Friday, 11 February 2011

Di ampaian pun boleh.

Salam satu Malaysia.

Hiii, lagi-lagi makcik minah Oni interframe. Hari tu kan aku bawak dia pergi injek. Alaaa lepas hujan berhenti tu, matahari pun menyinar. 

Sebelum dia tidur bergegas aku bersiap, kang dia tidur kena tunda lagi. Nak petang tak ramai orang pun, memang tinggal aku dengan Oni je. Staf pun dah kenal, tak payah keluar myKid, owh aku ada myKid rupanya, ngeee. 

Behave la dia, tak lari sana-sini, manjat kerusi je la, nak duduk ngan mak dia. Tengah dok tonggek-tonggek nak panjat kerusi nama dia kena panggil, kesian. Berani takut dia jumpa dengan doktor tu. Doktor Zuraimi, memang dah kenal dengan aku, Oni ngan mrABi. 

''Ni anak ayah ni, pergi ikut kakak timbang berat'' sibuk dia pimpin mak dia ajak pergi ikut kakak pembantu doktor. 9.5kg, lagi stengah je nak 10kg. Pergh! dekat nak berat seguni beras. Padanla lenguh segala sendi aku bila mendukung.

Orang dah besar, semua nak buat sendiri. Lepas dapat susu 240ml + 3 skop nestum, cari selimut, lelap. Kadang-kadang je dia nak ngempeng ngan mak dia.

Bila dah letih main. Suka-suka je dia nak park kat mana pun, atas tilam-atas simen, kat ruang tamu-kat dapur-kat bilik. Haaa. Ikut pangai mak dia suka tidur. Tapiii nak kejut dia punya la payah buka mata. Boleh bangun berjalan, cari port lain, tidur balik. 

Setia betul aaawww dia tu.

Gaya seorang pemikir.

Gaya santai Oni berehat. Bila dia mengantuk sangkut kat ampaian pun dia tak sedar. kakTi pun cakap, ''Oni kalau tidur, bom meletup memang dia tak sedar''. Ngeee. Cayalah.

17 comments:

@e_da said...

laa berat lebih kurang mika je.. tp oni nampak lg besar sebab tinggi tu... susah nak tido tp dah tido lena tak hengat ye oni..

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

tiap kali baca cerita kisah Oni ni...teringat farisyah kecik dulu2...sebijik perangai..

shay said...

gambar no 1 tu, memag dia tido style macam tu ke?

rasp said...

mmg nyeyak tul dia zzzzzz ya sis...
rasa cam nak join skali plak...

Bee said...

uit berat dah cik oni..tk dan untie nk pegang2 nanti dah besar!

SALAM MINTA TOLONG LIKE GAMBAR UNA DI FB KALAU SUDI THAKNS

Anonymous said...

uiks..uwais 9 bulan pon 9kilo.hehehe..dekat 10kg dah..oni tido..macam untie capa tido kat gambar bawah tu.hehe

BondaWhilea said...

sampai terangkat kaki...oni oni, betol² nampak ganas arr..

Mama Kembar Tiga said...

comei jaa gaya cik oni tidur :-)

:: Mrs.SyahNia :: said...

cik oni dimana saje
rela kutiduri..hehe

comeyy taw oni
bile dpt jmpa cik oni ni :)

Puteri Amna Balqies said...

yg baring kaki angkat kebelakang tu mmg sah la ikut umi die..dulu zaman anak dara slalu kena tegur ngan kak azie..hahaha..sebijik..

puanstoberi said...

teheheh....gmbr bawah tu letih beno napaknya cik oni.. huhu

mamaarifakeemaisy said...

hahaha...statement tak hengat ye..sangkut kt ampaian pun dia tak sedor..cikOni..cikOni..giler nyenyak bila tido eh..dak arif lak, pntg, bukak lampu sket, terus mata tercelik..pepagi jgn hrp la nak bgn lmbt, awal sokmo dia sedar..huhu..

mamaarifakeemaisy said...

upss//terlepas..tp kalau dia penat sgt, mmg nyenyaklah!

qellissa said...

comel lah dia tido gaya pemikir tu cha..geram nye rasa nk kacau je dia tido..

ch@ said...

@kakEda
ye je tinggi, tah2 sama. sebab tengok dalam gambar, memang tak sama dgn real.

@cikJue
kalau dah namanya anak kan cikJue. ini bukan cerita Benjamin Button. Tua dahulu sebelum muda.

@mamaShay
starting nak mengempeng, nak manja-manja.

@rasp
hahaaa jom-jom, tidur tu free kak.

@bee
pegang boleh, dukung je antara larat dan tak, mak dia masih dukung dia lagi.

@pnCapa
hahaaa tah la, dah berlari sana sini, tak naik banyak berat dia. kerja nak main je.

@bondaWiya
ngeee, mak dia punya gaya.

@kakNani
belum tangan kaki peluk bear-bear tu, lagi intro nak tidur pegang kain, pegang botol susu. gentel-gentel.

@ain
hahaaa, mai datang rumah.

@ziela
hahaa habis pecah lubang.

@kakReen
ini gaya bapak dia tidur. mikir masalah negara.

@kakIeyna
hahaaa, oni dia tak pedulik, selagi dia tak puas tidur, memang ikut suka hati dia. kalau dia puas, dia suka la.

@Qellissa
kacaula, dia bukan hairan pun.

♥SyilaSyira♥ said...

senangnya...di mana sahaja leh berlabuh...hihihi

ch@ said...

syila:
kalau penat sangat mmg macam ni la.