Aku memang begini.

Sunday, 21 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jom kemas rumah bersama!

Baru habis susun baju abi ikut susunan warna, asingkan t-shirt berkolar dan tidak, asingkan sekali jersey, kemeja dan uniform almari yang berlainan. Kesemuanya telah digosok sebelum digantung dengan  penyangkut baju kecuali baju pakai di rumah. Phew! poluh-poluh. Mood tiba-tiba hendak susun, gara-gara terpengaruh drama Korea la, Cheongdam-dong Alice. Gila kentang sungguh.

Baru mood hendak berhirbenasi, menjauhkan diri seketika (dengan blog tidak boleh jauh kot) tiba-tiba ada sesuatu menarik untuk sama-sama joint GA. Macam biasa aku akan kongsi apa yang boleh dikongsi tentang aku, rumah aku, anak-anak, dalam bloghijau ini.

Mungkin, kawan-kawan boleh melabelkan aku atau lebih kenal dengan diri aku apabila anda semua habis membaca entry ini, aku kan jarang interframe dalam ini blog. Makcik malu.

Hari tu, mostly sudah mengenali dapur aku. Susun atur dapur aku-bahagian luar, ok-ok-ok tarik nafas aku berdebar hendak meneruskan taipan ni. Adoiii! Jadi, kali ini mari aku kongsikan apa yang terisi di dalam setiap pintu kabinet dan bagaimana situasi sebenar disebalik kabinet tersebut. Hah! teruja ke? - tangan masih terketar-ketar, adoiii.


Bahagian harian, top kabinet ke namanya tu kan, hahaa...peralatan elektrik yang masih digunapakai, sebahagian lagi ialah bahan kering memasak, siap tong beras pun naik, malas hendak tunduk-tunduk, lesung batu, hadiah perkahwinan daripada kawan baik, seorang lelaki pun interframe. Aku memang gemar barang tupperware, so ini sahajala yang baru ada. Cepat sikit proses memasak bila semua bahan depan mata

.


Kita mulakan dengan rak sebelah atas, barang yang biasa digunakan perlulah mudah dicapai dan berada paling bawah. 1 ialah tempat cawan, gelas, tumbler, kole dan adik beradik lainnya, atas sedikit brand tupperware yang biasa digunapakai. Tu cantik molek ja, sebab belum pergi shopping barang dapur, ruang atas haruslah kosong sebab memang tinggi gaban. 

2, duduknya set cawan dan piring dan jug juga teko untuk tetamu, set istimewa tapi bila tetamu lebih sepuluh orang, tang tu kenalah keluar yang pelbagai bentuk dan saiz lain pasal set ini hanya ada setengah dozen. Motif? kena simpan duit tambah lagi set ni. Hehee.

3 ialah susu anak3, gula, kopi, milo, teh uncang dan yang segera-segera, 3 in 1. Bubuh situ sebab di bawahnya ada air masak dan air panas. Sekawan ni untung sebab duduk rumah pintunya kaca, betul-betul bersebelahan cerobong asap, 4. Ada lagi satu rumah pintu kaca, berisi biskut, bahan-bahan kering yang mentah terutama bahan buat kek, tiba-tiba ada mood nak membuat kek, sinilah duduk letak bahan. Di letak di situ sebab mudah nampak, susun dalam bekas kedap yang jernih, 5.

Seterusnya tempat bahan-bahan masak, yang paket-paket tu (kalau mahu senang, guna je) dan bahan-bahan kering yang lain, megi, keropok, kerepek, siap bekas kuih raya lagi tu. Nampak? ada ruang kosong lagi atas sekali, motif hendak suruh beli bekas kuih lagi tu, bubuh di situ pula. Ahahahaaa, gambar 6 tu ya.

7, cawan yang tidak guna dan jug air. Eh, belum habis lagi tingkat atas, ada satu lagi pintu ialah tempat keperluan anak3, botol susu serta ubat-ubatan. Letaknya di rak tersebut kerana di bawahnya ialah paket-paket susu yang belum dibuka lagi, macam kedai kalau sekali beli stok. Anak ramai semuanya masih menyusu.

Ok, maafla geng entry ni panjang benar. Haaa, mana aku bubuh pinggan, mangkuk dan kawan-kawan lain tu? jom-jom-jom.

See, tempat kain buruk dan tu dalam kotak tu, ahahaha. Masih elok berbungkus dekat hendak setahun pindah. Pintu sebelahnya pun sama [B6], kan... dalam kotak lagi. Ahli keluarga masih belum ramai makanya duduk dediam situ. Senang bila abi kata, keluarkan barang dalam almari dalam misi memburu anai-anai, haaa semua makcik yang kena buat tu. Kan ke senang bila masih dalam kotak. Teknik tu.



Jiran sebelahnya laci kulinari [B2-B4], laci pertama sudu, garfu, senduk. Laci dua, segala peralatan masak yang besar-besar, tapis, senduk kayu, sudip. Laci bawah sekali, beg membelibelah. Yang kitar semula tu. Kesemuanya duduk berjiran dengan tong gas yang memang dia duduk seorang saja berjiran pula dengan kuali dan periuk belanga [B5]. Haaa, masih ada kosong, siapa hendak tumpang letak periuk belanga, marilah... hehee.

B1, yesss ruang paling mencabar bila anak3 masuk dapur, ruang pinggan mangkuk yang paling biasa digunapakai. Yang kaca di atas rak, sebelah atas mangkuk dan piring dan pinggan bersaiz sederhana, sebelah bawah yang bersaiz besar. Mereka yang plastik susun ikut saiz, bentuk dan asingkan daripada tutup masing-masing duduk diam di bawah sahaja. Tiada rak lagi, bila anak3 masuk dapur, ini ialah ruang paling digemari untuk main masak-masak. Wiii...

Terakhir ialah bahagian sinki, atas sinki kering ada tempat letak sudu lepas cuci dan senduk, sudip, pisau untuk kegunaan penyediaan masakan, ala-ala chef gittukan, jauh daripada anak3. Kesemuanya tajam dan bahaya. Bahagian bawah sinki ada satu ruang untuk barang tidak digunapakai berjiran dengan ruang tempat letak pencuci pakaian. Sekian.


Berbasah-basah di sinki, air tangan emak yang dicari, cewah! Tempat keringkan pinggan mangkuk sudah dicuci tu pun aku bahagi dua, sebelah untuk pinggan mangkuk sebelah lagi untuk cawan, anak3 suka memanjat kerusi cari cawan sendiri, jadi aku mudahkan mereka. Guna yang plastik sahaja, cawan IKEA. Plastik susu untuk sisa makanan, aku lebih suka guna plastik sahaja sebagai tempat letak sampah, guna tong sampah aku agak malas untuk buang di tong sampah besar di luar. Malas ni, susah hendak kata.

Aku memang tiada gambar sebelum dan sesudah mengemas sebab setiap kali digunapakai memang aku terus sahaja susun masuk, setiap kali bershopping barang keperluan dapur, memang aku yang akan mengemasnya masuk dalam almari, kerana masa itu amat penting bagi aku. Ye la, mana hendak layan anak3, hendak menonton rancangan tv kegemaran, jadi bila terus susun dan atur aku tidak memerlukan masa lain untuk mengemas semula. Macam berlagak je kan, tetapi itulah aku. Itulah aku yang memang sangat mementingkan kekemasan dan kebersihan.

Bukan sahaja dapur, kabinet pakaian, kabinet kasut, kabinet buku, semuanya terus susun dan atur. Mainan je yang bikin aku pusing, sedang melatih anak3 supaya rajin mengemas. Mereka mengemas juga, gaya tersendirilah. Lain hari dan masa, aku kongsikan kabinet pakaian pula ye, ada yang mahu tahukah? ihiks. Pengaruh drama korea lagi, hahaa.

Keseluruhan dapur.

Aku minta maaf sangat siapa yang jelek dengan entry ini, aku hanya kongsikan sedikit ruang lingkup kehidupan aku semenjak bergelar surirumah. Dahulu, aku hanya bercerita tentang rakan sejawatan, tentang persekitaran luar rumah sekarang aku kongsikan pula kehidupan aku setiap hari. Inilah realiti yang aku harus terima. Aku gembira menghadapinya. 

Sebenarnya, aku buat entry ini untuk kawan-kawan baru yang aku kenal, tiba-tiba aku tersedar bahawa Home Organizing sangat dekat dengan aku, jadi bila sudah sama-sama suka, maka sama-sama juga kita terjebak untuk kongsi rumah sendiri, tak gittu? Terima kasih Lea sebab kenalkan aku dengan Fizah.

Nota hijau: Jadi, kesimpulan anda tentang aku? leave your comment below ;) thank you. Gigih hendak habiskan entry ni, sekian.

24 pasang kaki:

Fizah said...

Adoi nak menangis pun ada dgn entri sejujur ini...huhuhuuu....terharu juga dpt berkenalan dgn ch@...idea2 dlm home organizing ciri tempatan ni mmg diperlukan utk org2 mcm sy...kurang skill kdg2 mmg perlu tgk idea org lain...sila teruskn berkongsi my dear...haruslah nk tahu bahagian lain pulak ni...gigih juga membaca...kala jam pukul 120 pg..hehe

btw...juz to infom cha...cannot load feed entri terbaru cha dlm bloglist..adakah itu memang disengajakan? Sbb bila tgk blog cha, baru tahu ada entri tp bila tgk kt bloglist takde pulak?

syarat join ga da ok sgt dah tu.. ;)

Jue a.k.a Ibu 2F said...

Rajin ko dik buat n3..nie..
terpegun akak dgn kekemasan dapur cha...Malu Dan jeles akak tau...

Mama Lynd said...

Fizah : Aku lagi gigih. Kol 2:21 am baca entry ni.

ch@ : Hua.. banyaknya barang..!!!! Terasa mcam rumah ku ini sangat minimalis. Or makcik ni suka buang barang? Anyway saya faham perasaan berdebar nak taip sesuatu yang kita dah snap gambar. Hahahaha.. Selau terjadi kat saya jugak..

Suka warna cabinat ch@.. Kayu solid kan? Anyway good luck GA.
Skrag mood mengemas saya pun meronta-ronta jugak..

@e_da said...

Huhuuuu can5ik dan kemas dapurmu... Akak boleh jd kan panduan gak entry cha ni. . Kemas dan rapi

Fizah said...

Ok da tgk today...ok plak load entri tuh...lol

Asma said...

Gulp tgk dapur yg besar lg tersusun... Thumbs up!

Mama Kembar 3 said...

kemasnya dapur cha! ishh kena merajinkan diri gak nih hehe

mama lieyna said...

Suka suka... :-)

Boleh jd rujukan jgk ni..bak kata orang, yg baik dijadikan teladan.. :-)

G.luck tuk GA nya...

Nad MamaZN said...

Tahniah!
Seorang yg pengemas, prihatin, rajin, kreatif, penyayang, apa lg ek? Emm yg sewaktu dgnnya la! :)

Nak terangkan kenapa? Kang pjg berjela pulak komen ni huhu

Mmg tabik spring la!

ch@ said...

Fizah:
ehehe, suka tau. biasa je ni, xde pun kemas mana. bila anak2 masuk dgn basikal, dgn kereta, huru hara jugaklah, lagi dorg bw mainan, penuh dapur.

kakJue:
malu? kenapa? takdela kemas sangat pun, cuma susun ditempat yg mudah je. abi tu pyh bila kita tak ada.

Lynd:
gigih ye, menaip entry ni makan masa dua hari tau. biasa dua entry satu hari, ini dah terbalik, tapi takpelah puas hati dapat kongsi apa katanya tu? home organizing? walau tak berapa nak organize sgt. GA Lynd nnt kita buat.
*jenis kayu tu tak sure la wak, pasal masa beli mmg dh sedia ada.

kak@eda:
smg dpt manfaat ye kak. dapur dulu pun macam ni jugak. kita susun brg lbh kpd kemudahan seisi rumah.

Asma:
terima kasih ;)

kakNani:
ahaha, kenapa? sama je kot ngn dapur kakNani yg ada tiga hero tu.

kakIeyna:
btl tu kak, harap takde yg jelek ngn entry ni, mcm hendak menunjuk-nunjuk pula. inilah yg seadanya, xde lg yg lain dh.

kakNad:
amboi banyaknya, habis semua dah kembang ni. thanks kakNad. biasa2 je la. mmg mcm ni, bc komen entry ni kat FB. kwn skolah komen.

Masya said...

good luck cha... kt pun baru jer lepas kemas dapur cuti baru ni huh!! pitam ooo walaupun dapur sekangkang kera jer.. eh² ye ker ...

anakomak said...

kemas nya dapur dia... psstt tlg kemas rumah kita plak, bole? :p

jaja_NorLiza said...

wah...nak kitchen cabinet yg besar cam umah ch@...senang nk susun brg! tp dapur umah akak kecit jer...acaner??? hehhehe...suka ngn kekemasan dapur! nak masak pon senang hati kan???

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

sistematik, tersusun kemas n cantik sgt dapur cha ni..:)

ch@ said...

Yana:
mengemas dapur kecil takdela letih sgt kot, lagi Amir dah besar. Kita mengemas dapur ms anak2 tidur. mengemas dorg berjaga, habis smua dibuat main.

kakRetna:
kakRet tolong jaga anak2 ek? hiii...

kakJaja:
dpr kecil pun boleh je susun kak. kabinet tu owner lama punya, dh lompong dlm sbb kena mkn anai2. esok lusa ada rezki lbh tkr hijau. haha.

Eija:
ihiks, meh dtg rmh meh.

Siti Fatimah said...

Kemas nye dapur....

adianiez AIDA said...

salam perkenalan...
aida terjah dari blog fizah.
terus follow blog ijau ni hi hi hi...
cantik dapur. and luas. i like.
tempat simpan brg memang penting!
aida dapur kecik, main letak je mana-mana, sempudat!!!
hi hi hi...

just azura! said...

oh cha! jeles betul tengok rumah cha ada kabinet dapur besar besar.. puas hati nak nyimpan barang.. and kemas betul cara awak simpan barang-barang tu..! tabik spring! toing!

ch@ said...

SitiFatimah:
Tq ;)

Aida:
Sempudat? Apa tu?
Dapur kecik pun boleh je aida. Dapur kecik lg best, lg pantas buat kerja.

Azura:
Pengaruh drpd emak jg kot, sbb kita xramai adik beradik so rmh emak mmg sentiasa bersih. Kita pun seorg je perempuan.

sal ya said...

waalupun besar ttp rasa kecik ruang dapur tu kan. banyak benda nak letak. hahaha...

ch@ said...

kakSal:
dapur kita mmg besar plus smua barang berada ditempat masing2 plus lg xde brg sgt, hahaaa. kabinet baju pun byk yg kosong lg.

ain shahrulazri said...

kms & teratur, sy suka sgt :)

Azie Suhaimi said...

kemas dapur awak..kalau tong sampah awak letak di mana ye? nak amik idea..hihi..
follow ur blog dear :)

lovegreenpink said...

Almari iabinet dah besar tu.. bagus , sis memang jujur

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in