Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ok, entry kedua hari ni, aku baru balik makan di One Utama. Makan tempat semalam Dave Deli's. Nak cuba resepi lain pula, kata boss aku. So, aku ikut je. Habis juga sepinggan Footlong Chicken Sausage. Pi google nak tengok gambar.
Then, perjalanan balik singgah di Auntie Anne's gara-gara semalam hanya menjeling dan menghidu bau sahaja. Perut super kenyang. Lalu pula di ruang concourse ada pameran Peugeot. Dahla melekat lagi si boss dengan seorang staff lagi, Liza. Lantakla labu, mata aku dah sipi-sipi je nak tertutup ni.
Balik opis pun pungpangpungpang cerita kereta, aku dah layan blues tak sabar nak sampai opis. Masuk je opis, nampak sampul surat. Eh! aku ada order barang ke? tak ada.
Nama aku sendiri, bukala. Tadaaa.
FM Strawberi, pengomen blog kekDa.
Terima kasih kekDa. Sebelum ni, aku panggil dia kakReen. Tapi, dek kerana dia suka bahasakan diri dia kekDa maka lekatla di lidah aku, stoberi je ingat kekDa. Orangnya comel, senyumannya macam mamaLieyna, ikhlas.
Blog kekDa. Peminat tegar strawberry. Orangnya sempoi-sempoi aje. Tengok gambar blog dia smua gambar dia tengah tersengih. Memang wanita murah senyuman ni. Hehehe.
Cantik, comel kita sangat sukaaa. Terima kasih =)
8 comments:
wahhh tahniah ..
Sgt sgt Alhamdulillah kerana FM tu tak berderai.
Alahai...byk Ch@ komen pasal Kekda ni. Kekda blushing nihh..
Hihikkk.. (dush dush...tumbuk tpt kat batang idung. Hahah)
Haha. Nati ada rezeki kita jumpa ye Ch@, baru tau comey ke tong dram org nyer Kekda ni hik hik :>
tahniah..best kan klo dapat FM....
wah cantiklah FM tu..best yer cha dapat.
cha, Selamat berpuasa...take cara yer...
alahai cute nye FM tu
alahai dapat FM sukanya...
eima:
tQ eima.
kekDa:
selamat dgn kecomelannya kekDa.
syila:
benda free mmg best syila, tak kisah la apa juga skali pun.
dilaz:
org menghargai. kita menghargai jugala.
hany:
eh? lain komen hany ni, hahaha slmt berpuasa hany. geng hijau.
zura:
comel mcm pengirimnya.
cikJue:
sgt sukaaa.
Post a Comment