Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeong! Kejap ye, emak hendak pasang lagu kesukaan- Can you smile: Infinite, sambil menaip entry di bloghijau yang sudah bersawang teruk, menjelang sambutan hari hantu hujung bulan nanti, baiklah kita bersihkan sedikit sawang yang ada.
Hari ini, hari pertama buka sekolah selepas seminggu bercuti- kita Selangor. Masing-masing berat dan liat hendak bangun pagi, kali kedua kejut baru kakak Auni bangun mamai-mamai. Sudah dipesan tidur awal malam tadi, jadi hendak dan tidak kenalah bangun juga. Minggu ini akan bermula minggu peperiksaan akhir tahun, maka dengan emak sekali akan terbabit dengan persediaan kakak Auni ke dewan peperiksaan. Semoga semuanya dipermudahkan- inshaaALLAH. Sementara kakak Auni mandi, emak siapkan milo untuk tigaaskar. Disebabkan gula habis, emak mengirim gula kepada abi Erwandi, sampai hari kedua gula tidak juga tiba. Maka, emak beri wang saku lebih pada kakak Auni untuk minum di sekolah. Dan akan belanja air untuk Adli dan Arrizqi di sekolah nanti.
Selesai kakak Auni, giliran abang Adli pula. Dia ni, manja terlebih. Dia akan bangun bila bau bantal busuknya hilang, bila malam jika dia sedar bantal tiada bersamanya dia akan berjaga, mencari sampai dapat. Memang tidak boleh buat apa, bila sudah kotor berdaki kena pula orang asyik ejek, dia akan tinggalkan pesan untuk emak.
"saya pergi sekolah nanti, umi cuci bantal busuk saya." kalau sudah siap berbaju, emak minta je dia campak dalam mesin cuci pakaian, karang-karang emak jemurkanlah. Basuh tak apa, jangan hilang. Kalau hilang emak sekali jadi mangsa tidak tidur temankan dia- dia tidur berpangku emak. (phew!) ye, perangai enam tahun, itu macam. Pagi pergi sekolah memang emak yang mandikan, hendak tinggal macam kakak Auni- mandi sendiri masa enam tahun, memang habis masa dia termenung atas mangkuk tandas sahajalah. Bazir masa. Sebab lepas abang Adli, giliran Arrizqi pula.
Ini, jika terjaga awal dia akan masuk bilik air dahulu. A to Z, Arrizqi buat sendiri. Mandi dan bersiap, memang emak lepas tangan je, pantau. Adakalanya, kakak Auni akan tolong dia, sebab kakak Auni yang kedua bangun. Kadang-kadanglah jika dia terjaga awal. Kebiasaannya, emak juga yang uruskan sebab kejar masa. Jam 7.10pagi sudah keluar daripada rumah, kakak Auni masuk sekolah jam 7.30pagi. Jadi, emak akan hantar ketiganya pada awal pagi, senang sekali harung tidak seperti awal-awal tahun dahulu. Emak tinggalkan Arrizqi bersiap sendiri dan bersedia untuk gerak.
Lepas hantar kakak Auni, kembali ke jalan yang sama untuk hantar abang Adli dan Arrizqi. Emak ajak abang Adli dan Arrizqi pergi kedai untuk beli air. Tunggu sehingga hampir ke jam 8pagi, dan emak tinggalkan sahaja mereka dengan teacher. Emak balik uruskan rumah. Membersih, membasuh, mencuci, mengemas, bersenamlah emak turun dan naik tangga, mengejar masa. Curi masa update planner, checklist barang dapur sebelum keluar ambil kakak Auni dan Thaqif balik sekolah agama.
Hari ini, emak lega sedikit bila dengar abi Erwandi tawar diri untuk hantarkan kakak Auni dan Thaqif ke sekolah petang pula. Cuaca sangat perit membuatkan kepala emak pun naik pusing, jadi hari ini emak kena sediakan makan tengah hari. Sebelum hantar kakak Auni dan Thaqif, ambil abang Adli dan Arrizqi dahulu. Senyap seketika rumah. Sedang perperang di dapur, terdengar pula enjin tobot masuk ke garaj. Emak berlari membuka pintu, dikhuatiri Arrizqi suka benar menahan hendak buang air. Happy nya Arrizqi balik sekolah, dengan baju sudah keluar, dengan tergesa-gesa hendak buka kasut mulut kepoh hendak bercerita. Tidak sabar-sabar. Dibelakang Arrizqi, abang Adli dengan menjunjung beg sekolah, baju pun sudah terkeluar, hadoiii! sabar sahajalah. Abang Adli memberi salam macam hendak pecah gegendang telinga emak, habis dengar satu taman.
"umi stokin masuk dalam kasutkan, esokkan sekolah lagi." ayat penyata atau ayat tanya, tah. Emak angguk sahaja.
"memangla, cikgu suruh beri salam kuat-kuat, nanti syaitan tak boleh masuk rumah, kan bang kan.?" Arrizqi menjawab sambil mencampak beg sekolah. Dasar anak jantan. Ha... ye le tu, emak mendesis dalam hati. Abang Adli sudah menyorok belakang sofa, adalah tu projeknya. Arrizqi bergegas tukar baju, ambil baju siang di lipatan baju yang belum sempat emak susun dalam almari. Ambil untuk abang Adli punya sekali. Arrizqi campak penyangkut baju untuk abang juga.
"tukar baju dulu la bang." Arrizqi lagi. Abang Adli sudah berlengging. Arrizqi sudah pun siap tukar baju, menjengah emak di dapur.
"hai umi!" Arrizqi menyapa, emak pandang pintu. Dia main hide and seek.
"adik kat sinila umi, umi tak nampak adik" dia mengejek aku, rupanya dia di tepi peti ais. Tempat kegemarannya daripada kecil lagi. Arrizqi keluar dengan senyuman penuh gigi. Bergayut di pintu peti ais.
"hari ni makan apa kat sekolah?" emak bertanya sambil tanga ligat menyimpan bahan-bahan.
"makan donat." abang Adli menyampuk dengan baju masih belum bertukar.
"umi, cikgu kata tak baik tuang minyak dalam sungai. buang sampah dalam air pun tak boleh, tak baik." Arrizqi mengambil cawan sambil menuang air laici daripada dalam peti ais. Haus, dengan cuaca dan angin yang agak panas.
"belajar pencemaran ye." emak berkata sambil tidak sabar-sabar untuk habiskan peperangan di dapur ini. Sepatutnya, emak masuk dapur lewat sedikit sebab marathon drama kesukaan, namun... hrmmm jadual jadi tunggang terbalik hari ni disebabkan abi Erwandi offday.
Selesai masak, emak menghabiskan lipat pakaian kering pula berikutan bakul baju kotor hampir penuh. Abang Adli sudah pun belayar dengan bantal busuknya. Arrizqi masih lagi bertahan entah kenapa. Selalu, keduanya akan tidur sebaik sahaja tukar baju. Emak biarkan sahaja Arrizqi bermain dengan laptop. Entah bila emak pun ikut abang Adli terlelap.
Emak lega juga bila tidak perlu keluar untuk ambil kakak Auni dan Thaqif balik sekolah petang. Kakak Auni balik dengan emak Danish, Danish akan dijaga emak bila tiba hari Jumaat. Kira give and take la juga. Alang-alang! Emak selesaikan urusan-urusan yang belum habis waktu siang tadi, dan menghadapi waktu malam. Temankan kakak Auni buat kerja sekolah, emak buat task hobbiesart, marilah follow instagram emak @sya2chwimi. Instagram lama, emak jadikan memori tigaaskar sahaja @sya2kids. Emak sudah segan hendak interframe, konon-konon.
Hari pun sudah jauh malam, kakak Auni dan Arrizqi sudah pun tidur, tinggal abang Adli sahaja lagi- dia sudah tidur siang tadi. Emak kena gelapkan rumah untuk beri dia lelap. Esok hendak mula routine pagi lagi. Fighting! Sekian dulu entry emak untuk hari ini. Daaa...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment