Tuesday, 3 February 2026

Jabal Nur: Gua Hirak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Lepas Isyak, kita dan family bergerak ke Jabal Nur, iya malam. Kerana sepanjang siang tadi, hanya lalu dan melihat di kejauhan sahaja. Tiga pilihan:
1- Panjat Jabal Nur.
2- Jalan-jalan cuci mata kat bawah.
3- Masuk muzium.

Aku berkira-kira, ada ke yang hendak panjat malam-malam begini, mari aku ikut sekali. Hendak try tahap mana stamina yang ada. Aku bergerak dengan Zahida dan ibunya. Nampak anak YB yang empat orang di depan, tidak lama nampak Shazwi memotong. Eh? Daki punya daki, Shaza datang menghampiri, laju betul dakni, orang mudakan?

Untuk aku, ada dua jalan hendak daki bukit ni, satu jalan bukit satu bertangga. Dengan Zahida sampai cafe yang pertama sahaja, aku pakai crocs jadi licin dengan jalan bukit yang berpasir. Tangganya pun berpasir, cuma lebih selamat banding jalan bukit. Kugagah-gagah juga untuk sampai ke cafe tu. Hendak ku raba naik ke atas lagi rasanya, mampu jika siang, malam ni aku risau kakiku jelly sewaktu turun semula nanti. 

Sejenis overthinking, cara berfikirnya memang advance. Namun aku cuba juga menyelami pengorbanan Saidatina Khadijah menemui Nabi SAW ketika berkhalwat di Gua Hirak. Selesai mengabdi photo-photo pemandangan, aku berjalan turun sambil berbual dengan Zahida dan ibu. Macam-macam di interviewnya.
"Syasya ramah, senyum je. Ibu tengok gembira je" ibu setiap kali jumpa dengan aku. Aku rasa macam dah terbalik dengan Zahida, Zahida lebih muda dari aku tapi dia jaga aku macam dia jaga ibu. 
"Syasya, kalau nak p mana-mana nanti, meh la kita p sama-sama. Kita okey ja" ujarnya bila aku cerita aku akan pergi tawaf dengan jemaah travel lain pagi nanti. Aku, okey ja.
"ibu, Zahida saya ni 42tahun tau, okey je la. Segan tau dilayan begini setiap kali" jelasku.
"Syasya muka macam baya-baya Syaza. Macam budak sekolah" adoiii, 2026 gais. Syaza ye la baru lepas SPM. Waktu berjalan turun ni ada dua tiga kejadian jemaah jatuh, ada seorang yang jatuh, sikit lagi kena aku yang sedang berjalan, Zahida lebih pantas tarik aku kepadanya. Dia pegang aku meskipun aku pegang pemegang tangga. Alhamdulillah. Mungkin kaki dah letih sangat, jadi macam tidak rasa.

Ayah Hud merupakan yang pertama sampai di puncak, tidak lama kemudian Shazwi dan Shaza juga sampai. Anak YB yang berempat tadi paling awal berpatah pulang. Kita, Zahida dan ibu sampai cafe je, tinggi juga cafe tu kata Ustazah Aini.

Ambil vibes, dapat snap photo pemandangan malam MasjidilHaram, cantik sangat. Sempat jalan-jalan di bawah Jabal Nur, vibes bawah tu macam bangunan Premium Outlet, haaa~ nampak have-have. Kitorang semua dok mencari kedai serbaneka yang jual macam-macam jenis air. Semua benda aku beli, coklat adalah kemestian.

Tuan asben dengan ustaz siap makan nasi unta di situ lagi, dia sudah masuk geng ustaz Ishak dan ustaz Amin. Aku sudah letih hanya nampak bantal dan tilam saja. Sampai di bilik, aku terus makan minum dan rest. Kejap lagi aku hendak ke masjid, untuk tawaf sunat dengan kakJannah dan kakLin seperti semalam.

Pagi itu aku turun lagi dengan semangat, sebelum aku mulakan tawaf, aku ambil air zamzam dahulu. Berniat tawaf sunat dipesan berkali oleh kakJannah kerana kakJannah dan kakLin akan niat tawaf wada' mereka akan meninggalkan masjidilharam, huaaa~. Pusingan satu, dua, tiga, empat masih boleh follow group travel mereka berdua, pusingan seterunya jemaah kian ramai, aku pilih jalan terus habiskan sampai tujuh pusingan sendirian. Aku fokus, buku nota, doa, lantai dan Kaabah di sebelah kiri. Ini kali air mata seperti tidak boleh berhenti turun, aku doa sungguh-sungguh, habis sahaja tawaf aku cari tempat di mataf untuk solat sunat tawaf sekaligus tunggu Subuh.

Aku dapat tempat atas karpet, sebelah dak Turkey dapatlah tengok Kaabah sipi-sipi. Lepas tawaf sunat tadi, aku memang ikut kaki sahaja untuk cari tempat, cepat betul area mataf ni penuh. Aku tidak cam pun aku keluar pintu mana satu, sebab aku tidak ambil risiko keluar pintu sama dengan pintu masuk tadi, jemaahnya berbondong-bondongan, jadi kena sabar lebih part hendak melepasi jemaah berkumpulan, phew~

Duduk sebelah lagi teman dari Malaysia, kakSadiah? kakSalbiah? entah aku lupa namanya mana satu. Aku tegur dia dulu, kufikir dia Indonesia, haaaaargh~. Dia pun jenis sempoi, borak macam bestie dia bawa aku keluar lepas solat Subuh. Nah~
"hotel kak depan ni ja" gate 79. Aku? berpusing jugaklah. But okey, let's video kerenah jemaah yang berpusu dengan aktiviti masing-masing. Best, dengan suasana pagi, dengan kesibukkan jemaah, dengan segak dan garangnya askar bertugas. Semuanya bergerak. Owh, pagi ini kita pergi berziarah lagi, ustaz kata nak balik kampung dan pergi shopping, ihiks~ ajoms.

Photo kredit kepada Ayah Hud. He share for us.

Photo from ayah Hud too.

Saujana mata memandang ye.

Koleksi saya, cantik betul. Yang sampai cafe je tadi.

Sebahagian lain, rasa taknak turun.


Family

Aku tak tahu datang mana tenaga tu, biarpun terasalah barainya tapi masih juga hendak ke masjid dan berjalan. Alhamdulillah~

Siyes yang ni memang lupa nama dia, thank you kak bawa saya keluar pintu jauh, huahahaa~

Salam Nisfu Syaaban, terima kasih tidak jemu singgah sini. Kita sambung cerita perlahan-lahan okey, sambil mengubat hati sekali ni.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

2 comments:

Kakmim said...

Subhanallah... cantiknya pemandangan... yang pernah ke sini pasti rindu selalu menjengah kan?

adnil linda said...

InsyaAllah..bila sampai Tanah Suci..auto sihat dan bersemangat...