Monday, 23 June 2025

Hobi: Random Shopping.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila bercuti tidak bawa hobi ikut sama, mulalah mencari xtvt yang mudah dilakukan ketika santai-santai, shopping online. Aku sengaja tidak bawa projek quilling tu kerana:
1. memang niat tidak mahu menggulung.
2. tweezer salah satu tools yang digunakan untuk menggulung telah patah.
Planner, memang aku sentiasa bawa untuk diisikan pelan rancangan akan-akan datang.


Kerana tweezer aku patah, maka kita shopping tweezer di kedai tT macam biasa, scroll, choose and check out. Bila sampai tweezer tidak menepati citarasa aku, aku beli dengan stiker quotes dengan harga tidak sampai RM10 pun, tweezer tu tidak tajam dan tidak cukup untuk mengepit (eh betul wording ni) sehelai kertas dengan berat 80gsm. Maknanya mata tajam tu tidak cukup rapat.

Dengan rasa tidak puas hati aku bershopping lagi, kali ini aku beli 2 saiz, satu panjang dan kurus, satu lagi memok dan pendek sedikit, rupanya saiz tweezer ni ada banyak ye bukan tu je bentuknya pun ada banyak juga. Kali ni sampai elok molek memenuhi citarasa, suka sangat. Boleh sambung menggulung dengan lancar. Aku beli tweezer sekali dengan yang lain-lain tu semuanya RM19. Best, stiker tu boleh lekat dalam planner. Ngam warna hijau.


Benda random lain lagi ialah Portable Mini Printer, sebenarnya aku beli sekali dengan hadiah untuk teman baikku, melihat harganya tidak sampai RM40 check-out sahajalah. Bila sudah sampai aku termenung, kenapa aku beli? aku fikir apa? aku boleh je terus guna printer macam biasa, siap boleh print kertas stiker terus. Tak apa, mungkin aku boleh guna sekali dengan planner nanti, mudah dibawa dan hanya blutooth dengan aplikasi di handphone.


Seterusnya, barang baru sampai, tujuan asalnya hendak beli alas penapis habuk untuk vakum Simplus namun macam biasalah melarat. Yang hijau untuk letak kerongsang dan pin tudung, menggantikan box kerongsang yang sudah patah penutupnya. Satu hari ikat guna getah, getahnya putus, terbuka tutupnya berterabur kerongsang dalam beg make-up, ergh!


Botol 5ml belakang tu, hendak aku letakkan gam, muncung tajam dan kecil begitu mudah untuk proses menggam paper strip quilling yang panjang atas lukisan projek, beli satu sampainya plus empat, entahla RM3.16 untuk semua. Penyangkut tu, beli saja-saja cukupkan ngam-ngam RM15. Total harga semua barang RM84. 

Apalagi aku beli? haaa kena tunggu aku boring, mulalah aku random beli barang yang bukan-bukan. Hendak beli baju atau tudung, aku minta tuan asben saja. Biar dia beli, dapat saham pahala belanja isteri gitu. Barang rumah, aku beli online sebab lagi murah daripada beli di pasaraya. Benda boleh jimat, siap hantar sampai rumah lagi. Why not!

Walaupun random, aku akan pastikan aku guna betul-betul barang yang dibeli, guna sampai habis atau rosak. Kita kena manfaatkan sehingga ke titisan terakhir, berbaloi. Peruntukan belanja untuk aku shopping barang merepek atau barang sendiri RM200per month, okeyla tu! Hujung bulan ni tak boleh shopping gini, sebab hendak kena cover barang penjagaan wajahku yang kian menua ini, hiii! Sekian cerita apa-apa tah, tak ada xtvt best, semua going normal routine ja. Alhamdulillah!

Saturday, 21 June 2025

AIDILADHA 1446-2025: Kembali kepada Kenyataan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sambungan percutian ringkas di Melaka. 

Pagi menjelma kembali ke alam nyata kehidupan perlu diteruskan. Disebabkan, adik dan tuan asben akan kembali berkerja seperti biasa pada Isnin-9hb diikuti pula sekolah akan buka pada hari seterusnya, maka marilah kita berbuat apa yang sepatutnya. Aku menyelongkar dapur, mengeluarkan segala isi barang dalam peti sejuk, ada daging burger dan roti burger, rendang mama yang masih berbaki, aku makan satu bun roti berintikan rendang, secawan kopi Aik Cheong- ha'a lepas perut aku saja berikut semua orang belum celik.

Sedang aku duduk mengunyah mama datang menghampiri, dia sudah bersiap cantik. Alamak, kita baru hendak feeling-feeling. Aku membuat keputusan untuk merebus Wow Spageti yang begitu viral di tT, masih ada lagi 5 pek Carbonara dan 4 pek Aglio Olio , aku rebus semua sekali untuk sarapan pagi itu. Sedang menikmati sepinggan, masuk pula adik dan tenteranya, Ina menghampiri membuat keputusan menggoreng daging burger. Redah je la, janji habis semuanya, tidak perlu berhegeh hendak angkut ke sana- ke mari. 

Apartment dikemas sebagaimana asal mula masuk semalam, disuruh turun separuh dahulu semuanya tidak mahu, masing-masing hendak tunggu kesebelasan utama juga bersempitan di dalam satu kotak besi untuk bergerak turun. Hendak selfie pun payah kerana tiada ruang, Ali yang terpaling bongsu pun sudah sama besar saiznya dengan bagasi. Tingkat 2 je pun. 

Siang ini, kita ke tempat malam tadi sekali lagi, untuk bergambar kenangan. Kita kena photoshoot laju-laju kerana kita hanya turun bersembilan tinggalkan pemandu menunggu dalam kereta, kotak parking semuanya penuh, eh jam berapa mereka keluar dari rumah ni? Lagipun, matahari sudah meninggi.




Pabila outfit dipakai mula terasa basah dan orang pun semakin ramai, marilah kita berangkat pulang, tokpapa tu hanya makan sahaja dalam fikirannya. Kami membuat keputusan untuk makan tengahari di Restoran Asam Pedas Osamin, Telok Mas, Melaka. Mujur orang masih belum ramai, jadi kita pilih menu masing-masing sampai stuck barisan di kaunter bayaran. Aku sekali ikut rambang mata, menunya terlalu banyak. Sebelas orang makan harganya tidak cecah RM200.


Kami berpisah selepas makan tengah hari, aku sekeluarga akan sambung berehat di rumah tuan asben dan bertolak balik Sungai Buloh pada awal pagi esok manakala adik akan hantar mamapapa dahulu sebelum pulang ke Pasir Gudang. Aku masih belum habis melepas rindu pada tuan asben plus aku tidak bersedia untuk balik waktu tengah hari begitu seharusnya sampai Selangor hari semakin petang.

Aku mengambil kesempatan mendobi di rumah tuan asben, puas hati apabila tidak nampak baju kotor bertimbun, jemur baju betul-betul bawah dua kipas syiling berpusing laju, terus kering jadinya, hahaa! saja nak try test mesin basuh yang baru dibeli tuan asben lengkap dengan ampaian baju serupa di rumah kita sendiri.

Malam itu, tuan asben bawa kita makan di restoran berdekatan,Tokmer Yong Tau Foo.
"nak makan yong taufu atau ikan bakar?" tanya tuan asben sewaktu hendak bertolak meninggalkan rumah.
"yong taufu" aku menjawab tanpa meminta pendapat daktiga, aku tahu akhir pertanyaan tu memang berbalik pada aku semula. Baik aku jawab cepat-cepat.
Oh dekat saja kedai makannya, aku mengikut tuan asben mengusha berjenis menu bebola, meatball mesti ada, selebihnya aku meminta tuan asben dan daktiga sahaja memilih, banyak sangat rambang pula biji mata dibuatnya. 
Selesai makan, aku mengajak tuan asben kekedai runcit untuk top-up bekalan dalam kereta esok, tuan asben berhenti di KKMart, menjelajah mencari namun tiada apa yang menarik.
"kenapa jajan kedai ni aneh-aneh?" tanya Adli.
"takbestlah umie" sambung Auni. Dan beli juga beberapa ketul gula-gula, aku minta tuan asben cari 7E pula. Barulah meriah bershopping sipiii lagi hendak cecah RM70, daknikaaaannnn!

Tuan asben bawa kita ke Dataran Orang Kampung Merlimau, macam biasa orang Melaka memang suka cahaya, lawa gila. Berkenan betul aku dengan cahaya lampu bentuk ikan dolphin, comey je. Walaupun gelap, kita shoot juga beberapa keping gambar untuk kenangan dan terus balik rumah sambung mengemas bagasi, esok kita berangkat seawal pagi yang mungkin. Tuan asben akan ke tempat kerja jam 8am. 

alhamdulillah cukup makan berlima.

Biasanya dataran ini dipenuhi dengan pelajar politeknik berdekatan.

anak vs emak.

asyik mengemas, walhal ini saja barangnya.

Tiba hari bertolak, aku paling awal bersiap macam biasa, keluar awal sampai Selangor pun awal. Hanya berhenti seketika di RnR Dengkil melepaskan hajat, selepas itu kita teruskan pejalanan sampai rumah, alhamdulillah lancar. Sebaik sampai di rumah, aku terus paksa daktiga mengemaskan kandang Latte, baunya sungguh mencemar alam betul. Masing-masing buat kerja sampai siap, barulah beralih mengemas di dalam rumah pula. Begitulah seterusnya, routine bermula.

Sekian cerita AidilAdha 1446 yang lari dari kebiasaan, mari kita mula menabung lagi untuk percutian seterusnya, mudah-mudahan dipermudahkan.

photo taken by: my beloved husband.
"the quieter you become, the more you can hear."

Friday, 20 June 2025

AIDILADHA 1446-2025: Melaka, Kita Hadir!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mata memasing dah jadi mata pembaris la. Keluarga sepetlah katakan.

Mannequin Challenge?

Pertama kali mereka sampai di Rumah Ladang Berpagar Automatik ni, rumah tuan asben yang terletak berdekatan dengan simpang empat berlampu isyarat. Kami dua kereta, adik memandu ditemani Ina dan tokpapa manakala aku ditemani daktiga juga tokmama. Kecoh betul sewaktu hendak memulakan perjalanan sebaik usai solat Sunat AidilAdha tadi, macam-macam hal hendak sampai ke rumah tuan asben.

1. Ina cari farmasi untuk beli koyok untuk tokpapa sebab sakit belakang.
2. Tokpapa cari kedai makan tapi tutup sebab hari perayaan.
3. Aku, tokmama dan Arrizqi cari tandas sebab nak terkucil sehingga akhirnya kita terus masuk plaza tol berhenti di RnR.

Bekalannya, semua manis belaka.

Dapat juga memasing melepaskan hajat yang kecil-yang besar, tokpapa pun dapat cari air nescaffee nya, habis semua orang dipaksa minum dan makan walhal kita baru sahaja membuang segala isian perut sekejap tadi. Aku hanya duduk mengawasi daktiga dan tempat duduk, hendak apa-apa hanya hulur wang sahaja kepada daktiga, dorang okey ja melayan emak ni tapi cukai dikenakan pun tinggilah juga. Sempat aku mencari Super Ring dan kerepek pisang buat kunyah-kunyah, walhal perjalanan taklah sampai lima jam pun, ahahaaa.

[Gedikejap] Weih, bolehlak kita hugs taknak lepas ea? nak melekat je boleh dak? ghindu nyah! setelah tiga minggu tidak berjumpa dengan tuan asben, rasa macam orang angau. Bengong tui! Kami bertukar driver, aaa barulah terasa disayangi dan terbela, muahahaaa. Berbaloi pakai baju baru, kasut baru, tudung baru, ngehehe! Aktiviti di rumah tuan asben:
1. photoshoot dan video shoot
2. kutip pelam
3. ke tandas lagi

Kita tidak stay di rumah tuan asben kerana aku, Ina dan mama sudah bosan sangat hendak tengok rumah, kitanya semua fulltime housewife tapi punya tabung untuk pergi bercuti, jadi kita booking homestay di apartment Residensi Seri Serindit yang terletak di Bukit Serindit, Melaka. Satu malam RM250 kerana ia dimiliki oleh kenalan Ina, isteri kepada adik aku. Herlok sangat memang ngam-ngam untuk pasukan kesebelasan team bolasepak kami ni. Master bedroom untuk kita berlima, dua bilik lagi untuk adik-Ina dan tokmamapapa memasing.

Aktiviti petang itu: 
1. Makan bekal AidilAdha menu aku dan tokmama ayam tua masak ungkep, nasi impit, rendang daging, sambal tempe ikan bilis dan kuah lodeh, juga lepat pulut dibeli oleh Ina. Sate sudah habis dalam perjalanan kereta team tokpapa dan adik.
2. Adik dan tuan asben bawa team 5A tu mandi pool yang terletak di bangunan sebelah manakala aku, Ina, tokmamapapa cas tenaga, tidur. Best wooo... 
3. Makan dan menonton televisyen sehingga mereka semua balik mandi kolam dan bersiap untuk keluar berjalan.


Sudah namanya percutian kali ini kita hendak berjalan makanya kita berjalan di Uptown Pahlawan Walk. Kami hanya bersepuluh tanpa tokpapa yang masih melayan sakit kepalanya, dia hanya mahu tinggal di rumah sahaja. Aku sudah teruja, boleh dating. Aku-tuan asben. Auni-Akma. Adli-Arrizqi. Ina-tokmama. Adik-Ali. Eheheheee, patut aku dengan tokmama, tapi tu la bila dah jumpa tuan asben, memang aku lupakan semuanya- paipai! 


Layankan-layaaankan.

Jalan punya jalan masuk Jonker Walk berlaga badan, adoi ramai betul umat manusia. Dorang ni tidak beraya ke? eh, cuti semua orang keluar termasuk weols. Memang tidak berhajat langsung untuk shopping bagai, aku sudah mamai. Tangan sebelah dipegang tuan asben sebelah lagi pegang keretapi yang kejap bersambung kejap putus, macam rombongan sekolah. Bila hilang dari pandangan cari adik yang berbadan besar dengan topinya oren, hahahaaa.

"banyak pork la umie" bisik Arrizqi. 
"banyak orang seksi, jauh lagi ke umie?" rungutan si Adli ni buat aku gelak. Adoiii!
"jomla pusing balik, takde apa dalam tu. Sama ja" ajak tuan asben. Dan kita pun berpatah balik semula sempat aku menangkap gambar Wang Yibo. Kitakan cdrama queen.
"korang gi naik beca, Akma-Ali-tokmama. Auni-Adli-Arrizqi. korang? pandai-pandai la, kitorang nak jalan kaki" Ina entah muncul dari mana mengeluarkan arahan. 

Akhirnya aku dengan tuan asben pun naik beca juga, sama pula natang beca tu dengan daktiga, Pika-Pika-Pikachu, hahaaa. Jika aku dengan tuan asben pun berjalan, nanti siapa hendak tunggu anak-anak tu bila sampai, tokmama? tokmama pun dah warga emas kategori kita jaga dia. Lagi ditempat asing begitu, maunya nangis semua.

Tuan asben belanja coklat kunafa untuk aku, itupun si Adli yang nampak. Ikut hatinya hendak diborong semua yang ada di gerai tu namun kutahankan, kitanya cut sugar kononnya. Dia juga membelikan air untuk semua di bawah jagaannya. Sebaik sahaja Ina dan adik sampai, kita terus balik homestay setelah berkali-kali berpusing mencari kedai makan yang beroperasi namun, orang yang menunggu untuk makan lebih muatan kapasiti kedai. Adik dan Ina hanya tapau Nasi campur dan roti canai di Restoran Nasi Kandar Subaidah, alhamdulillah. Sedap juga.


Masing-masing keletihan namun Arrizqi dan tokpapa masih segar bermain board games Sahibba, dedulu aku panggil Scrabble. Tokmama membelek gambarnya yang bukan main banyak di galeri, tuan asben, adik dan Ali-Akma masuk tidur awal, aku dan Ina masih dimeja makan sambil mengemas sampah, sambil berbual. Curhat. Esok kita sudah kena check-out. Team suami kena kembali berkerja pada Isnin, kita tidak jadi stay dua malam. Tidak mengapa, ini pun sudah cukup seronok. Nanti kita deal lagi.

Sebenarnya banyak lagi gambar, aku ambil yang skema je, gambar-gambar penting gitu. Kalau dah semua pegang kamera, gambarnya sama jadi rabun nak memilih. Kisah bersambung pada keesokkan hari, jadi kita sambung entri lain.

Sebenarnya lagi, aku sudah taip alanovel, entah macam mana eh ter'delete' weih, tapi ni pun panjang juga cuma tak jadi la novel. Draft cincai ja. See ya! Bonus lagi.

Adik aku, photoboom tanpa sengaja. Ergh!