Aku, dia dan she chapter seterusnya.
Hari dinanti tiba juga, hari yang di leretkan menjadi satu tempoh menerima, mencari, menyerahkan, meluah segala perasaan, membulatkan hati dengan tekad, sebenarnyalahkan, aku sudah mula menerima hakikat begini dan begitu, cuma yang membuatkan aku lemas adalah rasa cemas aku tidak boleh menyusun ayat depan hakim nanti, itu ja.
Aku bersiap awal pagi, mengumpul sisa emosi yang masih ada, come-on Syasya, rela dan tidak kau kena hadap juga, kita mengadu dahulu pada Allah swt, berdebar? hrmmm, biasa je, aku tidak kalut sangat dengan daktiga yang sudah tempah tiket awal tidak mahu ke sekolah, hanya pada Arrizqi ku beritahu kami ke mahkamah.
Kita ambil she dulu di hotel berdekatan, lamanya tak jumpa dengan she. Rindu. Bersalaman dan bergerak cari tempat bersarapan berdekatan dengan masjid supaya mudah ke tandas lepas makan nanti. Aku berpelukan dengan she sebaik sahaja turun kereta, ketawa. Bergandingan di ekori tA menuju kedai makan bukan mamak seperti sebelum ni. Aku tanak bau mamak.
Selesai makan, weols mencari tandas seperti, aku beri ruang pada she untuk menghadam keadaan, beginilah situasinya nanti-nanti jika rezeki berjodoh. After that terus ke mahkamah, haaa mulalah shaking sana dan sini, tangan dan kaki. She start 1st, macam manalah aku tidak ikut shaking sama. Namun disebabkan aku dah simulasi dengan chatgpt, kita fokus soalan hakim je la nanti makanya ada sedikit ketenangan. Hari ni terus masuk dewan bicara, kes weols kes pertama akan disebut. Namun, hendak mula bicara tu punyalah lama, aku tengok peguam yang bertugas dah macam puzzle, masuk pintu kiri keluar pintu kanan, masuk pintu kanan keluar pintu depan, masuk pintu depan keluar pintu belakang, hakim masih juga belum sampai.
Hampir 10pagi hadirin diminta semua bangun pabila sosok seorang lelaki agak berusia menempatkan dirinya di tempat hakim. Fuh, kali pertama kena bicara saman untuk kebenaran berpoligami, tidak pasal-pasal. Nama tA dipanggil diikuti dengan aku. Semua mata fokus to us, aku fokus hakim je la, tA di sebelah. Kitanya kali pertama, giliran pertama pula, soalan pertama belum habis dijawab tA diperli hakim kerana tidak berdiri semasa menjawab soalan, lah~
Hakim tanya tentang, pekerjaan dan agihan pendapatan, tentang rumah sekarang sewa atau beli, juga kenderaan persendirian yang dimiliki, bersambung dengan agihan pendapatan untuk anak-anak, juga isteri sedia ada (aku). Semua tuntutan tu memang tA belum pernah gagal untuk bagi/sediakan setiap bulan. Alhamdulillah. Habis sesi dengan tA, soalan beralih kepada aku, aku berdiri dengan muka biasa je, depan aku afidavit kes yang memang tA sediakan untuk aku ulangkaji buat hilang rasa gementar.
hakim: isteri? ada apa-apa tentangan dengan poligami? Aku blur, ni macam mana aku hendak jawab? aku pandang tA lekas aku teringat chatgpt malam tadi.
aku: tiada masalah.
hakim: berkerja?
aku: tidak
hakim: sejak bila jadi surirumah?
aku: almost 15tahun. Aku dengar tA bisik kat aku, apalah disuruh aku matematik kat situ.
hakim: ada masalah dengan belanja?
aku: tiada masalah.
hakim: ok boleh keluar tunggu dan berehat. Hakim halau aku macam tu ja, haih~
hakim: bakal isteri ada ke? aku bangun dan pass semangat dengan she pula. Makin tergamam orang dalam mahkamah tu. Tidak lama aku di luar, tA dan she keluar mendapatkan aku, kita berpelukan lagi. Lega. Aku rasa dah macam dah selesai presentation pun ada.
Aku mendapatkan ceritanya pula, soalan yang hampir sama cuma tambah beberapa soalan lain, tentang walinya, tempat tinggal sekarang, dan pekerjaannya. Aku ketawa mendengar cerita she tentang dua tiga hadirin bercakap tentang weols aka akcik bawang, hahahaa lebih tergamam bila she bangun as bakal isteri tA. Agaknya hakim pun serbasalah macam mana nak buat dengan kes weols ni, melihat weols boleh get together begini dengan tanpa peguamnya. Jadi, keputusan akan keluar pada 12hb Oktober nanti.
![]() |
| let's we go through together. may ALLAH ease everything for us and for all. |
Aku? okey je. Aku sendiri sudah yakin dengan mana-mana keputusan pun, InShaaAllah I can. Allah swt ada. Aku memang sudah berserah semuanya pada Allah swt. Bahagian aku dah selesai, lepas result nanti antara she dengan tA sahajalah. Ada hari kita strong, ada hari kita tak strong, asalkan masih punya nyawa, kita bersyukur. Terima kasih atas sokongan dan doa teman-teman di sini. Mana yang baik jadikan tauladan ok, yang kurang baik jadikan pengajaran. Semua orang hendak yang terbaik. Spread love.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

8 comments:
Awak!!
Kita ni speechless tau.mampu baca sekali napas pastu x tau nak cakap apa kat awak. Sebab awak terlalu tenang setakat ni.
Kita hanya mampu tersenyum bila tgk awak tersenyum .. you're not alone cha.. ramai yg sayang cha sbb kami tau cha seorang yg sangat kuat sbb tu DIA pilih cha utk tempuh semua ni.
Apa pun keputusan, senyum dan proud of urself!! #tepukbahucha
Setiap orang ada ujian yang tersendiri. Apa yang mampu dikatakan. Semoga tabah, redha dan sabar menghadapi apa jua yang mendatang. Yang dah lepas kita dah tak boleh U-Turn. Keep strong!
Tertanya2 kenapa TA nak tambah isteri ye? Macam rare juga kes ni. Tak pernah tau pulak kalau isteri izinkan poligami pun kena naik mahkamah. Semoga baik2 je Cha. Kuatnya Cha hadap semua ni.
Semoga dipermudah segala urusan sis...
Linda kurang mahir dengan kata²..
Just hugs from far.. ❤️❤️
kakRetna: thank you so much sista~ usah tolong fikirkan apa, mengapa dan bagaimana, just buat macam biasa ja. so far, i'm okey alhamdulillah.
abg shaizhar: betul, yg dibelakang biar jadi sejarahnya. InShaaAllah everything okey.
cie: cie... can we skip about it? let us keep it for ourself, can we? inshaaAllah kuat, biar rebah banyak kali tapi kita perlu move-on. ujian datang, kena betul-betul cari ibrah dan hikmahnya. doa ialah senjata orang beriman. kita belum tahu apa akan jadi akan datang.
linda: amiiin, mekaseh sista~ 💞🫂
Post a Comment