Friday, 7 January 2011

Didi sudah pergi.

Salam semua, wah sudah Jumaatkan? seminggu dalam tahun baru dah berlalu.

Taip-taip-taip, backspace-backspace-backspace. Lost. Wah! mengapa jadi begini?

Semalam aku balik, acikDidi dah siap kemas barang-barang. Cadar dan sampul bantal dah bercuci. Bilik sudah pun kosong.

Dia mahu meninggalkan rumah abangnya ini, ceh! rumah pinjam je pun. Pulang ke pangkuan keluarga di Langat. Sekejap je 3 bulan berlalu. Lepas ni aku dah tak sibuk masak banyak-banyak. Masak untuk mrABi pun boleh skip-skip.

Lepas dia bersalam dengan aku semalam, rasa pula sunyinya. Tidak ada lagi kawan untuk menonton drama melayu, tidak ada lagi teman untuk bersembang, tiada lagi orang yang kerap memanggil OniBam.

Walaupun kesemua life nya hanya dihabiskan dengan laptop di dalam bilik, sekurang-kurangnya aku terasa rumah itu berorang. Apa dikenang padi seberang, cewah.

"Terima kasih sebab bagi Didi tumpang, kunci rumah Didi pegang dulu sebab nanti nak ambil motor" katanya sebelum keluar pintu. Aku menghantar ke pintu aja.

"Sama-sama, akak minta maaf atas salah silap, masak tak sedap ke, ter'emo' tak pasal-pasal ke" dia senyum aja.

"takpe, kirim salam Wandi nanti" dia pun berlalu. cikoni pun meraung. Sebab nak ikut. Ces!

Dan kehidupan aku sudah pun kembali normal. Macam besar sangat je kan perubahannya? Hahaha, yang penting boleh la aku berjimba-jimba dalam rumah sendiri. Huyeee.

Terima kasih juga kepada Didi yang membantu dikala aku butuh pertolongan, walaupun kecil impaknya sungguh besar. Jasamu dikenang.

~)@ Kehidupan perlu diteruskan walau apa pun rintangannya. Ketiadaan Didi menjadikan aku lebih menghargai orang yang berada di sekeliling aku. Macamla tak jumpa lagi bila balik Langat nanti kan? hahaaa.

13 comments:

qellissa said...

selalu kan bila ada org dtg umah kita berhari2, then bila org tu blk mesti kita rasa cam sunyi kan kan kan?

Zaidah said...

memang sunyi klu dah biasa ade orang tetiba tak ade....

Bee said...

mesti sunyi tinggal lah bertiga balik! hee

Salina@IbuAqil said...

alahai cha.. sedih plak akak.. mcm mana akak nak pindah duk sendiri nanti.. mst atok opah Aqil sedih giler nak lepaskan cucu depa 2 kan.. 3 thn mmbesar dpn mata depa.. tp hidup berkeluarga ni kadangkala nak privasi jgk kn dear.. ermmm serba salah dibuatnya..

Whitey Mommy said...

@Salina@IbuAqil
hehehe ibu kan manja... kot2 ibu yang nangis kalau duk sendiri...;p

Whitey Mommy said...

cha... sedih pulak baca... seyes... huhu... terharu ni kalau didi baca...

ch@ said...

Qellissa & kakZai:
betul tu, dah tiga bulan. bila takde, rasa lain.

bee:
kembali seperti asal. =)

ibuAQiL:
betul tu bu, mujur kita mmg lepas sekolah dah tak tinggal dgn parent. sedih mmg sedih tapiii takpe anggap je kita berdikari. kita mmg suka privacy.

sha:
hahaaa ibu mmg manja. harap dia tak baca la kan? kot dia nak berkampung terus kat rumah, erkkk. pengsan.

Nida n' Hanafi said...

Dapat akak rasakan kesunyian dan kehilangan Didi.... sunyi kembali menjengah

Rohani Hashim said...

cha,
ummm mesti terasa ketiadaan didi tu kan...umm xpe nanti nanti biasa la tuh kan...hehhe

ch@ said...

kakNida:
akakkk. lama tak berborak-borak. apapun, kita ok je kak. tapiii lebih suka bertiga. sebab agak segan dgn dia.

hany:
kan kita kata, kita nak kembali normal.

@e_da said...

bila dah takde terkenang-kenang ya.. hehehhe

Shiqa Nawar said...

terkenang + sunyi = Lega. betul x akak? walaupun terkenang dan sunyi (sikit) tp lega sebab dah x segan2 kt dia lg kan. skang kt umah leh wat apa saja.

ch@ said...

shiQa:
yups, shiQa betul skali. lama2 nnt akak biasalah. cuma skrg ni dah rajin memasak. hiii.