Tuesday, 29 March 2011

Hobi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hows today? getting better? good-good. Semalam aku habiskan membaca novel Aisha Sofea tu, dalam kereta di traffic light. Hahaa, tak menyabar sungguh. Then, balik tu ku fikir-fikir mahu mengemas rak buku yang lebih tinggi dari aku.

Kalau dah sukakan? memang tak boleh nak kata apala. Aku sedang menyenaraikan novel-novel yang aku mahu beli di pesta buku nanti, ceh! macam dapat pergikan? doakan aku semoga aku dapat pergi, paling-paling dapat buat stok sampai pantang nanti. Hah! berapa banyak nak borong tu ye?

Kali ni rasa nak beli buku tuk bakal baby la, hiii dah semestinya buku-buku yang lebih ilmiah, insya-Allah.

My lovely, majornya aku baca berhati-hati, tidak berlipat dan tidak terjejas langsung.

Berbanding dengan rak sebelah tu, huru-hara. Kalau tak aku yang mengemas, memang dia main aci letak je la. Tambah-tambah ada lagi sorang yang teramat rajin mengemasnya kan.

Mostly novel-novel ni aku dah 2 kali baca, paling banyak pun cerita Selamat Tinggal Sayang tulisan Malee Chuswan, itu memang khatam berkali-kali. Sampai naik lusuh kertasnya aku kerjakan. 

Kebiasaannya novel aku ni banyak yang happy ending, sebab aku terlebih dahulu baca orang lain punya dan akan beli buat koleksi. Hahaha, jadi mana-mana yang sad ending memang tersangat la kurangnya.

Sebab apa, 1st time beli novel sendiri dua buah aku beli, keduanya sad ending makanya aku insaf. Hihiii. Majalah pun aku suka baca, semua majalah aku baca kecuali komik kreko mrABi, penat asyik nak tunggu sambungan. Kekeke.

Buat pengetahuan juga, aku ni agak kedekut untuk memberi orang pinjam kecuali orang-orang tersebut memang aku percayai boleh menjaga hartaku ini dengan sebaik yang mungkin.
Bookfair kali ni aku nak cari Al-Quran  yang bersaiz sedang, memangla sama cuma teringin memiliki dan mengkhatamkan Al-Quran yang bersaiz sedang. Eh! Al-Quran yang besar tu pun baru khatam sekali, ades.

22 comments:

@e_da said...

cha... banyaknya koleksi.. cantik je tersusun... wahh lepas ni akak kena buat kad la kalau duk wad leh pinjam.. heheheh

mamaarifakeemaisy said...

wooo manyaknye..syabas! anda pembaca n punya hobi yang setia...hee~ kak eina dl hobi baca novel gak, dan kumpul sikit, sekali dah kawen, malas sudaa...novel pun tinggl kt kampung je, anak2 buah pinjam..hu~

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

kita punya hobi yang sama....koleksi novel..tapi taklah sebanyak novel cha tapi masa bujang dulu setiap bulan wajib sekarang kurang sikit...sama jugak kedekut nak kasi org pinjam sebab takut hilang dan rosak sebab kita lipat pun tak....

BondaWhilea said...

Dear Umi Oni,

Jika hendak ke Book Fair April ni, sila lah roger akak mu ini. Teringin benar nak jumpa. Nanti boleh jumpa di sana. INGAT tu.

Terima kasih.

Ikhlas;
Bondawhilea. :)

AMIIZAA@Mieja said...

cha....byknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....seronok akak tgk:)

qellissa said...

wah, nak pegi jugak bookfair.seronok tgk buku byk ni..rasa nk baca je semua..

Unknown said...

Wow! byknyer koleksi...suke tgk, mesti xde boring dlm diary umi oni kan..hehe

Shiqa Nawar said...

nk pitam tgok banyak novel.hehe trus teringat novel ngan majalah kt umah sewa lama, rindu sgt kt smua novel2 tu. x smpat lagi nak ambik.huhu

berapa rm daftar jadik ahli kat library akak ni?hehehe

♥SyilaSyira♥ said...

wah byknya...syila pun suka juga baca novel ni. tapi klo syila baca org keliling sure sakit ati, sbbnya masa tu syila sure buat xtau kat org keliling..hahahha..klo dah dapat buku sure akan usaha abiskan 1 hari...klo x, nak tido pun dok tringat jek

Zaidah said...

banyaknyer koleksi...klu cha calculate tukan bape riban dah cha habiskan tu .... agak2 klu ada yang nak koleksi cha tu...jual tak...hehehe

mekchu said...

koleksi hobi yg bagus.. tak de la FM je kan.. hehehe.. kalo campur ngan buku2 zaman belajar pun tak dpt lawan koleksi cha lagik tau..

Izan Ishak said...

baguslah cha...lepas ni oni plak boleh sambung hobi ummi dia.
*ahad ni kalau ada kelapangan datang tau!

Shima911 said...

waaaa beshhhnya cantikkk je simpannn buku saya ntah ke mana-mana dah hilangnya rugi tol rase...

ch@ said...

kakEida:
boleh apa salahnya. banyak ye. kita pun tak sangka ada sebanyak ini sebenarnya.

kakIeyna:
hiii. kita mmg sayang buku2 macam ni, penah dulu masa kecik ada buku KAWAN. mesti beli then simpan siap balut lagi. mama kita pun tau kita mmg suka.

cikJue:
bila dah banyak, kita jaga dgn elok minat tu terus datang. sedar tak sedar beli ikut hati.

bondaWiya:
dear bondaWiya,

kita tak boleh nak berjanji kerana pemergianku ke sana bergantung kepada waktu berkerja suamiku.
harap maklum, sebarang perubahan akan diberitau kemudian ok.

ikhlas:
umi

kakMiizaa:
tengok je la ye. hihiii.

Qellissa:
jom pergi beramai-ramai. seronok. mari membaca.

kakHajar:
ada juga boring, bila stok novel baru dah habis, bila langsung tiada minat membaca datang. hihiii.

shiQa:
ooo free sahaja. yg penting nak pinjam kena beringat buat seperti harta orang. hahaaa. sayang shiQa, sebab novel tu bukannya murah.

syila:
sama ngan perangai kita, tahan berjam-jam duduk dalam bilik. dah ada anak ni memang kena beringatla bila membaca, nak masak, nak cuci baju, biasanya membaca masa melayan oni main je.

kakZai:
oooh, kita memang calculate kak, dah lebih RM1000 ringgit harganya. Kekadang minta ABi belikan. ngeee. tak jualla, sayang.

mekchu:
hahahaaa, buku belajar pun ada kita simpan, sebab kita memang penyayang pada buku, tapi mama kita suruh bakar, sebab dah kena makan anai-anai.

kakIzan:
harap-harapla. sayang buku2 tu.
*insya-Allah kak.

mamaTunNurSafiya:
cari semula, sayang. tak mahu bagi kita. kikiii.

:: Mrs.SyahNia :: said...

wah dah bole buka lbrary awam ni kak
byknye koleksi..tang novel tu rasa nak pinjam..bole tak? hihi

msti kaki membace bkal adik
oni kan..insyallah ;)

eija_sweetmama said...

wah mmg byk koleksi novel2 cha..
eija dulu pun suka baca novel..
tp skrg mmg dh kurang sikit hobi membaca & mengumpul novel ni..

yg pasti novel lagenda budak setan masih lg dlm simpanan eija..novel2 yg dulu2 ahadiat akashah x smpat diselematkan masa umah mak eija dilanda banjir.

ch@ said...

ain:
library awam? akak pernah buka masa akak sekolah rendah dulu. hahaaa. buka kat rumah, anak-anak jiran pinjam buku akak. ooo ini akak collect sebelum dia ada lagi.

eija:
ye kita banyak novel ahadiat dulu. jiwa remaja. tapi ada sorang hamba Allah tukar buku Katerina (sambung LBS) dgn novel LBS tu sendiri. Nanti nak pergi beli lain. sayang.

Anonymous said...

kita sama la..saya pon wat satu mini library kat rumah.tp rumah mak la..kumpul adik beradik.hehe

ch@ said...

pnCapa:
adik kita lelaki, mana minat baca novel. so kumpul sendiri la.

Masya said...

Banyaknya koleksi novel dia.. mesti ade novel OMbak Rindu kan.. kt pun minat membaca novel jgk, tp baca dan pinjam adk ipar punye jer.. sejak lps kawin ni dah x pernah beli... huhuhu.. sebab rumah sempit xde ruang nak menyimpan nnt...

ch@ said...

yana:
ada-ada. tapi version lama punya la.

FieZaLieSa said...

owhh...
sy sgt jeles okeh...hihi