Monday, 5 May 2025

Bersidang Rumah Teman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejadian Jumaat yang lepas.

Sambil aku mengemas rumah, sambil memikir kegiatan untuk hari ini, rileks sahaja. Ditambah tuan asben tidak pulang jadi boleh santai-santailah sayangku, pergi mana laju-laju. Kak Hamidah menghantar jemputan ke rumahnya petang nanti.  Selesai solat Zohor, aku terus bersiap untuk ke rumah puan Hamidah.

Dia mengajak teman menunggu anak pulang sekolah untuk ke rumahnya, pembuka bulan Mei. Hujan mula turun sewaktu aku mula memandu, mahu sahaja aku pergi bersama dengan Linda namun entah mengapa, aku hidupkan juga enjin kereta, bukan apa kawasan rumah kak Midah tu amatlah terhad. Aku ni memandu bas mini, dua kali aku pusing kawasan untuk meletakkan kereta.
"'sya, parking depan rumah Sarip, dia takdak kereta" tergelak aku dengar arahan kak Midah. Betul juga, selalunya Sarip ke sekolah dengan kak Midah. Ha'a ye, di manakah Sarip bersekolah sekarang? tiber...

Hujan turun, aku berlari masuk rumah kak Midah, bersalaman dengannya dan Linda sudah sampai bersama kak Isna, aku nampak keretanya di luar tadi. Terus sahaja di ajak ke meja hidangan yang Alhamdulillah penuh semeja, kak Midah memang super power!

Kak Azi menelefonku, kalut dengan suasana dengan riuhnya suara berbual, ditambah bunyi hujan di luar, bingit sungguh. Kak Midah menunggunya di luar pintu rumah, kak Azi masuk dengan Suzana tiba bersama, rumah kak Midah mula penuh, suasana meriuh. Tidak lama kemudian Fajjida datang bersama dengan Nurul, okey nampaknya korum sudah cukup. Ayuh kita!

Aku ulang alik meja makan sebanyak tiga kali, sesekali sahaja menyampuk bercerita, itupun jika di tanya. Kan kami sudah berkumpul sewaktu konvo Arrizqi kali lepas. Usik mengusik, ketawa sehingga melewati waktu Asar. Kami kena pulang, kerana perlu keluar ke sekolah mengambil anak-anak yang akan pulang sekolah. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah, semoga persahabatan kita hingga syurga nanti, jangan lupa tarik saya sekali okey.

aku sangat suka dengan agar-agar sirap tu. addicted!

Nurul, Linda dan Suzana. Hilang mata dak tudung merah tu bila dapat makan.

Sambung lagi, Fajjida, kak Isna, kak Azi dan kak Midah the host.

F.R.I.E.N.D.S
make the world beautiful

Thursday, 1 May 2025

Random Hari Pekerja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

sukanya.

cantik pula pintu tu, ahaaah tiber!

Permulaan Mei, perjalanan muka baru, bermula. Setelah berhempas pulas daripada bulan sepuluh tahun lepas hingga bulan empat tahun ini, siap juga quilling untuk penuh dua lembaran bersaiz A3. Kita masuk lembaran ketiga, semoga tabah dan terus didatangkan idea kreatif yang mencurah-curah. Syukur alhamdulillah.

Celik mata pagi ini, dihidangkan dengan ruang tamu berselerakan, meja makan penuh dengan carikan tisu dan goreng pisang yang tidak bertutup semalaman, masuk ke dapur naaaaaah! dengan bakul dan tapawe makanan kucing bergolek, emak tidur awal malam tadi kesemua anak ambil kesempatan berpesta ria gamaknya.



Aku nak prepare bahan masak, teman-teman si Auni hendak datang melepak hari ini, dorang rindu aku la tu, hahahaaa! dua hari lepas mereka telah mengambil Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (UBBM dan UBBI) untuk Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik (2025) nanti. Auni dan Intan sudah bercerita pengalaman masing-masing untuk kali pertama melaluinya, tajuknya mudah, ideanya banyak namun biasalah bila sudah one by one, face to face siapa aja yang tidak gigil. Kena banyak latihan, kena banyak membaca, kena banyak berinteraksi untuk bina keyakinan - memang bukan aku, ahah! Kejap lagi, jika tiada aral melintang bolehlah aku mendengar cerita Fara, Iman dan Icha (sekiranya mereka jadi datang). 

Auni, Intan, Fara & Icha 1 Mei 2024

Baik, anak kutip kembali membuat onar, marilah kita menjadi tarzan hari ini. 

What's going on my holiday today?

Mak-mak mana ada holiday, kita kerja on as always. Ayuh la kita. Salam Hari Pekerja. 


Tuesday, 29 April 2025

Jamuan Taman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hujung minggu, berguling-guling dan mengemas rumah lambat-lambat, cuti maaa...
"gi jamuan raya taman, nak ikut tak?" tanya tuan asben.
"bila?" aku.
"jap lagi, pukul 9" aku tengok jam, awal lagi sambung berguling. Tempat jamuan tu dekat je, diadakan di taman permainan taman kediaman. Malam tadi memang nampak khemah sudah di pasang, tapi tiada pula aku dapat jemputan di group shopping taman. Mungkin, AJK menghantar jemputan dalam group besar sahaja. Aku ni bukan tidak mahu masuk dalam group besar, setiap kali berjumpa dengan aku, mereka selalu bertanya aku anak siapa? masakan aku hendak terangkan keluarga pokok aku yang berada di Johor tu, lagilah mereka tidak kenal. Aku dapat menjawab sekiranya soalan itu, dari jalan berapa? isteri siapa? haaa gitu. Jadi biarkan sahaja tuan asben di group besar itu.

Aku dilema, pergi atau tidak. Masa ada tuan asben ni lah orang hendak berkenalan dengan aku kan? ajomlah kita. Kami pun bersiap, mula acu mengacu baju, lari gak tema nya, tuan asben blue black, aku black grey, elok bersiap aku mengemas rumah serba sedikit, Arrizqi bangun.
"Ersyad nak ikut?" aku bertanya.
"mana?" mamai.
"jamuan raya taman di taman"
"nak, nak kena mandi ke?" tanyanya dengan mata separuh terbuka.
"eh mandilah, sempat ni. Pakai baju elok sikit." Arrizqi mengemas tempat tidur dan bersiap. Mungkin melihat aku dan tuan asben sudah bersiap, dia takut kena tinggal.

Kami hanya berjalan kaki sahaja, elok sampai di taman acara telah bermula. 
"gi daftar, ada cabutan bertuah." arah tuan asben, tapi aku buat don't know berlalu ke khemah mencari kenalan, nampak jiran sebelah rumah, salam diikuti dengan lain-lain. Ada yang sudah kenal ada yang masih bertanya anak siapa, paling best yang ajak makan. Arrizqi sudah hilang dengan kawan-kawannya, tuan asben terus duduk meja VIP, ewah! dia tinggal aku macam tu ja, how dare you!

Aku kembali ke meja hidangan, mengambil menu kesukaan sikimpit, lemang dan rendang ayam tua. Sedapnya. Aku hanya memandang meja hidangan yang panjang dengan pelbagai menu dan berlalu mencari port.
"Shu!" aku duduk semeja dengan Shuhaida dan emaknya. 
"haaa datang pun, dengan siapa Sya?" tanya emak Shu, awal hari tu dia fikir aku kawan sama tempat belajar Shuhaida.
"dengan anak dengan asben, dorang tinggal kita camtu je" aku mengadu.
"haaa dah duduk situ, makan." suruh emak Shuhaida, tidak ku tahu namanya. Selesai makan, aku bangun semula menuju meja hidangan sekali lagi, 2nd round. Kan sudah berjanji tadi. Sempat ditegur kak Ani, pun baru kenal masa kali pertama berterawih hari tu, dia bertanya nombor dan jalan rumahku didaftarkannya untuk cabutan bertuah. Thank you kak! Mereka memang baik, melayan aku bagai adik dan anak dorang sahaja.

Aku menghabiskan sate 3 cucuk dan keropok lekor 5 ketul, aaa cukuplah tu, kenyang. Sambil duduk berbual acara cabutan bertuah bersambung, kedengaran nombor rumah dipanggil, Shuhaida menyuruh abangnya ambil hamper. Lah! Dan nombor seterusnya di sebut nombor jalan dahulu baru nombor rumah, eh? nombor rumah kami tu. Tergelak aku dengan Shuhaida, walhal baru je cerita, kitorang memang jarang dapat cabutan bertuah ni, memang tidak berharap. Selepas nombor aku, nombor rumah jiran sebelah aku, hahaaaa! how's we are so lucky today, berkat hari ini.


Aku ternampak kelibat kak Aida dan rombongannya masuk ke khemas, kakak ni yang selalu perkenalkan aku dengan seisi orang taman, hahaaa. Dan macam biasa, aku membiarkan sahaja dia leads conversation, sesekali aku ajak Shuhaida join sama. Tuan asben datang kepadaku, dia hendak pulang dahulu, menunggu lori peti ais sampai. Aku masih lagi mahu bermalas-malasan, masih mahu berbual dengan kak Aida dan temankan Shuhaida makan pusingan ke tiga, aku sudah tidak larat. Kawasan peti ais tu pun sudah ku kemaskan. Pandai-pandailah. Aku melihat sahaja lori hantar peti ais tu lalu dari tempat aku duduk.

Tuan asben menyuruh aku mencari batu bata, hahaa. Hamper yang aku dapat tadi pun aku suruh dia bawa balik, orang menyuruh aku tapau makanan pun, aku tak rajin nak pegang bawa pulang, kitanya jalan kaki. Bila sampai rumah, peti ais sudah segak berdiri. Cuma belum boleh di gunakan lagi, kena bagi dia warm-up dengan tempat baru dulu, bagi stabil. 

Bila perut dah kenyang, rasa letih sangat. Tahu-tahu sahaja sudah terlena, tersedar apabila tuan asben bersiap untuk pulang ke tempat kerja, till we meet again husband! thank you for everything. Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja.