Tuesday, 9 November 2010

Tak tahan la macam ni.

Salam satu Malaysia.

Pagi ni mata aku bengkak, jadi beruang panda. Rasa bagai di gam-gam. Macam mana aku nak buat lagi aku tak tahula.

Aku perhatikan, dah dua minggu macam ni. Susahla kalau hari-hari pun macam ni, aduhaiii anakku.

Anakku stunt-woman.

Dia punya kegembiraan dapat bermain antara jam 2 hingga 5 pagi amat berbeza dengan waktu-waktu siang. Dia hanya seorang bermain, masuk keluar kotak mainan, panjat turun sofa, on off on off remote TV dan astro, berlari masuk keluar bilik, berlari keliling meja, merangkak naik turun tilam.

Waktu itu, bagaikan waktu siangnya, waktu dia bermain. Mata segar, berpeluh-peluh masam, bergelak, menjerit, membebel, macam mana aku nak tidur lena?

Dah letih baru la dia lelap, wawawa bakal bergaji 5 angka ke anakku ini, berjaga waktu malam?

Macam mana aku nak bagi dia letih waktu siang? biasala kan, kalau dah lelap pukul 5 6 pagi, memang harapanla dia nak buka mata waktu siangnya. Aku tak nak bagi dia tidur waktu siang? mahu dia mengamuk mengantuk.

kakSarah, kakYanti, kakNani, kakIzan minta bantuan, minta bantuan. Hihihi!

~)@ Aku tak mahu jadi beruang panda. Huaaa...

25 comments:

@e_da said...

HUHU ONI ...ONI.... Kesianla dengan ummi mu nak....

cha maybe dia nak jd pakar tertentu ni.. hihi... cuba tutup lampu smeua tido tak dia.. kalau siang dia tido try kejut gak ajak dia main2 sampai penat....

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

haha..comel jeeee.. =)

sarah-najwan said...

oloololll..

sian kat awak cha...akak nasib baik..keempat2 anak akak bab tidur mmg bole dpt award tau..kul 9 je..tidur terus..sampai pagi..

xpenah dorang bangun mcm cik oni kita nih..

tips akak...bagi dorang main lasak n aktip sebelum jam 9 mlm..pahtu..bersihkan badan..bg susu..masuk bilik..tutp seme lampu..berhibernisasilah di dlmnya...

try aje lah..jika sudah biasa buat jgk tapi xmenjadi..hehe..xtau lah akak cha..

xpe..aktif itu bagus...

Suziey Ahmad said...

umangaih..ni smaa kes ngn my sis..ank pompuan dia pn jenis bangun kol 3 pagi 4 pagi dok main n tgk kartun..pastu kang..kol 12 tghari tido smpai kol 8 mlm..haih..kena btlkan tu cha..susah sbb kita bekerja..try la paksa tido siang..klu bole jgn bagi dia tido maghrib ke atas..sbb confirm dia akn bgn tgh pagi nnti..hehe

mamaarifakeemaisy said...

huhu..oni...cian ummi...! herrmmm...tak tau camna nak buat eh kalau camtu gaya waktu tido dia..haa cadangan @eda tu leh dipertimbangkan..^_^

Zaidah said...

nie dah macam sebijik anak sedara zai....tutup lampupun bleh nak main2 lagi...cian mak bapak dia tak bleh tidur

Salina@IbuAqil said...

Huish!!!! anak dara sowang ni.. mengganasnya dia wat aksi stunt.. kalah abang aqil nie..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

eh sama la kete dengan balqis...tapi balqis punyer hitam merah...kete batman...nge...nge...ops..komen lain topik plak

Farra Dhelina said...

comelnya stuntwomen tu!! hehe

Farra Dhelina said...

kena tuka wktu tdo tu cha..adoii jenuh tu...

Nik Nurehan said...

x dpt membantu sbb x de pgalaman cha. cuba gelapkan rumah, cha pun tido. mr abi pun sama. sama2 wt x layan di tgh mlm. adakah dia nk bemain jgk??

Ati Masrif said...

siannya..ajak lah main ..mainan yg dia leka wktu siang

♥SyilaSyira♥ said...

ciannya cha....klo syila pun pening juga mcm tu ha...kner lekakan dier men waktu siang la...senang la pengasuhnya ek???

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

sianye..kalu cik jue pulak lain halnye...farisyah setiap malam tidur lambat tambah2 kalau weekend...kalau jam tak cecah kul 12-1 malam dia x akan tidur...dari dlm pantang sampai sekarang..hehehe

ch@ said...

kakE_da:
sudah kak, sudah... tak jadi juga sbb ada cahaya yg sedikit. waktu siang dikejut? haram dai tak bangunnya.

maera:
tak sabar dibuatnya.

kakSarah:
terima kasih kak tips itu, dah biasa buat. ubat tido je belum bagi lagi ni, hahaha...

[-suziey-]:
tu la, mmg nak kena betulkan, tapiii nak kena tunggu kita ada kat rumah la, siang hntr pengasuh sah² dia bantai tido sampai tgh hari.

kakIena:
jgn bimbang kak, ianya sudah ku cuba sedaya upaya.

kakZai:
harap² time ni je la, jgn sampai besar. pengsan.

ibuAQiL:
tau takpe. kekadang terfikir, ini perempuan ke, lelaki ke?

anje:
takpe² dimaafkan, tak pnh lagi nmpk kreta ni kat blog anje.

kakFarra:
comel mmg la comel, tapiii ngeri. buatnya tergolek, iya kak, sangat tired.

ann:
iya satu cadangan yg bagus, tapiii dia menjadi lagi aktif, rasanya... dia mmg suka gelapla. mrABi mmg dah hanyut ye.

kakAti:
habis kalau dah dikejut takmau buka bijik matanya, camne tu kak.

syila:
tau takpe, siapa yg anak dia aktif cam Oni ni, boleh la hntr kat kita, sng kita jaga. huhu!

cikJue:
tidur lambat takpe cikJue, kiranya dia tidur juga, ini terbalik jadual tidur. nak cuba btlkan raya haji nnt.

all:
terima kasih semua kepada yang meninggalkan jejak, kita terharu sangat-sangat. segala nasihat akan dicuba.

qellissa said...

wah, mcm2 cikoni ni, sian mami dia..camne lah boleh cergas sampai ke pagi ni cha? u guna susu ape?hihihihi

ch@ said...

Qellissa:
sama mcm mrABi, apa salah DutchLady123? huaaaaaa...

alexayussida said...

anak buah kte lak xnak tdo siang..bila uminye swoh die ckp ape taw...
'mlm tdo,siang pon kena tdo..tgula kakak dah keje nanti baru kakak tdo siang'...terkedu uminye..huhu

Shiqa Nawar said...

akak, comel ny blog akak.. cute sgt.hehe

oni... usik ummi ek..

Mama Kembar Tiga said...

alahai Oni, nak jadi doktor kot nnt, praktis siap siap utk bertugas on call pagi buta hehe...
ntah laa tatau nak bg tips apa, my heroes ada gak bangun pagi buta camni nak tgk tv, tp tak lah slalu sgt.

schedule diorang mlm kul 9 camtu dah ngantuk, esoknya kul 5.30 atau 6 pagi dah bangun, kang kul 12 tgh hari afternoon nap dlm 1 to 2 hours pastu tak tido dah sampai mlm. Dari kecik train camtu, dulu masa memula train, kalau diorang tamau tido mlm mama paksa gak, marah & jentik jentik skit (garang kan? hehe)

Bonda QWP said...

hahahaha..nakal ye oni! dah plak tu comel...

wiya pun kkdg susah gak nk tido. susu berbotol² minta tapi tak mo tido².

Selalu nya waktu siang, bg dia tido dlm 30minit - 1 jam je, tghari sblm lunch. pastu suh dia bangun, wat lah pape tuk tarik perhatian dia, kata nak g jalan ke.. umpan eskem ke. hehe..

pastu kasi dia main sampai penat!!! selalunya dlm kul 6ptg dia akan ngantuk n tido balik. Same gak, bg dia tido paling lame 1 jam! pastu...main main main..makan..susu! Kompom paling lewat kul 1pg dia dh tido.

erk..terkomen panjang plak.

ch@ said...

alexa:
itu kalo taktau caner nak cakap dah. mmg bijak tu.

shiQa:
thanks sayang. simple je. haha, oni buat umi ngantuk.

kakNani:
kira kena paksa tido la ya kak.

bondaWiya:
pecah rekod komen niii, haha terkejut membacanya. Nanti kita cuba, setakat ni cara menutup smua lampu dah menjadi. tunggu hari ni lak.

:: Mrs.SyahNia :: said...

geram tgk cik oni..comeyy
suka ajak ummi dia
main skali yea ;P

Izan Ishak said...

aduhhh..hebatnya cik oni aktif mcm siang hari. tp kan mcm k.izan yg sume anak2 lelaki ni, kalau nak bagi dorg tak bangun mlm2 mmg kena bagi dorg main puas2 waktu siang. pernah jgk jadi kes camni, tp jaranglah. nak bagi lagi senang, tutup sume lampu...nak tak nak diorg tido jgk....

ch@ said...

ain:
kekadang dia nak tidur, dia datang dia naik atas badan akak, soh peluk dia. nanti dah tepuk² dia tahu akak sedar, dia sambung main balik. adeiii!

kakIzan:
hahaha dah buat kak, sahri je jadi... soknya tak jadi dah.