Yuhuuu, amboi cantiknya nak ke mana tu? rumah terbuka ya. Jangan lupa jaga tingkah ye, jangan makan sampai lupa diri. Kalau tidak terimala akibatnya 24jam mencari mr.tandas, akula tu. Ngeee...
Sabtu yang busy, pepagi hari aku mengemas rumah, aku tibai buat nasi goreng aje, haha. Nak pergi rumah terbukakan, so rumah pertama ialah rumah pengasuh cikOni. cikOni sombong sungguh hari tu, haha. Mentangla ada UmiAbinya, mama dia pun dia buat derk aje.
Pusing, Bangi, Kajang, Puchong. Semuanya keluarga sebelah mrAbi. Selalunya memang begitu. Dari tengahari sampai ke malam, senang bawa cikOni ni, masuk kereta lelap, turun kereta main semedang.
Ahad, pepagi dah gerak, Gombak, Selayang, Rawang, Petaling Jaya, perut jangan katala gila senak makan, makan, makan. Sampai turn rumah aku, bapa mertua aku kata, dah jangan masak apa-apa. Kenyang ni. Terharu juga la kan. Datang terkujat macam ni.
Habis sesi beraya Sabtu dan Ahad, 8 tempat aku pusing hanya sebuah rumah yang buat open house :) Meriahnya cikOni je la kan, haha...
Rumah aku takde open house, entahla aku bukan tak sudi nak buat open house tapiii bagi aku, siapa nak datang rumah aku, datangla. Aku buat apa-apa yang patut, bila dah buat open house aku risau tahun akan datang aku belum tentu sihat dan larat nak buat dan orang akan menunggu.
Bukan ke kita digalakkan datang mengunjungi rumah orang tapi tak digalakkan menyusahkan orang? aku suka datang menjengah orang tapi tak suka bila tuan rumah sibuk-sibuk masak macam nak berhidang sehingga 100 orang gamaknya.
Kan dah ada kuih raya, biskut raya, air. Bagi aku, datang bertamu bukan mahu makan. Bukan mahu collect duit raya. Datang berkunjung bertanya khabar. Datang berkunjung bersua muka.
Tapi... iyala kan, selaku tuan rumah, bila tetamu datang rasa tak lengkap bila tak hidang hasil tangan sendiri, rasa tak lengkap bila tak jamu dengan hidangan berat. Mesti nak buat juga.
Malam tadi dua keluarga datang rumah aku, rela minum air masak dari air manis. Ngeee... Aku memang suka hidang teh 'o' panas dengan air masak. Kata mama aku tekak orang tua tak sama dengan tekak orang muda ;)
Kesimpulannya, siapa mahu ke rumahku silala ya, aku buka gate dan pintu. TAPi... sila beritau awal-awal boleh? hehe... nak datang lepas raya pun aku tak kisah. Tetamu datang bawa rezeki.
~)@ Beringat-ingat bila makan ya. Jangan tercekik pula... Dalam kepala terasa mahu membuat open house juga.
6 comments:
time time nie le dapat makan free n sedap2 kan ? kan? kan?
Btl tu, lps puasa ni perut asyik meragam je, sgt seksa bila mencanak2 time jam kt tgh highway...adoiila.
klu btau awal2 sempat la nk masakkan laksa ke..mee kari ke..ekkekek:p hmm dh start la open house sana sini sinun..berat pn bermaaharajalela la mencanak2 naik..eekekekke:P
add pls.. nak serbu rumah bleh?? ekekeke.. mcm la dekat kan.. mekchu hari tu pun masak nasik goreng je.. dah itu je menu yg pandai.. hahahaha.. hari raya makan nasik goreng...
buat ler open house ..jangan lupa jemput kita ni ye
kakNet:
sdp mmg sdp kakNet tapi tu la kena berwaspada.
umiIman:
haha lbh raya selatan byk R&R takla risau sgt. belah pantai timurla, jenuh dari satu2 R&R.
[-suziey-]:
haha, kena mkn serba sikit la suziey, takde la naik mendadak.
mekchu:
bkn ada kat profile ke? dtg la mekchu, beritahu awal boleh prepare.
kakYanti:
huuu... boleh akak tolong masak? ngeee...
Post a Comment