Wednesday, 5 February 2014

Kemahiran beramah mesra.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perasaan macam artis kejap ya, kepada pembaca bloghijau yang sudah mengenali aku, ratanya menyatakan aku ialah seorang yang peramah, mudah berkawan, banyak bercakap, sedikit celupar dan suka ketawa. Dengan erti kata lain aku tiada masalah komunikasi. 

Pepatah ada mengatakan, jika kita mahu dihormati kita perlu menghormati orang lebih dahulu atau, jika kita mahu disayangi kita perlu perasaan sayang kepada orang lain dahulu, begitu juga dengan hubungan-hubungan lain yang berkaitan-haih! nak mula berfalsafah pula. Ok, sekarang aku hendak buat entry tentang masalah aku ni, macam biasalah intro kena panjang dahulu, hehe.

Pagi tadi aku hantar Auni ke sekolah, awal pagi dapat wassapp kawan sekolah aku, Shaadah menyatakan dia mimpi berjumpa dengan aku bersama anak-anak malam tadi. Haih! mulala aku hendak cuak ni, hari aku macam biasa sahaja, apapun aku ambil juga ingatannya agar baca doa sebelum buat sesuatu perkara. Ambil kata-kata malang tidak berbau, kan.

Hari ini, aku bertekad untuk berjumpa dengan cikgu Auni, bayar yuran bulanan dan bertanya soalan-soalan berkaitan dengan peraturan sekolah. Aku tanamkan azam, aku berhak tahu sebab aku ialah emak kepada Auni. Aku kuatkan hati untuk bersapa habis mesra dengan cikgu Auni tu, yang pewatakan agak tegas. Terkejutnya aku apabila, cikgu tahu aku ialah emak kepada Auni, aku ingatkan dia buat endah tidak endah sahaja akan kehadiran aku sebagaimana pada pertemuan-pertemuan yang lepas.

Dengan T-shirt logo Chopper bertopi tanda pangkah One Piece, trek bottom, tudung bawal dan selipar Jepun aku pergi jumpa cikgu tu, haha. Sempoi punya mak, orang berbaju formal berbaju kurung hendak berjumpa guru, manalah cikgu tidak syak yang aku bukan emak-emak. Baju kurung aku habis semua aku pakai, terkena turn aku sempoi canni sebab setiap petang aku akan bawa anak-anak ke taman permainan, sesuaila dengan tshirt sahaja.

Semalam pun sama, payah betul aku hendak menyelit bercerita kisah aku dan anak-anak, bukan interframe tapi orang lain punya turn bercerita, aku hendak jugala malangnya semua macam buat tidak endah sahaja dengan aku, aku rasa macam salah satu tempat duduk batu je di kumpulan emak-emak yang sama-sama menunggu anak pulang daripada sekolah, tiba-tiba kemahiran komunikasi aku lumpuh dikalangan mereka semua, aku cuma termenung sambil menadah telinga sambil kepala memproses data-data maklumat daripada mereka yang galak bercerita. Hrmmm, mungkin sebab aku memakai tshirt berlogo superman dan trek bottom makanya nampak sangat remaja, kakak menunggu adik balik sekolah, muahaha.

Payah juga umur je meningkat tapi rupa dok sama macam masa sekolah hendak kena sesuaikan diri dikalangan emak-emak, ambil je la pesanan daripada abi jadilah diri sendiri, lama-lama orang dapat juga terima kita. Ingat jugala pesanan daripada mama3d amboi, dah three ye kak...kalau orang tidak mulakan dulu, kita sendirila yang mulakan. Belajar mengenali orang, barulah orang mengenali kita. Betul-betul-betul.

Ingat senang hendak snap gambar dengan dak bertiga ni? macam-macam hal ok.

Maafla jikalau pembaca daku agak nyampah dengan entry ni kan, aku cuma berkongsi sedikit galau di hati. Tidak sabar hendak naik ke Kulim hujung minggu ni, teruja. Semoga majlis pernikahan, persandingan adik aku berjalan dengan lancar. InshaaAllah. Jumpa lagi nanti, mmmuah!

Wednesday, 29 January 2014

Karya awal Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumpa lagi pada hari Rabu, bersama hos anda ch@hijaucantik. Setelah hampir satu bulan Auni bersekolah, rata-rata pembaca bloghijau ini kenal dengan Auni, si peramah, si banyak tanya, si banyak kerenah, si banyak cekadak, si banyak akal dan segalanya banyak la ada padanya, mesti hendak tahu perkembangan aktiviti dan perangainya pabila sudah bersekolah.

Sebagai ibu bapa kita mesti hendak melihat perubahan positif mereka kepada sekolah. Auni memang seorang yang macam-macam, normal kerenah anak yang baru hendak lima tahun, mereka cenderung menggeledah dan menjelajah sekalian alam, aktiviti bermain memang tidak dapat dipisahkan baik di rumah atau di sekolah.

Minggu pertama dan kedua, jawapan kepada soalan yang sering aku tanya sudah menampakkan perubahan. Serius, aku memang alert sangat, antara sebab mengapa Auni lebih suka mengambilnya pulang ialah aku suka bertanya aktivitinya di sekolah. Soalan sama sahaja, "Auni makan apa di sekolah hari ni?" atau "Auni belajar apa hari ini" dan pada minggu ketiga dia sudah bercerita sendiri tanpa aku bertanya, haha.

Awal minggu lalu, jawapannya ialah "main, main, main dan main" sampai aku pun naik konpius, apakah dia hanya bermain sepanjang hari? Namun, mengikut intipati mesyuarat JPTP yang lepas, cikgu lebih utamakan anak-anak berumur enam tahun didapati hampir separuh masih tidak mengenali huruf ABC, makanya tidak hairanlah Auni hanya bermain sahaja.

Masuk minggu seterusnya jawapan "hari ini saya belajar ABC". Dengan selamba dan tidak menyempat-nyempatnya dia hulur segala kertas bertulis tangan kirinya kepada aku, bila dia menulis tanpa titik-titik dia memikir bentuk-bentuk huruf yang kebiasaanya terbalik ialah B dan D. Huruf M dan W. Setelah dikerah berkali-kali barulah nampak kebolehannya menulis ABC huruf besar dan kecil dengan cemerlang. 

Now, jawapan kepada soalan aku yang sentiasa sama, "hari ini saya belajar anggota badan", "hari ini saya belajar nombor, umi", "hari ini saya makan cupcake", "hari ini saya makan nasi tapi ada daun, saya tak suka daun", "hari ini saya belajar anggota badan" dan perkataan yang dia sudah biasa sebut "thank you teacher", "tujuh hari satu minggu". Paling seronok dia sudah mengetuai meja makan dan bilik tidur dengan membaca doa untuk semua sebelum makan dan tidur. Hi5 Auni.

Mungkin, Auni juga mengikut jejak langkah emak yang suka art. Dia suka melukis rumah, pokok, matahari, tanah, awan, pelbagai jenis bentuk, merwarna dan menulis nama sendiri, wiii! 

 Ada titik-titik ni, jangan tertipu.

 Usaha Auni, suruh buat bulat enam biji, tangan lenguh katanya.

 No more titik-titik, buat sendiri hasil pantauan abi walaupun kertas sudah jadi seperti sampah.

Karya Auni, aku kata huruf A macam buai, betul-betul dia buat A jadi seperti buai. Rumah Auni tu salah, katanya lagi, "habis, rumah Henry Huglemonster macam ni". Ok, aku pun ajar buat rumah, sekali sahaja dia tengok terus dia boleh buat. Kertasnya? Jadi sampah sudah.

Owh! dia still suka buat ABC terbalik, ala-ala cermin. Sekarang, semuanya hampir berjaya ditunjuk ajar, anak-anak ni, sangat terang hati bukan...? Setuju tidak? Sekian sahaja bebelan hari Rabu, kekeke.

Wednesday, 22 January 2014

Menggalas tugas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Muncul lagi tatkala orang lain wordless. Orang lain pengurus rumah tangga boleh je update blog pagi petang siang malam, aku ni anak baru seorang yang bersekolah punyalah berlapis-lapis kerja, apatah lagi masa tu bagaikan saje-saje hendak bergerak dengan lebih pantas daripada aktiviti aku.

Ini pun, hendak menaip entry, mata asyiklah menjeling-jeling rak duduknya pelbagai jenis warna kertas serta barang-barang art. Buku order tu, bagaikan melambai-lambai menyuruh aku membukanya. Haish! Fokus-fokus.

Sejak dua menjak ni, jadual harian aku terasa padat sangat-sangat. Sabtu lepas, aku ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) di sekolah Auni sebelah petang. Waktu pagi, berkerja macam biasa, mengemas rumah, masak tengah hari, siapkan anak-anak. Bawa Auni je, abi menjaga dua lagi di rumah. Kali pertama menghadirkan diri, alamak! aku seorang one and only perempuan dikalangan ibubapa yang hadir. Tersipu-sipu aku dengan Auni. 

Masa terus bergerak, datang dua lagi kaum ibu, lega sedikit di situ namun tetap juga aku yang paling muda, macam tidak sesuai jadi emak saja. Auni, asyiklah kena sakat dengan bapa seorang kawannya, bertanyakan aku ini samaada emak atau kakaknya, haha. Selagi Auni tidak menjawab pertanyaannya selagi itulah bapa itu bertanya, sehingga usai mesyuarat waktu hendak balik Auni menjawab juga "ini umi sayalah!" terus melompat naik kereta. Sabar sajalah.

Balik mesyuarat tu, sambung buat hal-hal di rumah sebelum membawa anak-anak ke taman pula. Jalan kaki sahaja sambil menikmati angin petang. Berpeluh juga aku di taman permainan kanak-kanak, kerja hendak mengangkat Adli sahaja. Udahlah semangat-isk!

 Gambar blur sebab buai laju-laju, kata Adli.

Hari-hari selepas itu, aku sibuk dengan order. Aku hendak habiskan semua order yang masih ada. Selepas itu mahu sambung projek lain pula. Memang betul-betul bersambung apabila kakMai datang hantar Tupperware. Nah! Barang Tupperware untuk KuTuppy 2014 giliran pertama dan kedua. Pitams!

Alamak assistant aku tu...!

Semalam, sebaik sahaja hantar Auni ke sekolah, amboi riang sungguh makcik tu, tak sabar-sabar hendak turun kereta sampai kaki tersangkut tali beg Micheal Kors I, habis bag makNyah mujurla tidak jatuh tersembam. Nampak sahaja dia masuk kelas, aku terus ke Klinik Kesihatan Sg. Buloh untuk pemeriksaan Arrizqi ke setahun tiga bulan. Pakcik tu diam sahaja dengan muka comelnya. Behave sangat bila sampai klinik. Arrizqi, kebolehan paling ketara ialah mengikut jejak langkah Auni, suka menyakat Adli, pusarnya dua, matanya, kulitnya, semua mirip kakakAuni. Tidak kisahlah janji dia sihat sahaja, perkembangannya juga sangat bagus apabila dia pandai mengejek "ha...ha...taktau" cute je bunyi, lagi-lagi bila dia mengejek abi, haha.

Melayan dia ni, isk-isk-isk memang kerja lain delay.

Balik klinik, siapkan Adli, Arrizqi then keluar balik ambil Auni, haih! tinggal mesin basuh cuci pakaian, tinggal ayam nyahbeku dan Arrizqi dengan abi kerana dia tidur dan bawa Adli pula. Mujurla Auni request ayam goreng sahaja, senang kerja emak. Pening kepala pekerja yang sedang renovate rumah jiran sebelah tengok aku keluar masuk-keluar masuk-keluar masuk.

Lepas ambil Auni, hrmmm sambung kerja macam biasalah. Sidai baju, masak tengah hari, meladeni kerenah anak-anak, siapkan order jika sempat, layan tv, jam 11 malam je aku sudah mula lalok. Cakap apapun mata, kepala, badan, terus fokus tilam, bantal dan bilik tidur. OMG, where is my bed. Too tired lor! Esok paginya, rutin sama sahaja tolak Arrizqi pergi klinik, ngehehe.

Ni la keadaan waktu malam, guaner emak hendak rehat cukup-cukup.

Kalau tengok keadaan aku sekarang, memang sudah seperti emak-emak. Umur pun hampir je nak 30 tahun, phew!