Friday, 13 February 2026

Empat Masjid dan Makan Malam Keluarga.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari ke-9: 15.01.2026 Khamis 26 Rejab 1447

Hari ni, kita santai-santai melawat sekitar Masjid Nabawi. Masjid ni sangat besar ada banyak pintu gate, luar sekeliling masjid terletaknya pelbagai jenis hotel. Di bawah hotel, terdapat lot-lot kedai untuk bershopping. Kedai hadiah, kedai minyak wangi, kedai makan, kedai jubah dan lain-lain lagi, di satu sudut ada deretan kios-kios kecil yang menjual pelbagai barangan viral, boleh tengok vtt ada banyak, namun tuan asben kan, bukan kegemaran dialah untuk menjelajah jika bukan ada kepentingan. Dia tak macam kita suka berjalan.

Walaupun ada banyak pintu gate tapi yang femes bagi kita, hanya pintu 333 dan 338 hahaaa~ 338 masa kita stay Concorde. Bila dah pindah Province, almost guna 333 mudah sebab tengah-tengah, tuan asben pun akan tunggu di situ jika dia keluar lebih dahulu. Isterinya biasalah, beramah mesra nombor satu.

Waiting family, suka la pakai camni. Kenal kita yang mana satu?
Wah tuan-tuan aji family kita. 
Lepas Subuh kita bersarapan dan menunggu family lain bersiap. Tema hari ini jubah putih untuk lelaki dan jubah hitam berpurdah untuk perempuan. Malam tadi temankan tuan asben cari jubah, bertembung dengan Omi cari jubah hitam, aku beli purdah siap-siap. Mujur jubah hitam aku sudah siap di dobi. Saja. Jom kita mula berjalan.

Tsaqifah Bani Saidah
Pepokoknya jarang-jarang, rasa seperti mereka hendak bela yang baru.
Eh, ustaz ni...sempat ye?
Taman berhampiran Masjid Nabawi ni, dahulunya tempat bermesyuarat kaum Ansar dan kaum Muhajirin selepas wafatnya Rasulullah SAW. Ia juga menjadi saksi perlantikkan Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah yang pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW. Ustaz cerita, namun suasana tu buat Syasya melamun jauh, apatah lagi melihat sekawan merpati diusik jemaah yang lalu lalang di situ. Best~

Suq Al Manakhah
Tempat pertumbuhan ekonomi juga pusat mengembangan Agama Islam, tempat berniaga-berjual beli seperti pasar. Tempat mereka bertemu dengan Rasulullah SAW. Juga tempat Rasulullah SAW menerima tetamu dari pelbagai kabilah. Manakhah tu maksudnya tempat menambat unta. Semua kawasan sekitar termasuk pasar dan masjid-masjid tinggal.

Biasanya tuan asben menunggu di menara begini juga namun di gate 333 (bahagian depan masjid). Ini bahagian belakang, eh ke tepi masjid? Masjid ni luas gais, carilah petanya. Satu gate ke satu gate tu untuk aku, terasa jauhnya. Kali pertama keluar dari masjid, sudah pun salah. Sudah jauh berjalan, melihatkan suasananya makin lama makin terasa lain, sudahnya patah balik semula lawan arah pula. Jemaahnya usah di kata, pergi balik tak putus. Okey next.....

Masjid Ghamamah 
Masjid ini bukan sahaja tempat solat untuk AidilFitri dan AidilAdha malah menjadi tempat Rasulullah saw melakukan Solat Istisqa' (minta hujan).

Masjid Abu Bakar As Siddiq
Terletak berdekatan dengan Masjid Ghamamah. Dinamakan sempena nama Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA kerena beliau pernah bersolat di tempat Rasulullah SAW bersolat, maka terbinanya masjid ini. Masjid ini tidak lagi dibuka untuk bersolat tetapi dikekalkan menjadi tempat menarik untuk dilawat kerana keunikan senibinanya.

Masjid Ali bin Abi Thalib.
Sejarahnya agak serupa dengan yang Masjid Abu Bakar As-Siddiq, kerana Rasulullah SAW dan Saidina Ali RA pernah bersolat Aidilfitri di tempat ini maka selepas baginda wafat, didirikan masjid dinamakan Masjid Ali sempena nama sahabat baginda.

Masjid Umar Al-Khattab
Rasa macam hendak 'copypaste' saja dengan ayat Masjid Ali tadi. Masjid ni jauh sikit daripada tiga buah masjid tadi, okey je weols jalan kaki. Masjid ni pernah menjadi kediaman Saidina Umar RA sebelum didirikan masjid. Tidak lagi digunakan hanya menjadi tempat bersejarah. Senibina semua masjid ni, kategori rare.

Aku boleh pula terjumpa adik manis berkulit hitam masa solat Subuh tadi. Dia lawa weih. Dia tak percaya anak aku tiga, "you looks so young" katanya, lepas tu dia bagi tau anak dia pun tiga, weols speaking London lepas tu. Terer tak terer si Syasya ni dengan sleng Melayu. Sebenarnya, aku pun tidak percaya dia boleh cam walhal berpurdah, kunun.
"haaaai~!" aku tegur, sekali sentuh dia directly tengah berjalan dengan asben dia.
"heeeei you, nice to see you again" dia membalas dan kita hugs kat situ dengan semua orang terpinga-pinga, nasib baik ustaz jauh ke hadapan, jika tidak mahunya kena bahan.
"kenal pula dia, umie dah nampak mata je" tuan asben mengusik aku.
"well~" eh berlagak pula kau Syasya.

Photo dulu, bagi lega sikit jemaah yang hendak ke Raudhah. Aku tak cam rupa sendiri.
Atas: Jemaah lelaki
Bawah: Usah dicari mana satu Syasya, memang tak ada sebab aku yang take the picture. Bila aku selfie, naaaah segerombolan jemaah lelaki lalu, photo pun dah hilang dari simpanan.
Terik tapi best, angin sepoi-sepoi.
Jadi berpusing semula ke Masjid Nabawi, ustaz bawa ke kawasan Raudhah sebab ustaz hendak bawa jemaah lelaki ke perkuburan baqi' kita wanita, menunggu di persekitaran makam Rasulullah SAW sahaja kerana hanya lelaki sahaja yang boleh melawat. Rasa sebak pula masa menunggu ni, family terpisah. Kita wanita disuruh pegang tangan jalan bersama, argh~ bergenang air mata sambil berselawat, dekat sangat dengan makam Rasulullah SAW. Tidak lepas mata kita dengan kubah hijau yang menempatkan makam Rasulullah SAW di bawahnya. Allahuakbar~

Selesai rojer-rojer, bergambar dan berpamitan, kita berpisah dengan aktiviti masing-masing. Weols kena cari hadiah, malam ini ada dinner dalam kebun kurma haaa gitu~ Aku dengan tuan asben, Solat Dhuha sekejap sebelum di arah keluar dan singgah ambil air zamzam 5liter untuk buat mandi, hopefully alergi aku legalah sedikit. Kita pergi makan dan cari hadiah, Zohor kita akan masuk masjid semula. Alhamdulillah~

Indah......~ love sangat.


Makan malam keluarga di ladang kurma.

Let's go kita naik bas pendek je, angin luar Madinah sangat sejuk, family berpesan bawa hadiah bersama. Tidak jauh sangat tempat makan tu, iya ladang kurma. Ada tempat duduk dan meja like taman reakreasi la, ada taman burung dalam satu sangkar, eh ke kandang yang sangat besar sebelah tempat makan kita. Weols semua makan dalam bilik macam dalam cerita Arab tu, cuma pelayan syeksi je yang tak ada, gila kau.

Kita join team CikNaa, team Hud. Macam biasalah team weols paling banyak makan cuma tak habis, nasi tu banyak bebenar. Team lain? semua tak habis makan. Ustaz pun sikit je lagi hendak bersandar, asian people kan? bukan jenis makan banyak lagipun dah malam plus family kita tak ramai.

My Group.
Semua tengah cari jalan, lagumana nak habiskan nasi setalam tu.
Tukar hadiah: From me to Aishah. From tuan Asben to Hud.
Dalam tempat makan.
Our kesayangan, baby boss kita Hud Elman.
Luar tempat makan, suasananya meriah tau. Lelampu dan orang ramai berlari-lari dalam ladang kurma.

Ladang Kurma.

Okey stop sini dulu, sebelum kena scam dengan ustaz esok hari, ahahaha~ see ya. Selamat bercuti uols, terima kasih singgah bloghijau, habis update sejarah umrah si Syasya ni, kita marathon blog ke blog, InShaaALLAH. Windu~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Thursday, 12 February 2026

Masjid di Madinah dan Kota Al Ula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari ke-7: 13.01.2026 Selasa 24 Rejab 1447

Rakyat di Concorde termasuk weols kena berkemas untuk pindah ke Province join the family. Aku memang keluarkan barang-barang penting saja, tuan asben bagasi dia, aku bagasi aku. So agenda hari ini, melawat sekitar luar Madinah. Kita akan naik bas, yeay.
Ganjaran pahala bersamaan satu umrah bagi sesiapa yang berwudhu' di rumah dan bersolat di dalamnya.
Sebab weols selalu angkat beg, gambar family begini akan masuk web travel agency.
Sekitar masjid Quba'
Aku mengambil peluang solat di Masjid Quba', orang lain dia panggil "ibu" tang aku dia panggil "kakak" oleh penjaga masjid sewaktu mencari tempat wudhu', ihiks~ 

Tempat seterusnya, ladang kurma. Ustaz pesan, sampai sahaja terus shopping usah tunggu lagi, bila selesai melawat, tempat shopping tu akan penuh dengan ramai orang. Ayuh, masuk sahaja bangunan, naaah~ seller kurma speaking Melayu gais. Like pasar ikan yang riuh tu, tapi ni pasar kurma. Macam-macam jenis kurma. Tuan asben je yang pandai pilih, aku tukang rasa semua kurma yang ada. Ahahaha~ mata aku mencari coklat. Stok yang di Mekah hari tu dah habis.

Sebeban dapat beli untuk makan sendiri. Lepas tu melepak di gerai berhampiran. Ada jual bakso, kopi jugak, pening aku. Sampai Mekah Madinah jumpa bakso. Perut kenyang lagi, jadi aku minta air je sambil cuci mata dengan perangai orang di bawah pepohon kurma.
Bakso di Ladang Kurma.
Selesai berziarah dan mengenal pelbagai jenis kurma, kita bergerak lagi ke Bukit Uhud, mentari semakin bersinar terang. Bukit Uhud, meyimpan sejarah penting dalam sejarah Islam kerana menjadi saksi perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat dalam menyebarkan ajaran Islam.
Tekak daku perit gila time ni.
Di sini juga kita disunatkan untuk menziarahi perkuburan syuhada Uhud penghulu seluruh syuhada Hamzah Abdul Mutalib, memberi salam serta mendoakan mereka dengan doa yang diajar Rasulullah.
Family still onz.
Sepanjang perjalanan pulang kita hanya melihat Masjid Qiblatain dan Masjid Khandaq daripada dalam bas sahaja, masa begitu mencemburui. Bukan, urusan jemaah di Concorde belum selesai lagi, pihak travel usahakan sampai kita dapat billik di Province juga, sebelum Concorde halau, marilah kita bersiap siaga. Walaupun boleh jalan kaki namun dorang sediakan semua pengangkutan dan kemudahan, kitorang bawa diri sendiri sahaja.
How I miss Masjid Nabawi.
Bermulalah, aku beriktikaf dalam Masjid Nabawi, aku suka ulangalik hotel-masjid, kerana di sini tenang dan mudah dapat tempat meskipun datang paling lambat, aku suka port luar di bawah payung dan tiupan angin malam di Masjid Nabawi, aaarrrrrr....rindu. Tandas dan tempat ambil wudhu' pun mudah, ada disekeliling. Siap ada escalator lagi. 

Di Masjid Nabawi, perbanyakkan qadha' solat dan solat sunat. Seperti kita solat di rumah, alhamdulillah such a beautiful memories. Kali ini takde jumpa mana-mana Malaysian, aku biasanya mengambil tempat di antara Arabian or Turkey, some Pakistan dan ada satu from alaaa tak ingat, jenis berkulit hitam. Kemain gagah dia di sebelah kiri aku, lepas nenda Pakistan sebelah kanan tegur, tanya aku from where and bla....bla....bla.... pastu aku salam dia, hugs dia. Siap promosi aku dengan member sebelah. Ramah benar si Syasya ni kot? hahaa~ Dan yang gagah tadi tegur aku juga.
"are you from Malaysia?" wah, buntang mata aku terkejut.
"heeei, how do you know?" tanya aku pandang dia sekilas sambil mengemas bag. Diperhati nenda Pakistan.
"Malaysian people like to smile" she just say like that.
"oke, InShaaALLAH till we meet next time or in Jannah" aku hulur tangan bersalam, dia sambut dan kita hugs. Syasya ni memang suka hugs orang ye, hahahaaa~
"InshaaAllah" jawabnya
"I need to go, my husband is waiting" konon nak tunggu Isyak, tuan asben ngajak ngopi sebentar. Aku salam nenda Pakistan dan see ya, babai~ dorang melepaskan aku dengan ekor mata, sweet tau.

Next day.
Hari ke- 8: 14.01.2026 Rabu 25 Rejab 1447

Yeorobun (semua orang), hari ini family akan melalui satu perjalanan yang saaangaaat panjang, ibarat Selangor-Johor balik hari, for me sangat memenatkan namun dengan family yang bersemangat ayuh kita. Family dipesan agar bersarapan dan membawa bekalan-bekalan.

Hentian pertama, RnR Seremban. Eh takla, taktau nama tapi it's stesen minyak, kedai makan, shopping snack, surau dan tandas. Semua bersih. Yang kelakar, ada yang cari roti Gardenia, hahaa~ aku terhibur. Aku beri ruang pada yang senior dulu untuk check-in tandas, manatau dorang semua tinggalkan aku, keluar tandas semua orang ghaib, tak nampak seorang pun.

Aku wA tuan asben, eh dia derk kan aja wA aku. Aku jalan menonong sampai satu pintu ustaz panggil aku, lah dorang sudah mengadap makan brunch? bolehlaaa gitu~ Group aku makan habis, walaupun group satu lagi ahlinya ramai. Kata Syaza aku dah macam adik bongsu, berebut roti. Omi sebelah aku, memaksa anak-anaknya makan. Aku layan dorang ikut umur, yang tua dihormati yang muda dijadikan member, hahaaa~ dengan Hud? kita auntylaaa, awalnya Hud panggil aku kakak juga, jenuh suruh dia panggil aunty.
Yang kanan tu dedua talam penuh lagi.
Lepas makan, kita sambung perjalanan ke Kota Al Ula, ada salah satu tempat di Kota Al  Ula ni merupakan tempat kaum yang mempunyai kelebihan mengukir batuan menjadi bangunan, tetapi dilaknat ALLAH swt kerana keangkuhannya meminta azab dan kedegilan mereka untuk beriman. Sebelum tu kita rileks makan limau dulu, Kota Al Ula terkenal dengan tanaman limau ditengah ladang kurma. 


Punyalah nak dapat hehuruf tu.
Pokok Kurma, buah limau. 
Lai-lai-lai........ limau manis-manis.
Bangunan lama di kebun limau ni merupakan tinggalan sejarah penduduk dahulu, mereka buat bangunan rapat-rapat hanya dibezakan dengan pintu sahaja. Salah masuk pintu, salahlah rumahnya. Kita sempat rasa macam jenis limau, tak boleh banyak takut hendak memerut. Tuan asben singgah beli air blueberry kot? jadi tak ingat dok lewat sangat update blog.

Segera kita meninggalkan ladang limau, bergerak ke tempat namanya Hegra. Hegra ni la tempat yang Allah swt laknat, segerakan perjalanan sekiranya lalu di sini. Sebelum sampai kita semua telah khatam Al Quran dan dipesan supaya datang, tengok dengan hati ambil pengajaran kesan tidak tunduk kepada Allah swt.

Ada empat check-point, tempat pertama untuk port meeting gitu. Selebihnya, batuan-batuan berukir ikut kasta. Last check-point, dengan ustaz sekali tidak rajin hendak turun, hahaa~ sama je dalam bangunan tu ditempatkan mayat-mayat ikut kasta (ini je yang aku faham) dek penerangan speaking London. Selebihnya, sudah capek nau. Rasa meremang bila tengok batuan berukir jadi bangunan macam istana. Ada macam rumah biasa. Aku sudah terbayang cerita Zoro ke? yang ada askar perang kat bawah tanah tu. Kita naik bas yang disediakan untuk bergerak antara check-point. Bas berhenti sahaja, laju masing-masing turun, kita kena kejar solat jamak takhir Zohor- Asar.


Video kedua explain caplin sikit, video panjang.

Usik YB suruh meeting di sini. Jauh benar.
Check-point dua.
Tempat perphoto tanda da sampai.
Muka depan Hegra.
Gajah.
Sempat singgah batuan bentuk gajah, hari sudah bertukar gelap menandakan masuk waktu maghrib. Selesai berphoto, kita naik bas dan menuju jalan pulang, memang tiada seorang pun bersuara, semuanya lena. Sekian seharian berziarah. Alhamdulillah~
Time pergi. Time balik.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Monday, 9 February 2026

Makam Ibrahim dan Madinah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari ke- 6: 12.01.2026 Isnin 23 Rejab 1447

Daripada malam tadi lagi ustaz sudah hantar pesanan demi pesanan untuk melakukan tawaf wada', tawaf selamat tinggal. Ada dua option, 
1. Buat 6 pusingan selepas Subuh tambah 1 pada jam 9am.
2. Buat 7 pusingan selepas 9am.

Aku masih lagi hendak berlama-lama di Mekah namun kita akan bertolak ke Madinah lepas Zohor nanti. Macam biasa, seawal dua jam kita sudah sedia untuk ke mataf, tuan asben dengan ihram, aku dengan telekung, kita akan masuk untuk solat Subuh lebih dahulu. Dua jam, area bawah masjid sudah mula penuh, part by part aku jengah untuk menyelitkan diri selepas berpisah dengan tuan asben yang terus masuk ke dataran tawaf menyertai jemaah lelaki lain.

Sedang aku berjalan dan berjalan berselisih dengan seorang perempuan, nampak macam sebaya. 
"cari tempat juga ea?" tanya aku. Dia senyum dan terus bergandingan dengan aku. Wajahnya berpeluh. Kita mencari port yang agak tenang sedikit. Kaabah terlindung dengan tiang, namun masih depan kita lagi. Aku bertanya namanya ketika kita selesai solat sunat masuk masjid. Dia perkenalkan dirinya dengan nama Sharifah. Panggil kakPah, comel je. Mereka-mereka yang jumpa aku, sering menyuruh memanggil mereka "kakak" aku jadi terperasan muda. 

Sejak hari pertama di masjidilharam, almost jumpa kakak-kakak yang sudah ada pengalaman ke tanah suci termasuk kakPah. Selesai Subuh, kakPah hendak buat tawaf sunat. Aku yang memang hendak buat tawaf wada' langsung sahaja bersetuju.
"kita pegang Ka'abah nak?" ajunya dengan mata bersinar memandangku. 
"boleh, inshaaALLAH kita boleh buat" sambungnya melihat aku tergamam dengan permintaannya. Tidak mustahill jika berkehendak.
"jom kita cuba" kita pun mencari tempat permulaan, berniat dan let's go.

Ingatkan hendak jaga diri sendiri, rupanya kakPah seperti kakLin, lebih suka pegang aku dari belakang seperti boduguard, dia aware betul part aku hendak menyelinap. Sampailah ke pusingan ke-enam, dia menolak aku perlahan, aku seperti nampak satu ruang untuk melangkah terus ke Makam Ibrahim. Directly dengan dorongan kakPah, dengan gerakan ketam masih menjaga tawaf terakhir kaki aku melangkah mendapatkan makam tersebut, lancar. 

Rasa macam ada magnet untuk terus mendekat pada masa yang sama aku keluarkan tangan kanan, tersangkut di telekung aku usahakan juga sehingga dapat menekap tangan di dinding kaca makam tersebut, sambil keluar tangan kiri berbuat demikian aku jengah dalamnya, jejakan kaki Nabi Ibrahim as sewaktu membina Kaabah, naaaaaaaah~ melebat air mata aku turun. Tapak kaki Nabi kita gais, real depan mata. KakPah berbuat yang sama, aku memberi ruang kepadanya. Tadi rasa strong sangat, now nangis bersama, menggigil tidak percaya sedekat itu.
"Syaaa, doa Syaaa, doa" ujar kakPah dalam sedu menyedarkan aku. Allahuuuuuuu~

Selepas tu aku sambung lengkapkan pusingan dan follow kakPah habiskan tawafnya, aku jaga dia waktu dia solat sunat tawaf, jagakan barang-barangnya. Ruang dataran tidak seperti waktu malam, penuh tidak nampak ruang. Pagi ini lapang mudah sahaja dia habiskan solatnya. Aku belum lagi, sebab niat 6 pusingan sahaja tadi, ada hutang 1 pusingan lagi lepas jam 9am nanti. KakPah ajak minum air zamzam, datang seorang cleaner bawa kitorang ke tempat air zamzam. 

KakPah simpan semua memori, nombor wA dan photo kita bersama namun, entahlah. Mungkin dia lupa untuk wA aku semula. Kita berjalan keluar, datang seorang lagi cleaner membantu kita keluar dari dataran, aku berasakan pernah ikut jalan ni, tempat Saie. Selesai berpamitan kita terus naik bilik bersiap untuk sarapan Dhuha dan Zohor. Bagasi juga telah di bawa turun untuk naik ke bas bertolak ke Madinah. Orang dan handcarry sahaja yang akan naik tren. 

Kenangan teakhir. Nanti kita kembali lagi, inshaaALLAH.
Check-out Al Safwah Royale Orchid Hotel.
Selesai bersarapan dan berkemas, aku dengan tuan asben (pakai baju biasa) naik semula ke masjid untuk lengkapkan tawaf wada' yang satu pusingan tadi. Kita cari titik permulaan, haaa~ barulah dapat tingkat seperti yang aku inginkan, tingkat satu nampak Kaabah. Tawaf tingkat satu ni, pusingannya besar namun, ok je. Lengkap satu pusingan kita bentang sejadah dan solat sunat tawaf wada'. Alhamdulillah. Usai aku berdoa, datang askar sudah memulakan operasi menutup ruang untuk solat Zohor nanti. Usai Zohor -  Asar dijamakkan, ayuh kita menunggu bas untuk ke High Speed Train Mekah-Madinah.

Aku dengan tuan asben sahaja dapat tiket istimewa, kita lain gerabak jauh sikit dengan family. Asalnya weols nak naik bas, tapi tu la sudah semua naik tren, makanya mutawwif usahakan juga dapatkan tiket naik tren. Family 7 Jan dapat laluan khas, takyah check-in, terus je masuk gerabak. Selamat jalan dan terima kasih Ustaz Ishak, till we meet again, InshaaALLAH dan akhirnya aku demam, huaaa~

Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Nabi SAW naik unta, kita naik tren.
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Family 7 Jan 2026
Tuan asben sebelum bertukar tempat. Hud, teman melukis aunty Syasya.
Setiba di Madinah, kita di sambut oleh Ustaz Nazrul, asal Malaysia tinggal di Madinah. Sebelum ni Ustaz Ishak, asal Malaysia berkerja di Mekah. Keduanya, staff di Mursyid Alharamain Travel & Tours. Malam di Madinah sangat sejuk, menjadi lebih struggle untuk aku yang melayan demam namun larat je lagi. Kita tempatkan di hotel Concord (ginilah kot ejaannya) dahulu, lebih dekat dengan Masjid Nabawi berbanding Province- tempat menginap sepatutnya. Selesai solat Maghrib-Isyak di hotel, kita turun ikut Ustaz Amin dan Ustaz Nazrul untuk menjelajah ke Masjid Nabawi. Nerves? Opkos. Aku gagah study, sebab aku tahu nanti-nanti aku akan pergi sendiri juga.

Aku terpesona dengan kecantikkan Masjid Nabawi, sayup saujana mata memandang. Aku hanya terdiam melihat betapa bercahayanya bangunan dihiasi pepayung besar disekelilingnya. Inilah yang aku sering lihat di vtt. Sekarang, aku sendiri berada di dalamnya. I just speechless. Jemaah? tetap ramai meskipun jam hampir mencecah ke angka 12pagi. Welcome to Madinah, Alhamdulillah Syukran AllahuAkbar.

Tempat pertemuan.
Love sangat.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Selamat kembali ke sekolah anak-anak, terima kasih cikSu tolong tengokkan daktiga. Allah, tolong jagakan mereka semua untukku.

Friday, 6 February 2026

Hudaibiyah: Arab Cakap Melayu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ke-5: 11.01.2026 Ahad 22 Rejab 1447

Hari ini, seperti yang dijanjikan malam tadi, siapa yang dapat naik ke puncak, ustaz bawa cium hajarulaswad. Ustaz ni kaaan, kita tengok sejauh mana dia punya kelakar boleh pergi?

Perjalanan ke Hudaibiyah agak lama, jauh. Ustaz bercerita sirah, cerita tentang bangunan-bangunan, cerita tentang perjanjian Hudaibiyah, diselit juga dengan humor dan jenaka (eh ke sama?). Terkadang dia tanya soalan, yang dia tahu dia sendiri akan jawab meskipun jawapan aku terkadang kena, terkadang salah. Aku Google, muahaha~

Hudaibiyah, pemandangannya beza sedikit dengan Mekah, ustaz kata datang Hudaibiyah ibarat balik kampung, jika di masjidilharam warna semualajadi tu sama je, even ada pepokok namun warna batu akan menenggelamkan warna pokok. Pokok akan berdebu menutupi warna hijau menjadi seakan senada dengan warna tanah yang berkombinasi dengan warna batu. Manakala Hudaibiyah nampak ada warna hijau, pemandangan tu rasa sedikit nyaman namun aku banyak pakai mask, hidung hampir perit dengan udara sejuk. 

Badan usah dikata, rasa bengkak dek menggaru alergi bintik-bintik merah, tu yang rela beraktiviti daripada duduk dalam hotel. Sapu je krim anti kekeringan, makin bertambah melarat alerginya, Macam mana aku bertahan? aku minum air zam-zam. Kurang ke? takpun. Kita bersabar je la.

Bas masuk kawasan berpasir, yang sebelum ini ditanya tuan asben.
"kata Mekah ni berpasir, tapi tak nampak pasir pun?"
Sekarang, sudah dapat jawapannya bukan? Bas kita yang ke-empat tiba ke destinasi, jika tidak silap aku la, bas warna sama je. Ooooowh~ kita masuk kawasan untalah. Banyaknya unta. 

Sekalian unta-unta.

Semua unta datang pada aji ni.

Jeles ar bulu mata.

Dan bermulalah aktiviti naik unta, aku depan tuan asben belakang. Gayat weih, tinggi. Masa kita naik, unta lipatlah kaki ia, nanti bila nak jalan, kita akan ikut sekali terjongkang kebelakang sebab unta akan buka kaki depan dulu. Dah round-round terkekek-kekek dengan gelak, dengar Syaza panggil aku.
"akaaaaak!~" lepas tu dia ketawa. Hahaa, memang sepanjang naik unta tu penuh dengan jeritan dan pekikan dan ketawa riang. Ustaz Amin dan Ustaz Ishak udah rupa emak-bapa kitorang ja, ambil gambar, buat video.
Masa hendak turun ngeri sikit, unta lipat kaki depan dulu untuk ia duduk sama macam naik tadi. 
"jaga-jaga, unta nak turun tu" aku grip kaki aku ke badan unta. Aku yang didepan, jika tuan asben tidak cepat pegang memang tertumoih terus muka aku dengan kepala unta. Bahaya juga. 

Selain unta, tuan asben ajak naik ATV pula. Nowh, kita berlumba dengan anak-anak YB, dah berdekah lagi di padang pasir tu. Konpius dorang, berapa umur kitorang ni sebenarnya? ahahaa~ team emakbapa? atau team anak-anak? weols ada anak sebaya Shaza kot? hahaaa~ okey la tu, jadi tengah-tengah. Selesai bergumbira, ayuh kita. Owh aku tidak rasa pun susu unta fresh, tekak aku sudah mula berasa perit dan pedih.

Pemandangan.

Selesai dengan unta. Kita bergerak ke Muzium Al-Moudi. Masuk sahaja sudah di warm welcome staff penjaga depan pintu terus ajak bergambar. Diberinya topi bentuk topi ahli sihir dari jerami satu seorang. 
'Udah, nak suruh kita naik penyapu pula ke?' aku berseloroh. Di gelakkan Syaza dan Anis. Episod selepas itu, dia cakap melayu terangkan step by step tentang apa yang ada di kawasan sekeliling. Ada rumah, ada kedai, ada tempat buat roti, ada perigi, ada alatan bertani. Muziumkan? Muzium kehidupan masyarakat Arab dahulu. Di bawa kita masuk ke dalam satu bangunan lain. 
"Okey saya nak tunaikan janji saya malam tadi, lekas mana tiga orang pemenang malam tadi, boleh cium hajarulaswad" aku memusatkan di mana suara ustaz Amin. Rupanya, gambar hajarulaswad diletak didinding persis hajarulaswad masjidilharam. Spontan pecah ketawa memasing. Ruang tu menempatkan keadaan masjidilharam dari tahun dahulu ke tahun terkini. Peralatan perang, outfit tradisional dan ruang macam dalam istana kot, ada alat muzik semua. Bila keluar memasing lepak di kedai menjual air. Termasuk aku kehausan. Kedai betul ni, hihiii~ Matahari makin naik, biarpun belum jam 11pagi.

Sudah seperti rombongan sekolah kekdahnya.

Bahagian luar muzium.

Kiri: Arab cakap Melayu
Kanan: Melayu cakap Arab

Hajarulaswad.
Weols dah hagak daaaah~

Dengan Syaza.



Sekian berpamitan dan pengunjung semakin bertambah, kita beransur keluar dari muzium menuju Masjid Hudaibiah. Masjid Hudaibiah, simple je. Boleh aku kata, seperti masjid jamek di kampung kita, rasa harmoni. Siapa yang hendak ke masjid, silakan. Sesiapa yang hendak umrah sunat boleh niat di sini. Aku sudah hilang dari radar sebaik sahaja merenung sisa bangunan tempat perjanjian hudaibiah berlaku. Sisa runtuhan bangunan tu sudah dikepung, ada bahagian sudah bercontengan dengan tulisan "was here" gitula~

Tuan asben sudah hilang di salah satu deretan kedai menjual cenderahati, jubah, sejadah, unta, tasbih dan bermacamlah lagi. Dia sudah mula nampaknya, pilih satu kedai je, tidaklah rambang sangat mata untuk buat pilihan. Selesai tawar-menawar berjual beli, kita balik semula ke bas.  Argh sudah, dimanakah bas? Bas semakin bertambah menjadikan bas kita jauh ke hadapan. Mujur nampak Syazwi, jika tidak... ada yang menggagau cari bas dengan barang dagangan.


Credit: Islamic Landmark


Bas bertolak balik semula ke masjidilharam, seperti semalam petang itu aktiviti bebas dan mula berkemas untuk bertolak ke Madinah esok hari, aku bersiap untuk ke masjid menunggu solat Maghrib dan Isyak. Aku turun seorang sahaja, kali ini betul-betul ikut kaki dengan niat hendak solat tingkat atas yang boleh nampak Kaabah di bawah, namun tangga yang aku naik semakin lama semakin tinggi, ini bukan tingkat dua lagi, entah~

Sehingga akhirnya aku sampai ke tingkat atas sekali. Rooftop. Alang sudah sampai, marilah cari port. Best jugak. Carpet Area? memang sudah tak jumpa, aku bentang je la sejadah yang dapat dari flight hari tu, suka sejadah tu, kanvas sejuk dahi bila sujud plus sejadah tu besar, aku menyambung hujung karpet hijau sebelah acik-acik macam Turkey, macam yang Tunisia ke? entah. Kitanya pemalu, senyum je la. Buat solat sunat, sejam sebelum waktu Maghrib memang santai sangatlah kekdahnya. Jemaahnya makin lama makin penuh, jeritan kakitangan yang menjaga air, menjaga kawasan mula kedengaran.
"hajjah~!, hajjah~! sambil tangan bagi isyarat. Jalan-jalan! Jalan duduk sini!
Ada juga kakitangan yang berjalan sambil kutip sampah dan beritahu, tempat letaknya air zam-zam. Sejuk area atas ni, angin sepoi-sepoi. Melihat tag dan sling bag acik yang baru sahaja menempatkan diri sebelah aku, aku bersuara sebaik dia menghabiskan solatnya.
"sekejap je dah penuh" 
"itulah, jangan kena halau dah la" katanya. Kami menyambung karpet, tempat orang lalu lalang.
"InShaaALLAH tak, tu sebelah pun dah menyambung lagi tu, depan belakang semua penuh" aku dengan keyakinan penuh. 

Acik tu dari Terengganu, sudah pernah buat haji. Muka pun cam emak-emak. Dia berkepit dengan aku sampai selesai solat jenazah selepas Isyak. Kita mencari tempat keluar yang tidak sesak sehingga dibantu clener. Cleaner tu datang dekat dengan kita, 
"exit?" tanyanya.
"yes please" jawab aku, menarik tangan acik sekali. Cleaner tu bawa turun ikut tangga yang agak lengang banding jalan depan tempat aku naik tadi. Aku hanya berbual kosong dan berpisah waktu sudah keluar dari masjid untuk balik hotel. Sampai di hotel, kita sambung mengemas bagasi dan rehat.

Sebelum Maghrib.

Selepas Isyak.

Just love~
Best sangat.

Ayuh kita.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.