Tuesday, 24 October 2017

ArrizqiQiqi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong! Kejap ye, emak hendak pasang lagu kesukaan- Can you smile: Infinite, sambil menaip entry di bloghijau yang sudah bersawang teruk, menjelang sambutan hari hantu hujung bulan nanti, baiklah kita bersihkan sedikit sawang yang ada.

Hari ini, hari pertama buka sekolah selepas seminggu bercuti- kita Selangor. Masing-masing berat dan liat hendak bangun pagi, kali kedua kejut baru kakak Auni bangun mamai-mamai. Sudah dipesan tidur awal malam tadi, jadi hendak dan tidak kenalah bangun juga. Minggu ini akan bermula minggu peperiksaan akhir tahun, maka dengan emak sekali akan terbabit dengan persediaan kakak Auni ke dewan peperiksaan. Semoga semuanya dipermudahkan- inshaaALLAH. Sementara kakak Auni mandi, emak siapkan milo untuk tigaaskar. Disebabkan gula habis, emak mengirim gula kepada abi Erwandi, sampai hari kedua gula tidak juga tiba. Maka, emak beri wang saku lebih pada kakak Auni untuk minum di sekolah. Dan akan belanja air untuk Adli dan Arrizqi di sekolah nanti.

Selesai kakak Auni, giliran abang Adli pula. Dia ni, manja terlebih. Dia akan bangun bila bau bantal busuknya hilang, bila malam jika dia sedar bantal tiada bersamanya dia akan berjaga, mencari sampai dapat. Memang tidak boleh buat apa, bila sudah kotor berdaki kena pula orang asyik ejek, dia akan tinggalkan pesan untuk emak.
"saya pergi sekolah nanti, umi cuci bantal busuk saya." kalau sudah siap berbaju, emak minta je dia campak dalam mesin cuci pakaian, karang-karang emak jemurkanlah. Basuh tak apa, jangan hilang. Kalau hilang emak sekali jadi mangsa tidak tidur temankan dia- dia tidur berpangku emak. (phew!) ye, perangai enam tahun, itu macam. Pagi pergi sekolah memang emak yang mandikan, hendak tinggal macam kakak Auni- mandi sendiri masa enam tahun, memang habis masa dia termenung atas mangkuk tandas sahajalah. Bazir masa. Sebab lepas abang Adli, giliran Arrizqi pula.

Ini, jika terjaga awal dia akan masuk bilik air dahulu. A to Z, Arrizqi buat sendiri. Mandi dan bersiap, memang emak lepas tangan je, pantau. Adakalanya, kakak Auni akan tolong dia, sebab kakak Auni yang kedua bangun. Kadang-kadanglah jika dia terjaga awal. Kebiasaannya, emak juga yang uruskan sebab kejar masa. Jam 7.10pagi sudah keluar daripada rumah, kakak Auni masuk sekolah jam 7.30pagi. Jadi, emak akan hantar ketiganya pada awal pagi, senang sekali harung tidak seperti awal-awal tahun dahulu. Emak tinggalkan Arrizqi bersiap sendiri dan bersedia untuk gerak.

Lepas hantar kakak Auni, kembali ke jalan yang sama untuk hantar abang Adli dan Arrizqi. Emak ajak abang Adli dan Arrizqi pergi kedai untuk beli air. Tunggu sehingga hampir ke jam 8pagi, dan emak tinggalkan sahaja mereka dengan teacher. Emak balik uruskan rumah. Membersih, membasuh, mencuci, mengemas, bersenamlah emak turun dan naik tangga, mengejar masa. Curi masa update planner, checklist barang dapur sebelum keluar ambil kakak Auni dan Thaqif balik sekolah agama.

Hari ini, emak lega sedikit bila dengar abi Erwandi tawar diri untuk hantarkan kakak Auni dan Thaqif ke sekolah petang pula. Cuaca sangat perit membuatkan kepala emak pun naik pusing, jadi hari ini emak kena sediakan makan tengah hari. Sebelum hantar kakak Auni dan Thaqif, ambil abang Adli dan Arrizqi dahulu. Senyap seketika rumah. Sedang perperang di dapur, terdengar pula enjin tobot masuk ke garaj. Emak berlari membuka pintu, dikhuatiri Arrizqi suka benar menahan hendak buang air. Happy nya Arrizqi balik sekolah, dengan baju sudah keluar, dengan tergesa-gesa hendak buka kasut mulut kepoh hendak bercerita. Tidak sabar-sabar. Dibelakang Arrizqi, abang Adli dengan menjunjung beg sekolah, baju pun sudah terkeluar, hadoiii! sabar sahajalah. Abang Adli memberi salam macam hendak pecah gegendang telinga emak, habis dengar satu taman.
"umi stokin masuk dalam kasutkan, esokkan sekolah lagi." ayat penyata atau ayat tanya, tah. Emak angguk sahaja.
"memangla, cikgu suruh beri salam kuat-kuat, nanti syaitan tak boleh masuk rumah, kan bang kan.?" Arrizqi menjawab sambil mencampak beg sekolah. Dasar anak jantan. Ha... ye le tu, emak mendesis dalam hati. Abang Adli sudah menyorok belakang sofa, adalah tu projeknya. Arrizqi bergegas tukar baju, ambil baju siang di lipatan baju yang belum sempat emak susun dalam almari. Ambil untuk abang Adli punya sekali. Arrizqi campak penyangkut baju untuk abang juga. 
"tukar baju dulu la bang." Arrizqi lagi. Abang Adli sudah berlengging. Arrizqi sudah pun siap tukar baju, menjengah emak di dapur.

"hai umi!" Arrizqi menyapa, emak pandang pintu. Dia main hide and seek. 
"adik kat sinila umi, umi tak nampak adik" dia mengejek aku, rupanya dia di tepi peti ais. Tempat kegemarannya daripada kecil lagi. Arrizqi keluar dengan senyuman penuh gigi. Bergayut di pintu peti ais. 
"hari ni makan apa kat sekolah?" emak bertanya sambil tanga ligat menyimpan bahan-bahan.
"makan donat." abang Adli menyampuk dengan baju masih belum bertukar. 
"umi, cikgu kata tak baik tuang minyak dalam sungai. buang sampah dalam air pun tak boleh, tak baik." Arrizqi mengambil cawan sambil menuang air laici daripada dalam peti ais. Haus, dengan cuaca dan angin yang agak panas.
"belajar pencemaran ye." emak berkata sambil tidak sabar-sabar untuk habiskan peperangan di dapur ini. Sepatutnya, emak masuk dapur lewat sedikit sebab marathon drama kesukaan, namun... hrmmm jadual jadi tunggang terbalik hari ni disebabkan abi Erwandi offday.

Selesai masak, emak menghabiskan lipat pakaian kering pula berikutan bakul baju kotor hampir penuh. Abang Adli sudah pun belayar dengan bantal busuknya. Arrizqi masih lagi bertahan entah kenapa. Selalu, keduanya akan tidur sebaik sahaja tukar baju. Emak biarkan sahaja Arrizqi bermain dengan laptop. Entah bila emak pun ikut abang Adli terlelap.

Emak lega juga bila tidak perlu keluar untuk ambil kakak Auni dan Thaqif balik sekolah petang. Kakak Auni balik dengan emak Danish, Danish akan dijaga emak bila tiba hari Jumaat. Kira give and take la juga. Alang-alang! Emak selesaikan urusan-urusan yang belum habis waktu siang tadi, dan menghadapi waktu malam. Temankan kakak Auni buat kerja sekolah, emak buat task hobbiesart, marilah follow instagram emak @sya2chwimi. Instagram lama, emak jadikan memori tigaaskar sahaja @sya2kids. Emak sudah segan hendak interframe, konon-konon.


Hari pun sudah jauh malam, kakak Auni dan Arrizqi sudah pun tidur, tinggal abang Adli sahaja lagi- dia sudah tidur siang tadi. Emak kena gelapkan rumah untuk beri dia lelap. Esok hendak mula routine pagi lagi. Fighting! Sekian dulu entry emak untuk hari ini. Daaa...
 
Wassalam.


Tuesday, 11 July 2017

Hashtag: sya2kids.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku bangun solat Subuh, Arrizqi bergerak mencari tangan emak dengan mata terpejam, aigooo my hero yang seorang ini, manja terlebih. Entah bila dia berjalan naik bilik, aku tidak sedar. Usai solat, macam biasa mood hari Ahad, bagaikan semua terkena kesan kemalasan emak, memasing berkumpul pakat berguling bawah selimut semula. Auni naik dengan tablet, tidak lama kemudian Adli pula dengan bantal mucuk kesayangan, masing-masing punya perangai. Aku menggomol Adli, Arrizqi sudah berkepit dengan kakakAuni main tablet. Mereka bertiga sudah bagi hint bahawa perut lapa, kami hendak milo, phew!

Selesai aku mandi, tnErwandi pula yang naik, yang tiga tadi sudah hilang turun ke bawah. 
"awalnya bangun? mimpikah?" aku bertanya selamba.
"jom pergi beraya!" eh? hahahaaa betul-betul salah tidur malam tadi ni. Aku jeling jam, baru jam 9 pagi kot, awal benor.
"awal benar nak kuar, rumah belum siap kemas lagi" semalam kawan kami datang beraya, keluar peluh jantan aku masak rendang untuk kali pertamanya. Ok la, rasa ada, bahan apa yang ada, rupanya saja yang tak berapa nak jadi. Jadi dapur memang tunggang terbalik dek berhempas pulas mengerjakan lengkuas. Lepas tetamu balik, aku ignore je. Malas hendak mengemas, aku sibuk dengan hobbiesartproject. 
"nak gi mana? tengok wayang?" entah berupa pertanyaan atau kenyataan. Aku lekas-lekas ok je. Terus bawa baju outing turun untuk di gosok, terus sediakan baju sya2kids dan mengarahkan mereka mandi. Berterabur masing-masing mendengar perkataan panggung wayang, yang  mandi di atas, yang mandi di bawah, yang membebel minta bukakan baju-bilik air ada tiga, bertempiaran teruja. 

Aku baling-baling sahaja yang mana dan, lagi-lagi tnErwandi sudah hidupkan enjin tobot w lagila aku tidak tentu arah, mencari handphone turun-naik-turun-naik tangga, akhirnya jumpa bawah bantal disorok dek Arrizqi. Choih!

Aku juga yang keluar paling akhir walhal mandi yang paling awal tadi, tidak dan pun buat milo. Alamak kasut basah sebab kehujanan waktu hantar Auni petang semalam, sobs! jadi, pakai je la apa yang ada janji bukan selipar. TnErwandi bawa kami bersarapan lebih dahulu macam biasa pilihan anak-anak, roti canai-air milo. Selesai makan, terus ke One Utama.

Tiba di GSC, One Utama memasing termenung, eh! bertuah la kalau termenung, takde maknanya. Sya2kids mana reti duduk diam, menunggu tnErwandi menguruskan urusan peribadi pun dorang meng'paw' emak. Mujurlah perut memasing sudah kenyang, tambah-tambah kedai aras GSC tu tidak banyak. Sempatlah membeli buku untuk Auni dan Adli. 

Masuk sahaja panggung, syukur tnErwandi pilih tempat duduk paling belakang, baru sepuluh minit berlalu, sya2kids sudah resah. 
"umi, selipar adik hilang" Arrizqi.
"umi sejuk, nak selimut" Auni.
"umi nak duduk sebelah umi" Adli.
Hadoiii, emak hendak hilang stres jadi hilang sabar pula dibuatnya. Sampailah tnErwandi sendiri bangun bertukar tempat duduk dan memberi 'ajaran' pada sya2bros yang paling aktif-mereka memang tidak boleh duduk sebelah menyebelah. Setelah 30minit berlalu, Arrizqi sudah tidur. Auni makan habis semua jajan dan paling aku geram Adli sudahpun ajak balik. Haih!

Naik sahaja tulisan penghabisan filem, Adli sudah melompat turun tangga hall. Mata Arrizqi membulat, Auni sudah berkepit berpimpin dengan aku. Aku bangun juga lekas-lekas berikutan anak-anak memang hendak berlarian. Kami berjalan-jalan sahaja, sebelum melangkah balik yang betul-betul. Bila sudah beranak pinak ni, entahlah aku pun tidak tahu apa yang hendak aku beli. Masalah juga, the end aku hanya beli wrapping paper dan dulang di Kaison. Hahahaaa! jadilah, jangankan tidak.


 Hero, yang sorang tu mesti tak duduk diam.

Yang sorang tu lagi...

 Yang sorang tu jugak... haih!
 Gasak, emak da malas.

 What ever...

Kami ke Kelana Jaya untuk menghadiri rumah terbuka kawn tnErwandi, isterinya Edzna kawan aku juga, berstfren daripada semua segi. Aku memang rindu sangat dengan Edzna, dapat pula berjumpa. Tidak makan pun tidak mengapa, janji dapat berjumpa dengan dia. Pulang daripada rumah Edzna, dengan perut kenyang. Mi kari ibu tnIzzat memang mengancam tekak, punyala sedap. Balik rumah, aku mengadap hobbiesart lagi, Isnin perlu diposkan. 

Sekian sahaja cerita yang konon-konon hendak aktif blogging balik semula. Hahahaha! fighting! Nak pi hantaq Auni sekolah dan ambil sya2bros balik daripada sekolah. Daaa...

Wednesday, 17 May 2017

Arrizqi dan pengalaman pertama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😉.

Malam sunyi awal, seorang sudah lena atas sofa, seorang lagi di atas karpet dan seorang lagi masih melayan mata yang hampir terlelap. Pantang cikgu hendak bawa naik bas, semuanya mendengar kata tanpa gagal. Adli-Arrizqi sahaja yang akan naik bas esok pagi, Auni dan aku routine macam biasa sahaja.

Pagi tiba, macam biasa yang bangun paling awal ialah Arrizqi, dia tidak boleh menjadi yang terakhir besiap ke sekolah atau pun ke mana-mana, tantrumnya akan datang membuatkan hati emak sakit di awal pagi. Maka, siapkan dia dahulu. Syukurnya, dia seperti Auni bila bangun pagi, buka baju dan terus ke bilik air. Kadang dia mandi sendiri, kadang emak yang mandikan, biasanya awal pagi ke sekolah, emaklah yang kena untuk mengelakkan waktu setengah jam terbazir macam tu sahaja. Lambat sedikit maka akan beraturlah kereta untuk masuk ke kawasan sekolah Auni nanti.

Pagi ini juga emak perlu meletak kereta di perkarangan sekolah kebangsaan Auni dan berjalan kaki ke sekolah agama, hrmmm emak anak tiga jalan beriringan di tengah-tengah sesak, mujurlah Auni hanya menurut tanpa bantah. Tidak pula dia merengek hendak ikut Adli dan Arrizqi sama-sama naik bas atau merengek penat kena berjalan kaki awal-awal pagi (kebiasaannya hantar sampai depan pagar sekolah) dek kerana emak tidak mahir sangat hendak memandu menongkah arah simpang tiga sekolah agama malah pernah kemalangan di simpang yang sama maka kita jalan kaki sahaja. Bersenam.

Tiba di perkarangan tempat meletak kereta, bas lawatan Adli-Arrizqi sudah tiba menunggu, eh! Awal pula bas kali ini, jadi lekas-lekas sahaja menghantar Auni kemudian menunggu Adli-Arrizqi yang akan bertolak ke Balai Bomba berdekatan. Menunggu bas penuh, macam-macam ragam anak dapat dilihat, comel-comel belaka make me feel wanna hug them so much. Dengan pakaian sukan rasmi sekolah, mereka nampak sangat seragam. Apabila bas telah penuh, mereka bertolak dan emak kembali ke rumah dengan tugas kebiasaan menunggu cikgu text waktu mengambil anak-anak pulang nanti.

Hari Jumaat, boleh lengah-lengah masa sedikit berikutan Auni masuk sekolah petang agak lewat, sedang emak berperang dengan rumah sebaik sahaja mengambil Auni-Thaqif pulang sekolah agama, cikgu Khaida memberitahu bahawa mereka sudah pun bertolak balik. Kerana terlalu sibuk tidak sedar masa yang berlalu. emak keluar semula untuk mengambil Adli-Arrizqi yang turun di hadapan sekolah kebangsaan Auni.  Daripada jauh sudah nampak kelibat Adli yang bagaikan tidak sabar-sabar untuk masuk kereta, ini yang emak bimbang, Adli sangat aktif dan ligat berbanding Arrizqi. Walaupun dia abang tapi perhatian penuh perlu diberikan kepadanya. Emak nampak cikgu Khaida sudah pun memekik, isk la! Kereta emak belum betul-betul berhenti lagi, dia sudah menerkam. Dan macam biasa, emak perlu pasang telinga luas-luas dan tanya seorang demi seorang, pening bila dedua bercerita. 

Emak tanya Arrizqi dahulu, pengalaman pertama Arrizqi naik bas. Budak-budak bila di bawa berjalan, walaupun peluh berjujuran, selagi pengalaman tidak dicerita, mereka tidak akan diam. Bila Arrizqi sudah selesai dengan ceritanya, emak beralih kepada Adli pula.
“bosanla, sama je macam ‘minggu’ lepas, kan abang da pergi” huh! Emak hanya mampu tersengih, ye ini kali kedua Adli pergi melawat balai bomba, bila emak kata abang tak payah pergi, kasi adik sahaja yang pergi, dia menjawab.
“nanti siapa nak jagakan adik?” errr… ok. Memang diakui oleh cikgu Ain dan Khaida, Adli… bila di sekolah dia sangat brotherhood, dia protect adik sangat dan aku tahu juga bila Arrizqi ni, ikut mood kalau dia ok dengan abang, dia baiklah. Bila sebaliknya, ya ampun… emak hendak jadi Ultraman rasanya bila jadi pengadil tidak dipedulikan, cis!

Tiba di rumah, mereka terus sahaja tidur sebaik sahaja menukar baju, keletihan. Tidak lama kemudian, emak perlu keluar semula untuk menghantar Auni dan Thaqif ke sekolah kebangsaan pula-bukan last trip, phew! Mujur ada abi Erwandi untuk menunggu di rumah. Jika tidak, terpaksa jugala emak angkut Adli-Arrizqi campak dalam kereta. Emak betul-betul tak rasa yang surirumah ni, betul-betul suri dalam rumah, bahkan emak rasa kerja emak macam tidak berhenti sahaja, adeih! Whatever pun, emak happy bila anak-anak happy dan sihat sentiasa.

Album:
The best education you will ever get is traveling. Nothing teaches you more than exploring the world and accumulating experiences.



 Elok pula dua-dua sedang minum air.


 Dah ramai-ramai, emak memang tak dapat nak cam anak sendiri.

Jadi, lepas ini kita cerita tentang kakak Auni pula, entah berapa lama masa emak hendak menaip entry akan datang nanti, jumpa lagi, daaa 😙.