Hijau sokmo.

Friday, 15 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wuuu, amacam? yeay semalam berjaya menonton Joo Ji Hoon, siapakah itu? pergila google, drama Princess Hour. Kali ke berapa tah aku ulang tengok. Ngeee. 

Dek kerana mrABi kerja malam, aku membuat keputusan untuk makan roti bom dan roti kosong untuk Oni, di mana kesudahannya roti kosong Oni menjadi lebih sedap berbanding roti bom aku. Hahaaa. Faham? Aku la yang makan kasi habis =)

Sambil menunggu pusingan mesin mencuci pakaian, aku lipat pakaian dan menonton Princess Hour. Miahahaaa. KakakOni? mengulangkaji pelajaran terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Tak percaya?

 KakakOni yang kidal.

Comelkan dia? dapat buku mrABi, aku beri pensel. Sambil aku kemas rumah, kutip semua segala kertas letak atas meja dia tu. Beg oren tu dah nak koyak. Kena cari lain.

Bila dia dah masuk tidur, kerja aku jadi lebih senang. Hiii, aman tanpa gangguan sehingga mrABi balik. Barula aku terhegeh-hegeh jemur baju hari dah 12.30am. Tanpa aku sedar, bila aku siap menjemur rupa-rupanya, berderet baju hijau aku. Tak percaya ke?

Stail aku jemur, baju aku memang belah ni, baju mrABi belah dalam.

Kan? hahaha, dua daripada baju tersebut baju mamaMikhail, dia dah jual dan aku beli. Kemeja pendek dan kemeja labuh. Rupanya, baju basahan pun hijau jugak. Baju lama memang best dipakaikan? 

Aku sedang bersarapan ni :)

Lagi? hari ini pun, aku pakai hijau juga. Hahahaha. Lengkap 5 hari dalam minggu ini aku memakai hijau sahaja. Minggu depan tukarla warna-warni. Lama-lama nanti ada orang perasan aku asyik pakai hijau sahaja. 
Pakai hijau ni, termasuk dalam cara menyelamatkan alam sekitar tak? hehehe.

14 pasang kaki:

@e_da said...

bior betul cha.. peminat hijau betul ni.. semua baju dia hijau.. heheh.. tq lalink sudi pakai baju ai....

mamalieyna said...

ini btl2 ikut seruan kerajaan ni..ke arah.teknologi hijau..ups...itu teknologi la..haha..

sampai hanger pun hijau lor..mmg hijaucantik lah~ hee..

alolo/..comelnye dak tecik tu ulangkaji pelajaran..ihiks..^_^

mzhany said...

cha, huhu beshnyer hijau semua...cun cun...stuju ni cara selamatkan alam gak hohoho

EiJa ZaQuaN said...

mmg btol2 peminat hijau la cha ni..
tp hijau mmg sedap mata memandang..

Puteri Amna Balqies said...

mmg dari dulu kaler len susah nak tgk, ade tapi xbyk pun..besela puan pokok..dulu cik pokok..hehe

Aini Arif said...

aini suke pink hihi eh oni tulis guna tgn kiri ke tu, same dgn aini, tp kene ajar kanan masa kecik2 ni:)

Mama Gee said...

hamboiii semua hijoooo hehe..mmg tak sah lg..feminatss hijo tegarrr...hehee

Qaseh Aishah said...

mak oit..memang peminat setia dgn hijau...jgn badan jd hulk sudah laa..hehehe

Mama Kembar 3 said...

comeinya cik oni dok stadi, nampak badan montel jer, cute!

ch@ said...

kakEida:
ia ini betul kak, bukan cubaan bukan pinjaman. hihiii. sama2, kita dah beli haruslah memakai sementara muat =)

kakIeyna:
bila dah banyak2 jadi cantikkan? kita memang suka, kalau beli/buat baju raya 2 pasang sepasang mesti hijau.

hany, eija, mamaGee:
hihiii, sama-sama kita selamatkan bumi yg kian panas. kitakan geng.

cikZiela:
dulu, kini dan selamanya. hijau maintain cantik =)

aini:
lain orang lain warna kegemarannya. ye oni kidal, dah ajar tapi tak mahu juga dia. nak kiri juga.

kakAishah:
hiii, jadi hulk tu hobi. bila rumah berantakkan disepah dek oni.

kakNani:
montel ye, hihiii puas mujuk dia biar sukakan makan. kita risau dia tak suka makan.

♥ aNJe a.k.a MaMa_BaLQis ♥ said...

memang peminat tegar hijau sokmo la...sejuk mata memandang

♥sYiLaSyiRa♥ said...

seronoknya warna hijau..cha dah mcm kekasihnya yang sgt setia...hahahah....tapi hijau satu warna yang sgt mendamaikan..i like...hihihi

ch@ said...

anje:
tapi kalau dah takde warna apa pun still menjadi pilihan kedua.

syila:
minat daripada sekolah lagi. memang suka benar dgn hijau.

Masya said...

datang singgah kesini baca entry² lama.. sbb tengah boring keje tak banyak bolehlah bw hihihihi....

pssttt... psssttt.. yg dalam pun mesti banyak hijaukan.. tengah cr entry kawin ade x baju sanding warne hijau hihihihi.....

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in