Thursday, 15 July 2010
Suhu
Malam tadi aku flet, aku tidur awal sebaik sahaja menyusukan cikOni. Badan bisa dari atas sampai ke bawah, i need a rest.
mrAbi balik pun aku separa sedar. Kasi dia urus cikOni semua skali. Argh cikOni aktif macam biasa.
Aku bangun awal sebab mahu menguruskan hal² yang tak sempat diurus malam tadi, cikOni bangun tiba-tiba, eh? eh? cepatnya dia bangun? terasa badan dia panas. Aku buatkan susunya, dia pun ikut bangun, mulut bising. Potpetpotpet dia membebel kat dapur. Macam aku kena leter pula.
Aku bergegas ke bilik air, mandi. Dia pantas juga bangun, hah tu siapla meraung-raung macam orang kena dera, aku pass kat mrAbi. Siap mandi lampu ruang tamu terang berderang.
mrAbi : Badan dia panas gila la umi, 39 darjah celcius (Guna termometer)
aku : Eh? demam lagi ke?
mrAbi : Dah bagi dia makan ubat. Bawak pergi klinik la.
aku : Kerjala. Abi off kan hari ni.
mrAbi : Tengah hari sikitla tunggu abi.
aku : Takpe tengok dulu panas macam tadi tak
Lepas aku tempek coolfever depan dengan belakang badannya, dia tak suka tampal kat dahi. cikOni main macam biasa. Aku bersiap.
mrAbi rasa badan cikOni semula sebelum aku keluar. Dah ok sikit dari tadi, uiii cuak beb tiba² je panas mendadak. Aku rasa sebab dia main air semalam la kot. Uiii syok dia dapat pegang tali air tu, basah seluruh bilik air aku.
Sudahnya meninggi sikit suara aku nak suruh dia keluar dari bilik air. Kalau boleh dia nak betapa dalam tu.
Aku harap dia beransur sihat la petang ni. Aiii kena bagi makan banyak² ni, takut berat dia turun. Yang aku hairan tu, dah sakit tapiii menyelongkar kotak mainan, aiii tak terkawal aku dibuatnya. Satu rumah mainan dia saja. Aku tak kisah pun sebab boleh kemas, badan dia tu, tak rasa letih ke? tak rasa lesu ke? isk isk isk.
Aku tau dia seorang yang sangat bersemangat, aku paling suka bila dia baring sebelah aku, dia korek hidung, dia masuk jari dalam mulut, dia naikkan kakinya atas badan aku, dia main rambut. Lagiii seronok bila mrAbi pun baring sebelah dia. Hehe, itu kalo aku la yang jadi mangsa keadaan, bukan lagi cikOni. Hihihi...
Ermmm aku tertanya-tanya, macam mana nak rendahkan suhu peti sejuk, sebab peti sejuk aku terlalu sejuk. Aiii nama pun peti sejuk kan? haha, bukan-bukan means nak rendahkan sikit suhunya supaya tak terlampau sejuk.
Baru sehari segala-gala isi dalamnya jadi beku, puas suda aku baca manualnya. Harus aku cari kamus tebal nak kasi terjemah. Huhuhu. Apakah 1 itu suhu paling rendah? Balik nanti aku cuba lagi. Letak anak panah kepada 1.
~)@ Harap cikOni sembuh cepat. Nak shopping hujung minggu ni. Cewaaah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
biasanya klau 1 tu maksudnyer suhu yang low...atau tinggi...tapi klu letak kat 5 maksudnyer suhu dibawah tahap beku...agaknyer
Cik Oni dh pandai bebelkn uminya? Hebat tuh, Iman cuma pndai ckp 'dah' bila siap mandi, nk pnggil Umi Abi belum lagi. Kira hebatlah cik oni. Tu la, org kata klu byk main air, nti demam.
hope si comel cepat sembuh k...
@Zaidah
~ tu la yg confius tuuu.
@IMAN'S UMI
~ ye dia dah pandai bebelkan umi dia, layankan aje la, asyikla nak maaa, maaa, maaa, sesekali je dgr umeee :)
@Cik Shiqa
~ oooh sangat berharap ok.
kena letak 1 cha... hehe peti sejuk tu dah nak yang baru tu.. proses pembekuan tak sekata... sebab tu jadi macam tu... cha... cool fever tu letak dalam peti sjuk tak? lepas letak dalam setengah jam... letak kat dahi cik oni.. ala ciannya si tembam ni...hehe tapi demam2 pun aktif memanjang... autie doakan cik oni cepat sembuh amin... amin... ya rabbal alamin...
@Whitey Mommy
~ oooi peti sejuk baru laaa mummy, beli masa kawin hari tu. ok blk kang letak 1. demam tumbuh gigi, dia kalah btl kalau tumbuh gigi.
wow! cute! =)
kalau peti sejuk tak rosak2 ...elok je...tutuplah kilang..hehe
@shaa bonitaa
~ who? me? or cikOni? hahaha...
@Kujie
~ betul kata kakJie tu, tapi kena cermat kakJie, tuk tahan lama.
chumelnye baby.. :)
@Rara Nasiha
~ masa kecik ni, skrg dah jln daaah.
ciannya cik0ni..ni br berapa bulan ni?
tggi suhu tuh..bahaya utk baby..k.eli doakan cik0ni cepat² recover
tinggal jejak jgk..cute nye cik Oni..
@e.l.i.z.@
~ oooh masa ni baru 7 hari dia lahir, sekarang dah setahun la kakEli. Alhamdullilah...dia survive.
@eem's
~ cute mcm umi dia tak??? hehe :)
Semoga suhu cekoni ngan peti ais cepat turun... PEACE,,,..
@dkama
~ insya-Allah, smuanya kembali normal.
Hiiisss..
Nanti auni tu cepat lah laganya tuh...
budak2 kejap je..demamnya..
lagi satu..cuba simpan ubat demam yg dos rendah utk baby tu..
maksud teman yg boleh dimasukkan melalui bawah..
itu lbih cepat kesannya dari dok bagi minum ubat tu...
itu pun kalau dia telan..
kalau dia pi semboq keluaq lagu mana?
berapa sen je yg masuk kedalam mulut tu..yg lain habih meleleh...
last2 sekali..maknya yg minum...haaa
@LanaBulu
~ ubat cair tu dia minum PakLan, cikOni takde masalah makan ubat. Cuma tu la asyik sangat demamnya datang.
Post a Comment