Tuesday, 6 May 2025

Setelah 20 Tahun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ni entri show off jap tau, kasi peluang jap hari ni ja.  

Tergelak aku mengenang satu entri hijaucantik ni. Campak belakang: 10 tahun

Setelah 20 tahun tu maknanya umur aku akan jadi 40 tahun, jadi kita campak belakang lagi tahun lepas genap umur aku 40 tahun.

expected.
tak ingat mana dapat apps ni, FB rasanya.

Reality.

Kepada diri sendiri, bermimpilah setinggi langit dan berusahalah sekuat tenaga kerana tiada yang mustahil bagi hati yang tidak pernah menyerah. Berehat boleh namun jangan berhenti. 
Selamat ulangtahun kelahiran diri sendiri. 
Six of May nineteen eightyfour!

Monday, 5 May 2025

Bersidang Rumah Teman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejadian Jumaat yang lepas.

Sambil aku mengemas rumah, sambil memikir kegiatan untuk hari ini, rileks sahaja. Ditambah tuan asben tidak pulang jadi boleh santai-santailah sayangku, pergi mana laju-laju. Kak Hamidah menghantar jemputan ke rumahnya petang nanti.  Selesai solat Zohor, aku terus bersiap untuk ke rumah puan Hamidah.

Dia mengajak teman menunggu anak pulang sekolah untuk ke rumahnya, pembuka bulan Mei. Hujan mula turun sewaktu aku mula memandu, mahu sahaja aku pergi bersama dengan Linda namun entah mengapa, aku hidupkan juga enjin kereta, bukan apa kawasan rumah kak Midah tu amatlah terhad. Aku ni memandu bas mini, dua kali aku pusing kawasan untuk meletakkan kereta.
"'sya, parking depan rumah Sarip, dia takdak kereta" tergelak aku dengar arahan kak Midah. Betul juga, selalunya Sarip ke sekolah dengan kak Midah. Ha'a ye, di manakah Sarip bersekolah sekarang? tiber...

Hujan turun, aku berlari masuk rumah kak Midah, bersalaman dengannya dan Linda sudah sampai bersama kak Isna, aku nampak keretanya di luar tadi. Terus sahaja di ajak ke meja hidangan yang Alhamdulillah penuh semeja, kak Midah memang super power!

Kak Azi menelefonku, kalut dengan suasana dengan riuhnya suara berbual, ditambah bunyi hujan di luar, bingit sungguh. Kak Midah menunggunya di luar pintu rumah, kak Azi masuk dengan Suzana tiba bersama, rumah kak Midah mula penuh, suasana meriuh. Tidak lama kemudian Fajjida datang bersama dengan Nurul, okey nampaknya korum sudah cukup. Ayuh kita!

Aku ulang alik meja makan sebanyak tiga kali, sesekali sahaja menyampuk bercerita, itupun jika di tanya. Kan kami sudah berkumpul sewaktu konvo Arrizqi kali lepas. Usik mengusik, ketawa sehingga melewati waktu Asar. Kami kena pulang, kerana perlu keluar ke sekolah mengambil anak-anak yang akan pulang sekolah. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah, semoga persahabatan kita hingga syurga nanti, jangan lupa tarik saya sekali okey.

aku sangat suka dengan agar-agar sirap tu. addicted!

Nurul, Linda dan Suzana. Hilang mata dak tudung merah tu bila dapat makan.

Sambung lagi, Fajjida, kak Isna, kak Azi dan kak Midah the host.

F.R.I.E.N.D.S
make the world beautiful

Thursday, 1 May 2025

Random Hari Pekerja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

sukanya.

cantik pula pintu tu, ahaaah tiber!

Permulaan Mei, perjalanan muka baru, bermula. Setelah berhempas pulas daripada bulan sepuluh tahun lepas hingga bulan empat tahun ini, siap juga quilling untuk penuh dua lembaran bersaiz A3. Kita masuk lembaran ketiga, semoga tabah dan terus didatangkan idea kreatif yang mencurah-curah. Syukur alhamdulillah.

Celik mata pagi ini, dihidangkan dengan ruang tamu berselerakan, meja makan penuh dengan carikan tisu dan goreng pisang yang tidak bertutup semalaman, masuk ke dapur naaaaaah! dengan bakul dan tapawe makanan kucing bergolek, emak tidur awal malam tadi kesemua anak ambil kesempatan berpesta ria gamaknya.



Aku nak prepare bahan masak, teman-teman si Auni hendak datang melepak hari ini, dorang rindu aku la tu, hahahaaa! dua hari lepas mereka telah mengambil Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (UBBM dan UBBI) untuk Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik (2025) nanti. Auni dan Intan sudah bercerita pengalaman masing-masing untuk kali pertama melaluinya, tajuknya mudah, ideanya banyak namun biasalah bila sudah one by one, face to face siapa aja yang tidak gigil. Kena banyak latihan, kena banyak membaca, kena banyak berinteraksi untuk bina keyakinan - memang bukan aku, ahah! Kejap lagi, jika tiada aral melintang bolehlah aku mendengar cerita Fara, Iman dan Icha (sekiranya mereka jadi datang). 

Auni, Intan, Fara & Icha 1 Mei 2024

Baik, anak kutip kembali membuat onar, marilah kita menjadi tarzan hari ini. 

What's going on my holiday today?

Mak-mak mana ada holiday, kita kerja on as always. Ayuh la kita. Salam Hari Pekerja.