Monday, 3 January 2011

Totiii tito toto toti.

Salam satu Malaysia, wiii salam tahun baru. Orang entry pertama hari pertama, aku? ahhh aku kesuntukan waktu deh.

Semalam 2hb Jan genap anak dara ku 18bulan, huaaa siapa ada anak lelaki yang lasak? so serupa itu la ya.

Dah pandai pakai kasut sendiri, dah boleh faham apa orang cakap dan terpenting ialah sangat emosional. Hahaaa nyampah.

Tak caya? Bukti.

Wajah lepas kena marah, akibat tak reti duduk diam. Hahaaa maintain comel ok. Tukang marah pun tak sampai hati nak marah lebih-lebih.

Ohoiii sopan sungguh kamu cikOni, jangan buat kat rumah mertua ye. Sebenarnya dia nak berdiri atas kerusi yang sedia tinggi tu. Buat kecut perut aku je.

'Oni nak makan sup, sup ayam, sup sayur'. Di pujuk dengan buku. Diam sekejap je sebelum dia berusaha nak berdiri juga atas kerusi tersebut.

Justify FullmrABi nak cepuk jauh. Aku yang kat sebelah dia nak cepuk tak sampai hati. Muka suci je bila hajat berdiri atas kerusi termakbul. Nak suruh dia duduk diam kena umpan dengan buku. Tak sempat aku nak snap gambar. Ngeri sebab dia lebih tinggi dari aku masa berdiri.

Perkataan yang aku belajar dari bahasa dia semalam, seperti tajuk di atas. Makna? ohhh hanya cikOni yang memahami. Bila aku balas balik (dia ingat aku tak reti, uhuh!) dalam nada sama, dia berdekah-dekah gelakkan aku.

Pandai membodek, bila celik mata nak susu, aku buat2 malas nak pergi. Nanti dapat kiss free dari dia, ahaha. Kalau minta, dia sangat kedekut. Melainkan mrABi yang minta, senang-senang je dapat. Aku jeles.

Dia dah cekap berlari, memanjat dan membuat aktiviti-aktiviti ekstreme. Lelebih lagi 4 geraham dia dah tumbuh makanya makanan pun harus ekstreme. Suka la tu kan?

Apapun, aku sangat seronok bila tengok dia cergas hari-hari walaupun aku bertukar jadi hulk. Adeiii.

~)@ Indahnya kehidupan bila kita tahu menilainya.

16 comments:

Bee said...

wah manja abi nih!

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

cik oni..janganlah panjat2 rasa gerum aje acik jue yang dengar...
betul cha kadang2 nak marah tak sampai hati..tapi kena marah gak..huhuhuhu

@e_da said...

hihi anak abi.. muka klon abi.. tp oni tetap syg ummi.. hehehhe

eima said...

comey je ...
sementara nk besar..
letih tul ..kadang tu sampai bergado manja laki bini anak meragam cam tuh .hahhaha

Izan Ishak said...

cik oni...oh cik oni... nak berdiri atas baby chair ye! bahaya2...takmo buat dah tau~

Salina@IbuAqil said...

oh menantuku.. hikhikhik sama2 ler kamu berlumba memanjat ngan abg aqil kamu erk.. sowang panjat sowang bergayut.. elok bebenor ler 2..

noor said...

singgah jap sini
salam kenal tuan punya tanah

Kakmim said...

alahai...cian kt umi.. oni kedekut bagi kiss...

eija_sweetmama said...

hehe..mmg bdk kalo merajuk..tetap maintain comel..kadang2 tu suka tgk muka merajuk diaorg ni..

my son zaquan tu pun kuat merajuk..apakan lagi girl kan..

Whitey Mommy said...

cik oni comel okay...:) perangai Khalis dengan oni ni la yang kontra... Khalis tak lasak sangat kalau kat luar...;P cubit sikit pipi oni...

mamaarifakeemaisy said...

hihhik..comei la cikOni merajuk gitu..

oooh tak jauh beza ni ngn dak arif..chup jd menantu lah..hehe..

ch@ said...

bee:
anak abi lor.

cikJue:
kita marah je, hahaaa geram.

kakEda:
hahaaa betulll. anak umi kena syg umi.

eima:
tepat sekali. kadang2 laki pun taknak mengalah, buat hangen je.

kakIzan:
dia peduli apa kak, heaven rasanya dpt berdiri atas tu.

kakIna:
hahaaa takut jadi hutan belantara rumah dorang nanti kak, kita nak masuk pun seram. teringat drama dalil cinta.

kakNoor:
terima kasih singgah. salam kenal juga kakNoor, eh? kakak ke?

mira:
biasa dah dgn politik dia tu, hahaaa.

eija:
muka merajuk dia buat kita ketawa, bibir tu boleh jadi u terbalik habis. sangat comel. pastu kalau nangis siap ada air mata, dramatik.

sha:
hahaaa, kontra kan? anak i lasak u.

kakIeyna:
sanggupkah kamu kak, kita pening melayan kerenah dia stahun stengah.

sarah-najwan said...

biassala budak yg umo gini..tgh lasak...kene menten sabar ibu dia deh..

alexayussida said...

anak abi niii..ksian umi nyaa..dah besar nti kompem jadi bestfren umi:D

hye cik oni~jngn nakal2 taw:)

Shiqa Nawar said...

oooo mcm tu ek oni majuk?comel2 je.. akak brtukar jadi hulk, oni takot x?hehe

ch@ said...

mamaSarah:
sungguh menguji kesabaran la kak. betulla tu.

alexa:
insya-Allah. boleh diharap utk jaga adik2nya nanti.

shiQa:
langsung tak takut.