Friday, 5 June 2009

Check Up

check up kali ni, terasa tak mcm biasa. Ntah! cuma agak best sebab en abi teman, biasalah lebih banyak menunggu dari sebarang kerja, so muncung en abi tu pun bkn main lagi panjang nya, walaupun dia buat² selamba. Biasanya aku check up hari Isnin, tapi tah kenapa tetiba terkena hari Khamis pulak sebab tu la aku rasa tak macam biasa.

ngam 8.30pg waktu aku sampai, org dah pun ramai kat dlm tu, amek no giliran 1038 no sekarang ialah 1010, berapa byk lg nk kena tggu daaa... ini smua gara² en abi yg lmbt bgn, dh bersiap² mula la nak buang air la, tu la, ini la (mengalahkan perempuan) aku dah siap bersarapan pun.

rutin biasa, nama aku dipanggil di bilik menunggu, check air kencing - normal, check berat - 47.9kg, bermakna naik 2.1kg dr sebelum ini, itupun cik misi tu terkejut dgn berat aku "ringan nyer akak ni!" aku gelak je. dia tak tahu total berat aku dari awal pregnant hari tu dah naik sebanyak 6.9kg. check tekanan darah - normal. Habis sahaja sesi pemeriksaan aku naik ke tingkat 3 utk scan baby.

sedang aku dgn abi menunggu giliran, nama aku dipanggil utk b'jumpa dgn doktor dahulu, so disebabkan giliran utk aku scan lambat lagi aku disuruh turun dahulu. terus masuk bilik 5, dan aku di buat pemeriksaan seperti biasa. wah! baby aku ni, siap menendang lagi. boleh dgr dgn alat yg digunakan doktor tu. sht dan aktif. doktor perlukan scan report aku utk tentukan jangkaan tarikh bersalin aku. daripada awal pregnant lagi mmg aku tak tahu jangkaan tarikh bersalin ni, dok berubah-ubah!

aku naik semula ke tempat scan, terasa mcm kena buli plak aku ni. menunggu. akhirnya, dpt juga aku bwk en abi, agar sama² tgk aksi dan lasaknya anak dia dlm perut aku ni. ye, budak kecik ni sgt pandai bergurau. smuanya sempurna, masa ukur kaki dia, dia tendang², bila nak tengok jantina dia, dia pergi kepit elok je. eeee! bdk ni bertuah sungguh!

selesai shj aku scan, terus bwk report dcan tu ke bilik no 5 td, berjumpa dgn doktor yg sama then dia tetapkan 7hb August 09 adalah jangkaan tarikh bersalin aku. selesai shj kesemuanya aku membuat temujanji akan datang, dan kembali kpd normal, temujanji aku jatuh pd hari Isnin semula, sebabnya file aku mmg khas hari Isnin.aku mengambil vitamin di farmacy materniti dan balik ke rumah. sekian shj berita smlm aku ke Klinik Ibu Mengandung (PPUM), see ya!

2 comments:

Lyaa Suriany said...

sonoknye nk dpt baby...huhu

ch@ said...

best la.....