulu channel 8tv. tak silap sy, sy layan dgn 'minah' tu. sy suka hero, dia pun suka hero. sy suka ryoma, dia pun suka ryoma. ces!
*takpe, tggu dorang besar, sy nak ajak dorang pi serang rmh ibu. ahahaha.
Post a Comment