Sepatutnya cikOni dah kena suntikan untuk 12bulan, malangnya dek kerana demam yang sekejap on, sekejap off makanya suntikan itu ditunda sehingga cikOni benar² telah pulih.
Aiii demam dia kali ni buat aku bingung, bukan apa, bila sepanjang siang dia bermain, malam mulala panas badannya, serta merta temperature naik. Tapi, kekadang malam ok, elok je sihat dia bermain, pagi pula panasnya naik. Aku pun dah bingung nak buat apa, habis² pun aku tempek air asam jawa bagi panasnya turun.
Kalau dah lasak, pegang kepala pun dia tak bagi, nak tempek coolfever bukan main susah, terpaksa berperang.
Setelah aku menilik, rupa²nya dia demam kerana tumbuh gigi. Tiga batang serentak, skali tumbuh. Hoh! padanlah. cikOni memang kalah bila tumbuh gigi. Bagi la satu persatu, ini skali gus. Cepat besar cikOni.
Sekarang pun aku dah senang sikit, agak² aku tak larat nak dukung, aku soh je dia jalan sendiri, itu kaluuu memang menonong la tah memana dia terjah. Haha, besar dah anak aku weih! tak sangka.
Nak suruh dia khayal, bagi je buku kat dia, dok la semua gambar dia panggil 'ka...tak' kekadang bila aku kat dapur dia panggil juga 'ka...tak'. Aku iyakan je, kakak ke, katak ke, janji dia tak melalak udah.
~)@ Cepat baik cikOni, pa'su Is, ma'su Ina, tokMamaPama nak datang KL ni.
14 comments:
Btl la ch@, kt en3 ni semua gmbr2 ni nmpk cam cik Oni dh besar...xpe la, slmt lg cik oni ye...dh smbuh nti kena inject lak....
@IMAN'S UMI
~ mcm tak caya la, sebab kita mmg tak pnh jaga budak kecik, tiba2 ada anak. haha...
firas pun sama....last month sepatutnyer kena cucuk tapi postpone besok...mintak2 besok dia oklah...
@Zaidah
~ risaula kita anak tak sht² niii. rasa nak tkr je.
Mak aii...3 batang terus tumbuh...mmg la leh buat anak demam..gigi ajeem dh ada 14 batang..geraham tgh tumbuh sekarang nie....sya, ajeem dah jalan..hahhaah...sayang oni utk ibu tau..sya, kna nak gambar kita la...gambar masa dtg umh kna tu..bg tau...tq bye...
waa... cik oni dh setahun.. baju same ngn iman... hehehe
Aslmkm ch@:
Dodulu anak Kak G demam gayaitu gak lbh kurang ... hujung2 ada jabs yg tak buat ... sampai dah besar dia sendiri tengok rekod tu, dia komen la!
Sedih juga, kerana terfikir, jika ada kekurangan dlm kesihatannya berhubung-kait dgn ketinggalan jabs tu!
tiga batang sekali gus..patut la cik onie tak sihat..cian die...
Cik Onie sunat masa berapa bulan?
@Rizanaziem
~ huye² bestnya ajeem dah jalan, boleh la main ngn cikOni, nanti kita bagi kat email kakNa eh ;)
@Ibu Iman
~ kan dah tiup lilin awal bulan hari tuuu :) haha, baju baby spesen je la Mira.
@DDrfauziah
~ itu yg buat kita risau tu, sbb dia 35mggu dah lahir, tu yg kalau boleh tak mau miss jabs tu.
@Hanim
~ erm...kalau tak salah kita, masa dia 6 bulan la kakHanim. tak ingat dah.
Kami di Leech Miracle,
dengan kerjasama PUSMAL Universiti Malaya
menjemput anda menjadi salah seorang daripada kami.
Layari : www.leechmiracle.com
kak ch@, shiqa rasa akak yg kene inject dulu. baru cik oni sihat n leh injek.hehehe
Post a Comment