Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mengalami perubahan masa memang memeningkan tambahan bila kena adaptasi dengan waktu yang singkat. Kena pula udara sejuk kering, bukan lagi rasa nyaman malah rasa menyucuk menusuk kulit muka dan hidung. Pedih.
Pagi di Toif, tidur-tidur ayam je la, luggage pun tidak turun dari bas, kita just bawa handcarry berisi baju ganti dan pakaian solat sahaja. Aku berdua dengan tuan asben, makanya bilik pun berdua sahaja. Honeymoon mode gitu. Tuan asben ajak turun bawah, hotel sediakan sarapan pagi, kita akan menziarahi Kota Toif dan terus bergerak ke Mekah nanti. Bermulalah menu tekak Arab, aku ni sejenis ambil menu simple, kopi dengan roti seperti capati tapi aku makan dengan butter dan jem stoberi. Macam pelik? entah, aku cari kuah cecah ala Malaysia, memang tak adalah kan? Janji kenyang sudah.
Naik bilik, terus berkemas untuk check-out. Kali ini aku dan tuan asben selalu jadi paling awal, menunggu ahli keluarga yang lain. Tuan asben tu kan ada extra habit sikit, tu yang kena stanby. Kemana kita?
Ahli keluarga Mursyid Alharamain (MAHM) Travel and Tours, pakej Umrah Premium Ekonomi Khas tidak begitu ramai, kami hanya ada 3 buah keluarga besar, 3 pasang couple, 1 kanak-kanak dan 3 orang mutawwif menjadikan kami mesra dalam waktu yang singkat, dapat pula mutawwif yang super sporting, udah macam rombongan kekanak riang saja. Walaupun terdapat beberapa orang senior yang sudah pernah haji dan umrah namun mereka hanya senyum merai kebersamaan kita. Love.
Sewaktu dalam bas, Ustaz Amin bukan sahaja main peranan as mutawwif malah dia menjadi ketua rombongan, selain bercerita tentang sejarah dan sirah Rasululullah, Ustaz Amin juga kaki mengusik, ada sahaja dia menggelar nama pangggilan setiap ahli keluarga, menjadikan nama panggilan tu melekat sampai ke balik. Kita singgah di Pasar Buah Toif, turun sahaja bas kami diserbu penjual sekitar. Perebutan pelanggan berlaku, aku dengan tuan asben huru hara jadinya. Aku hendak ambil gambar, yang tuan asben diheret ustaz untuk rasa semua buah yang tiada di Malaysia manakala yang penjual galak mempromosi kedai masing-masing.
Aku hanya beli buah kaktus dan mangga, dipaksa oleh ustaz dek asyik kata sedap. Lain-lain buah, sama sahaja dengan di Malaysia. Sekian drama di Pasar Buah, perjalanan diteruskan ke Kereta Kabel Al Hada, tiada dalam tentatif namun undian ramai hendak pergi plus add extra payment, maka marilah. Bas kita yang pertama sampai di stesen nan tinggi itu. Aduhai, sesi gayat hendak bermula, I kenot. Namun... bila lagi.
Angin sejuk menyerbu, pakaian semua tebal belaka. Aku dan tuan asben satu kabin 6 orang. Elok pula ye, hahaaa~ Ngam-ngam ja. Sudah turun, iyalah naik pula. Kita hanya memuji-muji keindahan sekitar yang memang cantik. Tiada kehijauan namun masih natural. Jadi, selesai berphoto kenangan, kita makan tengahari ni kebun Ros. Makan nasi dalam talam, sedap sangat. Mungkin lapar? mungkin sejuk? masa inilah aku mula rapat dengan kak Hajar. Kami berdua kapel pencen, ihiiii~ daripada kekok berbual sampai habis nasi satu talam. Nasi macam nasi kenduri dengan ayam perap, sambal arab, cili dan bawang. Kick lagi sambal belacan, patutlah ustaz berkali pesan jangan lupa bawa sambal belacan sendiri. Suami kakHajar order sate unta, hrmmmm~ for me liat sikit dan perapan tu tidak menusuk sangat ke dalam isi daging namun onz je la. Telan.
Usai makan, kita masuk kilang minyak wangi, jalan-jalan, beli coklat dan berphoto terus berangkat ke Bandar Toif. Turun sahaja bas, melihat keriuhan sekitar, mengingatkan aku pasar lambak atau bazar karat di Malaysia, mereka berjualan begitu sahaja di lambak atas jalan, ada juga berjualan menggunakan kerusi roda, haaa macam tidak terfikiran pula aku, bila tengok sendiri mudah juga untuk pergerakkan. Aku agak tidak selesa dengan situasi mereka yang berjualan asyik dok mengekori kita, selagi tidak beli selagi itulah dia memujuk.
Ustaz mengajak tuan asben beli madu, lama sangat menunggu dia aku ikut cubit makan roti madu milik Shaza, mereka sekeluarga ramah mengajak aku makan melihatkan aku terkapai keseorangan. Aku juga ambil kesempatan solat sunat di Masjid Abdullah bin Abbas. Punyalah berpusing mencari tempat wudhu, alih-alih aku seorang je yang solat sunat di situ. Janji tinggal kenangan. Abdullah bin Abbas ialah sepupu Rasulullah yang digelar Informan Umat Islam. Boleh baca
Kenali Abdullah bin Abbas. Aku hanya dengar Ustaz Amin cerita, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, mata melilau memerhati sekeliling. Selesai kenangan di Kota Toif, kita bergerak ke tempat Miqat Qarnul Manazil untuk Umrah Wajib malam nanti.
 |
| Pagi yang cejuks. |
 |
| Buah kaktus, rasanya? lembik buah naga, biji macam markisar. Tapi aku rasa biji tu more tu biji jambu batu, aku telan je la semua. Kulit dibuang siap. |
 |
| Team Omi. Omi. KakFara, KakSaz, Shaza dak kecik & Shazwi Boi. |
 |
| Yadaaa-yadaa~ |
 |
| Hijau sikit ja. |
 |
| Family 7 January 2026. |
 |
| Geng couple. |
 |
| Family again: Ladang Rose. |
 |
| Mutawwif kita: Ustaz Amin. |
 |
| Bertawaf saya cari tempat wudhu. |
 |
| See, gitu je dorang berjualan. |
 |
| Oh oh ti di la sangat. |
14 comments:
Assalamualaikum Cha...lamanya x baca catatan Cha..dh balik ke belum ni?
Baru tau pasal buah kaktus tu.
1st time tgk buah kaktus..uniknya! teringin nya nak visit ladang rose..zmn2 dulu, tak de pun itinerary visit to rose farm tu (MZ gi umrah many2 years ago..dh lebih 10 tahun yg lps pun)
Wahh menarik, 1st time tahu ada buah kaktus.
Dalam keadaan macam ni pon kau masih mampu menulis ya.. hebat
Semoga dipermudahkan segala urusan
kakakSA: wa'alaikumussalam kakak. balik 18hb haritu. skrg tengah nak adapt new routine. hihiii~
Cie: SubhanaALLAH Cie, ustaz tu dok promosi drpd dlm bas sampai naik bas semula. Weols cuma curious je, rupanya pokok kaktus ada buah.
Mama Zharfan: masa weols sampai, pepokok ros ni togel ja, daun pun jarang-jarang, bunga langsung tak ada. musim sejuk kan? kilangnya pun, dah tak berfungsi. Just ada mesin dan perkakasan utk pameran.
Faa: Kaaan, kat Cameron pun cam takde buah kaktus ni. Kak tak sangka ianya boleh dimakan, ihih~
empty space: maceh bestie. menulis tanpa rasa.
Cable Car di Toif tu belum ada rezeki lagi nk cuba.. moga ada peluang jika ke sana lagi.. buah kaktus sedap suka makan masa belajar dulu.. 😅
Time Traveller: Kitanya gayat, tapi pemandangan tu gitu je. Masa turun tu steady, masa naik tu eh? tetiba la nak gayat. Walhal lalu je tempat turun tadi.
yg saya suka dari thoif krn cuaca sejuuuuuk, saya nih kan jenis yg tak kuat panas ;D..
toko buahnya juga segar2.. dulu saya beli delima saja, sebab besar2 dan manis.. sempat bawa jkt juga :D
sayangnya tak beli rose parfume, memang lagi tak tertarik... dan lagipun saya tak suka juga kalau diikuti oleh sales assistant saat masuk toko... apalagi dipaksa beli.
fanny: kaaan, part dia ikut tu rasa alaaa~ tak dan nak memilih lama-lama. angin toif sejuk menusuk.
Post a Comment