Monday, 11 July 2011

Tersentuh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Tiba masa aku mem'BERSIH'kan bloghijau yang bersawang nipis ni. Pagi tadi, aku memandu dalam keadaan yang di awang-awangan. Apa taknya, kebuntuan idea untuk mempublish cerita terkini dek tiga hari terperap di rumah sahaja.

Tepu otak wei gara-gara si bersih tu. Disebalik peristiwa tu, tentu banyak ikhtibar yang boleh diambil daripadanya kan? Aku tak pandai nak ulas isu-isu tu, cumanya hati nurani, jiwa ini tersentuh dengan komen-komen di FB di satu dua gambar yang telah dipost di wall.

Dan paling tersentuh sekali (ibu mengandung katakan) apabila komen-komen yang berjela di bawah gambar tersebut menyalahkan anggota polis yang menjalankan tugas. Ye, beri komen memang mudah, hanya menggunakan tangan, bila diri terasa susah tembak je la tak kira siapa yang kena.

Tanpa mengetahui bagaimana perasaannya menjadi tulang belakang setiap anggota polis tersebut. Ditinggalkan suami (merujuk kepada diri aku) seawal pagi melihat dia pergi menjalankan tugas yang bukan hanya untuk keluarga bahkan untuk negara, tidak balik ke rumah. Orang sudah beristirehat dia masih di pejabat menguruskan hal-hal kerja.

Pulangnya entah bila, entahkan makan, entahkan tidak, entahkan tidur, entahkan tidak, semua pesanan kepada orang tersayang hanya melalui sms. Siapa tak sedih? Saat dia melangkah kaki, hanya iringan doa semoga dia selamat daripada sebarang bencana. 

Hujung minggu sepatutnya bersama ahli keluarga tetapi anggota polis? tidak. Hujung minggu mereka masih menguruskan hal-hal pejabat. Bahkan sekiranya keluar bersama keluarga sekalipun tetap akan singgah di opis terlebih dahulu.

Bila bercuti di kampung, berada di rumah, telefon tangan sentiasa berdering bercerita hal-hal kerja. Kerja-kerja-kerja sehingga sampai satu tahap anak sendiri merajuk hati apabila terasa diri dipinggir. Bayang je la bila Oni seperti tak kenal dengan abinya sendiri. Apa nak kata bila seminggu tidak bersua muka.

It's ok abi, bertugas mengikut arahan menjaga keeamanan, terima kasih.

Menjadi tulang belakang kepada anggota beruniform bukanla sesuatu yang mudah sekiranya mental dan fizikal tidak segagah anggota beruniform juga. Tapi, apa boleh dibuat, demi keamanan, demi negara. Orang tersayang juga menjadi salah seorang yang berkorban. 

Terima kasih kepada abang BEN ASHAARI di atas entry ini Polis kejam! Makan rasuah ..! Aku sangat menghargainya.

14 comments:

@e_da said...

hanya orang yang merasai yang tau persaan ni kan.. org tak tau sedap mulut je nak bercakap .. sabar la cha.. semua pengorbanan itu akan allah balas.. pada mereka yang sedap kata tu meh sini tukar seminggu berada di tempat polis apa rasa kan.. be strong k

Whitey Mommy said...

Manusiakan memang macam tu..
ibaratkan disebabkan tuba setitik rosak susu sebelanga...
hm...
tak semua anggota polis macam tu...
macam orang awam juga...
tak semua yang baik...
lagipun poliskan manusia... mestilah ada pelbagai ragam...itu lumrah ...
kita tak kan merasa sedih atau perit bila kita tak berasa di tempat orang yang merasanya berada...:)

sayu hati membaca luahan hati seorang isteri inspektor ni...:,)

Diyana said...

kak diyana cukup geram pd org yg salahkan polis dan tentera..langsung tk nak berterima kasih.kalau tak kerana polis2 dan tentera yg sanggup tinggalkan anak bini..dgn cuti semua dibekukan, tak senang duduk ooo..dok bimbang keselamatan diri dan keluarg bile jadi insiden2 di luar kawalan..polis dan tentera adalah barisan pertama negara, kita semua byk makan budi dgn depa..:)

Mama Kembar Tiga said...

biasa laa tu cha, org hanya melihat, mendengar & percaya apa yg diorang nak saja. tak pk tentang pengorbangan orang lain. and tak pk kesusahan yg ditanggung org lain akibat perbuatan sendiri.

Teratak Hami said...

Sabar dik. Memang ramai orang kata Polis Rasuah etc tapi ikut diri masing2. Kalau kita ikhlas dalam pekerjaan, insyaAllah hidup kita dirahmati dan rezeki kita halal.

Pekerjaan apa2 pun banyak yg tak betul, jadi elakkan diri supaya pilih jalan betul.

Jue said...

sabar ye cha.....orang hanya mengata bukan merasa....

Aini Arif said...

kite pun xkuar mne 3 hari ni, suami sedia bekorban huhuuuu

mamaarifakeemaisy said...

aduhai..bergenang plak air mata cek ni..huu~almaklum senasib kan..preggy lg.hu~

betul ch@ kan..hari minggu terpaksa dikorbankan..non stop bertugas, dah la weekdays bertugas mcm biasa, then weekend kdg tu terpaksa bertugas jgk..en suami kak eina pun tak balik umah gara2 Bersih tu..huu~...kdg terasa pengorbanan tak dihargai bila ada suara2 sumbang salahkan polis..padahal tak fikir ke, diorang dipertanggungjwbkan atas suatu perkara yg dicetuskan oleh pihak lain.. hu~

dilazfamily said...

sedih yer baca entri nie. sabar banyak2 ye cha, hanya ALLAH saje yang tahu apa kita rasa,orang hanya tahu mengata je

eima said...

disebabkan bersih nih abah aku risau kat kami sekeluarga .. sbb die ingat putrajaya pun terlibat ngan bersih..alahai.....

Shiqa Nawar said...

shiqa pun turut tersentuh baca entry akak. sabar akak.. org cuma tahu menilai 'semua' tanpa memikirkan 'semua' itu bukan bererti 'setiap satu'.

♥SyilaSyira♥ said...

org leh bercakap apa yg dia suka,mulut orang cha..bukan leh ditutup..sabar ye...mmg yg jadi tulang belakang polis² akan terasa ngan benda² mcm ni. Yelah si isterilah yg selalu ditinggalkan atas sbb menjalankan tugas..nak tak nak kena juga tempiasnya kan. Isteri yang suaminya bekerja shift je tau apa yg kita² ni rasa. xpalah cha..janji cha ngan oni faham keje abi tu kan

ch@ said...

kakEda:
tukar seminggu kan kak? buat betul kerja polis tu. tak terfikir ke, bukan senang2 je nak menangkap orang. smua ada procedur.

sha:
hahaha, sesekali nak touching juga. bukannya apa, mikir yg sekat2 jalan, kan dah dipesan jangan keluar kalau boleh masa hari sabtu then nak keluar juga, terimala kan.

kakDiyana:
orang yg main hentam tu berfikiran singkat kak, dia tak fikir sedalam-dalamnya. main tembak aja.

kakNani:
hanya mikir, ok aku dah komen tanpa mikir kesan dan akibat daripada komen itu. mengomen pula macam dia betul2 ada di tempat kejadian.

teratak hami:
t/kasih. betul sangat apa yg akak kata. pedulila kan mulut orang yg penting kita jaga kebajikan sendiri.

cikJue, dilaz:
touching.

aini:
bagi kita2 ni kan aini, beri sokongan padu pada tugas suami.

kakIeyna:
huaaaaaa, kita serupaaa.

shiQa:
betul kata shiQa, orang hanya buat kesimpulan yg memang merangkumi keseluruhan cerita.

syila:
huaaa... huaaa... huaaa... terus bergenang air mata ini. orang faham bila sendiri dah laluinya, kan syila?

♥SyilaSyira♥ said...

cha : jgn sedih2..kita pun jadi sedih bila teringat entry cha..tambah minggu ni hubby keje malam..tido ngan syira jek..org yg xrasa xkan tau..mcm mana takutnya bila kat rumah xda lelaki..untung tempat keje hubby xsampai 5 minit dr rumah. kita kena lalui walaupun pahit..kena sokong kerjaya suami kan..ok..no sedih2 tau